Wednesday, February 27, 2013

Ya Habibi..Habibi

Balik dari opis semalam terus singgah Nasi Lemak Habibi. Kunjungan kali kedua dalam bulan ni. Papa dah kelaparan sangat coz dari tengahari tak makan. Semalam angah kehilangan purse kat stesen lrt. Entah jatuh..entah kena pick pocket....nasib baik cash seratus jer dalam tu. Tapi nak menguruskan hal report polis, buat IC, jpj, bank segala tu makan masa sehari jugak. Tu pun tak sempat setel semua. 

Sapa la makhluk yang suka menyusahkan orang tu (kalau kata kena pick pocket la). Ikut kata angah, dari umah ke lrt dia naik teksi. Masa tu purse ada lagi buat bayar duit teksi. Then bila naik ke stesen lrt, dia singgah nak beli air dulu. Bila nak bayar, raba handbag, pursenya dah takde. Dia call pakcik teksi tu kot2 ada jatuh dalam teksi tapi pakcik tu ckp takde. Tu pun tak tau entah pemandu teksi tu jujur ke tak.

Hari yang malang buat angah. Ni kali kedua dia hilang purse. Dulu hilang kat dalam surau kat puduraya. So kali ni bila nak buat ic baru kena denda sampai seratus hengget. Poor girl. 

Untuk mengurangkan kesedihan di hati, papa belanja makan nasi lemak sedap kat restoran habibi ni. Licin pinggan sebab seharian tak jamah apa. Hati dah runsing tak lalu nak makan. 

Papa plak makan mee rebus. Sedap gak mee rebusnya. Kuah pekat pastu rasa pedas manja-manja gitu. Walaupun mama ni kurang gemar mee rebus tapi yang ni mama boleh suka. Gitu plakk...

Mama plak makan spagheti meatballs. Actually kuah dia tu bologneise, tapi dia letak meatballs. Memang sedap pada tekak mama. Tekak orang lain wataktau...

For drinks, papa n angah dua-dua order ice lemon tea. Air ni sedikit masam. Kalau dia manis sikit sure lagi sedap.

Walla....my lemak berkrim chocochino oreo ice blended. Pekat..likat...penambah lemak...hahaha 

Tuesday, February 26, 2013

Doily

Mama dah lama mengidam nak beli doily atau alas rak pinggan ni. Tapi nak cari kat kedai malas. Kebetulan ternampak doily yang menarik kat Nana Home Deco dengan harga yang reasonable. Jadi pada 16 januari tu mama buatla tempahan dengan full payment.

Empunya nana home deco inform doily tu dia kena jahit dulu. Its ok for me la. I can wait. On 6 februari, i msg la nana home deco nak tanya status. Owner tu cakap dah siap dan normally dia buat penghantaran setiap hari jumaat which is on 8 februari la kan.

Next weeknya plak kan cuti raya cina sampai hari selasa. So i tak expect akan dapat parcel between tarikh tu. Maybe parcel tu akan sampai after CNY. Tunggu punya tunggu tak jugak sampai parcelnya.

Then 16 februari, i msg lagi owner tu tanya dah pos ke belum. Dia cakap dah. Bagi alasan pos laju amik masa coz jammed masa raya cina. Wallahualam betul ke idok. Setahu mama la pos laju paling lama pun amik masa 4 hari jer. Ni dah mengalahkan pos biasa jer.

Akhirnya, semalam barulah sampai parcel tu kat tangan mama. Tengok kat parcel takde plak ditulis tarikh mengeposnya. Memang dalam sejarah mama, pertama kali pos laju amik masa 9 hari bekerja (kalau campur hari cuti dh jadi 17 hari) untuk deliver parcel.

Gamaknya inilah kali pertama dan terakhir mama berurusan dengan nana home deco. Pada firasat mama, owner tu baru pos parcel mama ni jumaat last week, bukan pada 8 februari tu. Maybe sebab dia tak sempat nak jahit coz tempahan banyak. 

Actually mama tak kisah kalau dia cakap tak siap jahit lagi. Its ok for me untuk tunggu. Tapi ni dia cakap dah pos tapi barang yang dipos tu tak jugak sampai. Tipah tertipu jahhh... Tapi nak buat cmna..nasi dah jadi bubur. Redha jer la. Barang tu pun dah selamat sampai kat tangan mama. 

Cumanya nasihat mama kepada pengusaha-pengusaha di luar sana tu, jujurlah dengan customer anda. Coz diorang la yang buatkan bisnes anda maju atau sebaliknya.

Doily tu mama dah siap susun dalam almari dah pun. 

Macam tak kena tema jer jam angry bird tu. Next mission, nak cari jam dinding henglish style nak tukar ngan jam angry bird tu.

