Sunday, February 10, 2013

Taman Botani

Dah lama mama teringin nak ke sini tapi plan tak pernah menjadi. Pagi ni bawa nenek n tok ayah datang sini. Asyik dengar orang dok bercerita pasal umah salji. Teringin nak tengok lagu mana.

Parking kat luar taman. Sebelum ni free jer parking tapi starting 1 februari, caj parking adalah RM3. Rata-rata yang datang sini mama tengok membimbit bakul piknik. Oooo..rupanya ada tasik boleh berpiknik bagai kat sini. I is tak tau. Tujuan datang sini nak masuk umah salji semata-mata.

Disebabkan CNY, ramai plak orang datang sini. Kena beratur panjang untuk beli tiket. Kaunter tiket ada dua tapi yang buka satu jer. Patut pihak pengurusan ni bukalah kaunter banyak sikit. Sekarangkan musim cuti. Dah tentu ramai orang datan sini.

Tiket masuk ke taman dan ke rumah salji lain-lain jer. Tiket masuk ke taman sahaja RM3 untuk dewasa. Kanak-kanak 4 tahun ke atas RM1. Untuk rumah salji plak tiket RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Bawah 3 tahun FOC. Total kena bayar harga tiket untuk 6 dewasa adalah RM48.

Masuk jer taman terus beratur nak naik trem untuk ke rumah iklim 4 musim. Panjangnya barisan tapi nasib baik trem tu banyak trip. Takdelah nak menunggu lama sampai kaki cramp.

Kalau tak nak naik trem boleh jalan kaki tapi esok belum tentu sampai lagi kalau mama yang jalan. Nak sewa basikal pun boleh. Kat sini banyak aktiviti mengeluarkan peluh boleh dibuat.

Tapi kami sayang nak membazirkan peluh, so we naik trem jer. Lagipun Rayyans kan suka gila naik bas.

Hadif with papa. Si bulat sorang ni takmo turun bas bila dah sampai kat rumah iklim tu. 

My heart n soul. 

Arissa n uncle nasir. Si kecik ni kenmain suka first time naik trem ni. Mata melilau kiri kanan. Mulut bising berceloteh tapi satu hapa pun tak faham. 

Dalam 15 minit, we reached kat rumah iklim. Trem tu drop kami kat sini. 

Ingatkan trem tu akan berhenti betul-betul depan umah iklim tapi still kena jalan menuruni bukit lagi. Berpeluh gak la. Sian nenek sakit lutut. Sib baik kali ni terus pakai selipar rendah.

Laluan ke rumah iklim ada pokok kiri kanan. Hadif bila nampak pokok ni terus suh papa amik gambar dia. Katanya pokok sama dengan baju. Ooo..kaler purple... 

Oh yeahh..kita dah sampai paris uolss...nak main salji.

Kat pintu masuk rumah iklim. Ada snow man. 

Sekarang musim salji. Diorang follow iklim kat obersea. After 3 months diorang akan rotate iklim kat dalam tu ikut musim sebenar either spring, summer, autumn or winter. 

Suasana kat dalam. My impression, nothing. Cuma sejuk jer. My 1st thought ingatkan boleh pegang-pegang baling salji. Tapi nan hado. Macam tak berbaloi jer bayar tiket RM5 tu.

Kat dalam ni dia sediakan titi yang berpagar. Cuma boleh lalu kat atas titi dan bergambar berlatarbelakangkan salji kat belakang tu jer.  

Si bolat bila nampak beruang kutub terus melompat atas dukung. Penakut betul. 

Kami dok dalam ni ada kot dalam 10 minit jer. Pastu terus keluar coz takde apa lagi yang nak ditengok. 

Keluar dari umah iklim, nampak umah kecik ni.

The house can fit both of them. Me? Definitely cannot. Roboh umah tu nanti. 

Catwalk

Dah habis pusing dan puas posing, time untuk balik. Tak sanggup nak berkejar ngan anak kat sini walaupun suasananya cukup mendamaikan. Kat luar ni banyak pokok, ada tasik..kalau baring confirm lelap.

Let's go home. Next time kalau nak datang kena prepare untuk piknik tepi tasik. Tu lagi best kot dari masuk ke umah iklim.

No comments:

Post a Comment