Saturday, February 9, 2013

Menara Condong

Dari Lumut kami terus menuju ke Teluk Intan. Sampai kat Teluk Intan dah pukul 5 petang. Sempatlah pusing-pusing menara condong sekejap. First time tok ayah dan nenek sampai sini.

Parking betul-betul kat depan kedai Mastan Ghani. Hajat hati nak makan mee rebus dulu tapi tak kesampaian sebab diorang tengah bersiap nak tutup kedai. Kalau orang Teluk Intan mesti tau pasal mee rebus Mastan Ghani. Kira glamer jugaklah kedai ni.

Kebetulan ada gerai jualan di sekeliling menara condong ni sempena CNY. Bolehlah jamu mata. Kuranglah sikit kepanasan kat sini dek terlindung oleh gerai-gerai.

Rupanya pagi tadi ada pertandingan tarian gangnam free style tahun baru cina anjuran MCA teluk intan. Sadly, we missed the occasion. Pasti seronok tengok gelagat orang ramai tiru gaya gangnam style tu.

Takpelah, kita tengok Hadif jer menari gangnam tu.

Tok ayah dan cucu's

Grandparents with grandsons

Si kembar nampak gerai jual cermin mata. Diorang ni memang dah lama mengidam nak pakai cermin mata. Cuma papa tak bagi chance. 

Kali ni tak boleh nak ngelak dah. Sendiri cuba cermin mata mana yang sesuai.

Final decision, same pattern but different color. Hadif amik kaler biru. Oppss..gigi rongak tokleh cover.

Hazim pilih kaler oren. Matching dengan baju.

Dah beli cermin mata, dia nampak pulak orang jual air sabun. Sepantas kilat dia amik kat gerai tu then lari cepat-cepat. Terpaksalah papa keluarkan dompet membayar.

Bila sorang dah main belon, the other half pun nak jugak la.

Kat menara condong ni kita boleh naik sampai ke tingkat atas. Tapi masing-masing dah penat, tak larat nak memanjat anak tangga. We tengok dari bawah jer la.

Di hadapan mercu tanda teluk intan

Cik la with Arissa

Us

Sebelum balik layan satay kat gerai sabar menanti dulu. Nak makan satay wak teni tak kesampaian. Orang ramai sangat tengah menunggu. Tapi kat sini pun leh tahan sedap gak satay dia.

No comments:

Post a Comment