Sunday, February 24, 2013

Mengidam

Pecah rekod almost sebulan tak gi McD. Tapi pagi ni bukan Rayyans yang minta ke McD, tapi mama plak yang mengidam nak makan bubur mcd. Biasalah, bila cirit birit doktor nasihatkan makan makanan yang lembut-lembut jer. Dah seminggu mama kena cirit birit tak baik-baik. Bontot cam nak kena buasir dah rasanya.

Selain bubur, we order set breakfast dan apple pie. Hadif dah tak sabar nak makan. Ready kat tangan tu sudu n garpu. Mama surprised kali ni dengan Rayyans. Selalunya bila datang McD, diorang tak sabar-sabar masuk main. Tapi kali ni behave. Dok kat meja diam-diam n makan sampai habis dulu. Then baru la diorang masuk tempat mainan tu.

Masing-masing berjaya habiskan seketul sorang hash brown, pancake, apple pie dan omelet. Terkejut mama tengok diorang makan. Memang tak nafikan, sekarang diorang berdua memang makan berselera. Setakat sebungkus nasi kukus tu kejap jer diorang habiskan.

Suka sangat bila tengok anak-anak makan bersungguh. Kalau setiap minggu diorang ajak gi McD pun mama sanggup. Janji diorang nak makan.

Friday, February 22, 2013

Gadis Dan Bunga

Gadislah sangattttt....

Topik sembang kat opis pagi ni adalah bunga. Mama suarakan kat gegurls mama suka bunga hydragea. Tapi kat kedai bunga susah nak jumpa. Then mama jue cakap kedai bunga tepi jalan nun ada.

So gigihla gegurls jalan kaki ke kedai bunga kat depan nun. Semata-mata nak beli bunga kannn... Konon-konon nak exercise la. Amik ko, exercise tengah hari buta. Berpeluh celah kangkang dibuatnya. Dahla hari ni berjubah bagai.

Sebelum cuci mata kat kedai bunga, haruslah isi perut yang berkeroncong dulu. Makan kat sebelah kedai bunga jer. Restoran ikan laga namanya.

The drinks. Mine epal jus asam boi. Mama jue minum jus durian belanda. Knim n mas minum teh o ais limau. Sejuk tekak after kehausan berjalan di panas terik. Macam jalan 1km rasanya.

My food. Nasi putih, telur dadar n sup daging. Lately tak boleh nak makan yang pedas-pedas. Perut dah tua...sensitip dia lain macam.

Haaa..ni plak set yang mama jue order. Asam pedas ikan pari, telur dadar, kangkung goreng belacan dan ulam serta sambal belacan.

Knim punya, nasi putih n ayam halia.

Mas punya, nasi goreng thai namanya. Nampak sedap.

Bila perut dah kenyang barulah senang hati nak memilih bunga. Mama jue beli bunga ros pink ni. Satu bouquet ni harganya RM20. Ada 30% diskaun.

Bunga hydragea idaman hati. Beli 3 batang jer. Tapi tak puas hati lagi sebab tak banyak pilihan kaler yang ada. Hajat mama nak cari kaler biru tak kesampaian. Nanti sesapa nak gi Nilai kirim belikan ya. Harga sebatang ni RM15. After diskaun dapatlah RM12.

Bunga-bunga ni dah selamat menghuni pasu kat atas meja makan.

Restoran Tempayan

Petang semalam kami ke sg buloh hantar laptop kat angah. Pas amik angah kat opis, kami singgah dinner kat restoran tempayan. Restoran ni baru jer buka. Rasanya tak sampai pun 3 bulan lagi. Decoration dalam restoran ni cantik. Ala-ala rumah kampung gitu. Hiasan tempayan of courselah ada, sesuai dengan nama restoran.

Ruang makan terbahagi kepada 3. Tempat yang kami duduk ni kat tengah-tengah, ruang paling besar. Yang belah kiri di balik batang buluh tu untuk non-smoking area.

Belah kanan ni plak suram sikit, untuk yang berjiwa romantik. Kot-kot datang makan bofren galfren bolehla duduk sini. Kat depan plak ada bilik VIP. Tapi malam ni takde orang duduk pun kat situ.

Paling mama suka, kat sebelah tempat duduk kami ada disediakan bilik mainan untuk kanak-kanak. Bolehla mak bapak yang ada anak kecik macam mama untuk makan dengan tenang. Rayyans enjoy jer duk kat dalam tu. Keluar sesekali bila nak makan.

Asyik cerita pasal dekorasi, lupa plak pasal tujuan asal nak datang makan. Disebabkan perut mama masih belum pulih dari cirit birit, mama order food yang tak pedas. Kwayteow kungfu. Sedap.

Mee hailam ni papa punya manakala angah makan kwayteow goreng. Drinks plak kami order orange juice, lychee dan carrot juice. Harga food pada mama tak mahal. Total makan dalam RM25++. Lebih kurang jer harga kat gerai makan kat area sg buloh ni.

Wednesday, February 20, 2013

Tat Nasi Ayam

Restoran ni dah lama buka kat area opis mama tapi kali ni jer baru terbuka hati nak lunch kat sini. Salah satu sebab malas nak makan kat sini sebab malas nak jalan kaki. Nak naik kete macam dekat sangat plak.

Tapi hari ni gagah mak jemah jalan kaki. Itupun sebab lunch hour ada client datang meeting ngan bos kat opis. Jadi tak berapa best sangat kalau nak makan kat opis. Gegurls semua sepakat lunch kat luar jer.


Kenmain suka ya bila sesekali tukar selera. Kalau tak hari-hari tekak kena sumbat ngan masakan kakak indon depan opis. Ramai gak orang datang makan sini. Full house time lunch hour. Sementara tunggu order sampai, kami berfotogedix la dulu.


Minuman kami. Mama, mas n knim minum laicikang. Laicikang dia manis gila. Pastu ada kollagen katanya. Alaaa..kat dalam tu depa letak rumpai laut. Eld minum teh o laici n mama jue minum jus durian belanda.

Hari ni semua sepakat order set nasi ayam. Harganya RM4.50. Taste? So so aja. Sedap lagi nasi ayam pak mal kat seksyen 11 tu. Nasi kat sini terasa macam hangit skit. Selain nasi ayam ada gak menu lain. Tapi sebab nak cepat, order nasi ayam yang ready made jer. 

Rumusannya, kedai ni not in our list untuk datang lagi skali. Kalau kata betul-betul darurat takde tempat makan yang lain, baru la boleh dipikirkan untuk makan kat sini lagi. 

Sunday, February 17, 2013

Botak & Juvana

Ahad adalah hari untuk bermalasan kat rumah sambil nonton cerita juvana. Beli kat astro first. Melayang RM15. Si kembar dah pandai meminta-minta nak tengok cita apa kat tv. Bila tengok iklan juvana, teruslah merengek nak tengok. Terpaksalah mama beli jugak. Watak botak dah berjaya mempengaruhi diorang, terus request kat papa nak gi potong rambut.

Khatam cerita juvana, zass berdesup kami ke salon tempat biasa diorang potong rambut. Sambil-sambil tu bolehlah mama cuci rambut sekali.

Before & after. Balik dari salon, mama kena cirit birit. Berbelas kali ulang alik masuk toilet. Hazabedah betul. Gi klinik terus dapat mc untuk esok.

Saturday, February 16, 2013

Memenuhi Undangan

Hari ni mama ada dua jemputan kenduri yang nak kena attend. Kalau ikutkan satu jer, kenduri akikah baby allesya damia. Tup tup pagi ni dapat call dari kakak ipar menjemput kenduri on the very same day. Nasib baik semalam dah plan dengan gegurls kat opis nak ke kenduri akikah tu belah petang. So belah pagi bolehlah ke kenduri kesyukuran dan house warming anak sedara papa.

Agak mengejut juga jemputan kali ni. Nasib baik kami takde plan lain. Lagi nasib baik, dua-dua kenduri satu jalan jer. Satu kat rawang, satu lagi kat serendah. Sekali jalan jer. Kenduri kat rawang tu main redah jer coz empunya diri yang menjemput tak cakap kenduri untuk apa. Sampai sana baru tau kenduri naik umah baru rupanya.

Antara lauk kenduri yang dimasak sendiri oleh tuan rumah. Actually banyak lagi lauknya, tapi tukang amik gambar agak malas nak menekan kamera. Kosentrasi lebih tertumpu untuk mengisi perut. Sedap-sedap lauknya.

Lepas kenduri kat rawang, kami sambung ke majlis akikah aleesya damia plak kat serendah. Damia ni anak opismate mama.

Sebelum masuk umah, haruslah menitipkan sepatah dua kata untuk puteri yang diraikan.

Cantik buaian berendoi si puteri hasil air tangan mommynya sendiri. Kreatif mommy damia buat sendiri pelamin berendoi ni. Sesapa nak sewa pasni bolehlah kontek mommy damia.

Kami sampai belah petang. Majlis berzanji dan marhaban dah habis. Tinggal buaian kosong jer. Puteri dah penat, masuk bilik untuk beradu.

Si kembar ni geram jer tengok buaian. Nasib baik tak jahanam buaian orang diorang kerjakan. Mama marah pun dah tak makan saman. Sori yer tuan rumah.

Gadis dan bunga...oppsss...silap...hadif dan bunga la mama

Mama suka sangat dengan bunga hydrangea ni. Kalau ada sesapa nak ke nilai mama nak kirim belikan bunga ni ya. Mama nak kaler pink, putih dan biru. Masa gi cameron dulu, pernah gak tanya harga sepasu bunga yang hidup. Humangaihh...mahal bebenor.

Tak lama selepas kami sampai, rombongan aunty tasya dan mama jue plak sampai. Memang dah plan kan nak gi petang tapi kami sampai awal. Diorang pun attend kenduri lain gak belah pagi.

Bereunionlah kami sekejapan petang itu. Tapi masih tak cukup korum. Kak hanim datang belah pagi. Eld plak sampai bila kami dah nak gerak balik.

Akhir kata, untuk aleesya damia, semoga membesar jadi anak yang baik, taat kepada kedua ibubapa.

Sunday, February 10, 2013

Taman Botani

Dah lama mama teringin nak ke sini tapi plan tak pernah menjadi. Pagi ni bawa nenek n tok ayah datang sini. Asyik dengar orang dok bercerita pasal umah salji. Teringin nak tengok lagu mana.

Parking kat luar taman. Sebelum ni free jer parking tapi starting 1 februari, caj parking adalah RM3. Rata-rata yang datang sini mama tengok membimbit bakul piknik. Oooo..rupanya ada tasik boleh berpiknik bagai kat sini. I is tak tau. Tujuan datang sini nak masuk umah salji semata-mata.

Disebabkan CNY, ramai plak orang datang sini. Kena beratur panjang untuk beli tiket. Kaunter tiket ada dua tapi yang buka satu jer. Patut pihak pengurusan ni bukalah kaunter banyak sikit. Sekarangkan musim cuti. Dah tentu ramai orang datan sini.

Tiket masuk ke taman dan ke rumah salji lain-lain jer. Tiket masuk ke taman sahaja RM3 untuk dewasa. Kanak-kanak 4 tahun ke atas RM1. Untuk rumah salji plak tiket RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Bawah 3 tahun FOC. Total kena bayar harga tiket untuk 6 dewasa adalah RM48.

Masuk jer taman terus beratur nak naik trem untuk ke rumah iklim 4 musim. Panjangnya barisan tapi nasib baik trem tu banyak trip. Takdelah nak menunggu lama sampai kaki cramp.

Kalau tak nak naik trem boleh jalan kaki tapi esok belum tentu sampai lagi kalau mama yang jalan. Nak sewa basikal pun boleh. Kat sini banyak aktiviti mengeluarkan peluh boleh dibuat.

Tapi kami sayang nak membazirkan peluh, so we naik trem jer. Lagipun Rayyans kan suka gila naik bas.

Hadif with papa. Si bulat sorang ni takmo turun bas bila dah sampai kat rumah iklim tu. 

My heart n soul. 

Arissa n uncle nasir. Si kecik ni kenmain suka first time naik trem ni. Mata melilau kiri kanan. Mulut bising berceloteh tapi satu hapa pun tak faham. 

Dalam 15 minit, we reached kat rumah iklim. Trem tu drop kami kat sini. 

Ingatkan trem tu akan berhenti betul-betul depan umah iklim tapi still kena jalan menuruni bukit lagi. Berpeluh gak la. Sian nenek sakit lutut. Sib baik kali ni terus pakai selipar rendah.

Laluan ke rumah iklim ada pokok kiri kanan. Hadif bila nampak pokok ni terus suh papa amik gambar dia. Katanya pokok sama dengan baju. Ooo..kaler purple... 

Oh yeahh..kita dah sampai paris uolss...nak main salji.

Kat pintu masuk rumah iklim. Ada snow man. 

Sekarang musim salji. Diorang follow iklim kat obersea. After 3 months diorang akan rotate iklim kat dalam tu ikut musim sebenar either spring, summer, autumn or winter. 

Suasana kat dalam. My impression, nothing. Cuma sejuk jer. My 1st thought ingatkan boleh pegang-pegang baling salji. Tapi nan hado. Macam tak berbaloi jer bayar tiket RM5 tu.

Kat dalam ni dia sediakan titi yang berpagar. Cuma boleh lalu kat atas titi dan bergambar berlatarbelakangkan salji kat belakang tu jer.  

Si bolat bila nampak beruang kutub terus melompat atas dukung. Penakut betul. 

Kami dok dalam ni ada kot dalam 10 minit jer. Pastu terus keluar coz takde apa lagi yang nak ditengok. 

Keluar dari umah iklim, nampak umah kecik ni.

The house can fit both of them. Me? Definitely cannot. Roboh umah tu nanti. 

Catwalk

Dah habis pusing dan puas posing, time untuk balik. Tak sanggup nak berkejar ngan anak kat sini walaupun suasananya cukup mendamaikan. Kat luar ni banyak pokok, ada tasik..kalau baring confirm lelap.

Let's go home. Next time kalau nak datang kena prepare untuk piknik tepi tasik. Tu lagi best kot dari masuk ke umah iklim.