Sunday, November 18, 2018

Concubine Lane

Concubine lane opposite dengan plan b. Kena lintas jalan then jalan ke kanan sikit baru jumpa concubine lane.

Apa ada kat concubine lane ni? Macam2 ada. Ada gerai2 yang jual macam jenis makanan, souvenier dan pelbagai jenis produk.

Jejak warisan heritage trail. Yang pasti ni bukan penutup lurang milik indah water konsortium. Mentang2 la mama kerja kat iwk kan.

Panjang jugak lorong ni. Kiri kanan ada gerai. Hafiy dah tak lekat nak pegang. Ni yang mama paling risau kalau pergi kat tempat crowded.

Rasanya kat dalam ni ada tempat mainan kanak2. Tapi ramai sangat orang masa ni. Kami tak berjaya nak masuk.

Tanglung, peralatan untuk orang cina sembahyang..semuanya ada kat sini. Sempatla mama sembang dengan peniaga. Katanya hari minggu jer orang ramai. Kalau hari biasa boleh jalan lenggang kangkung.

Kaktus pun ada jual jugak. Lepas ni ta payah la susah2 nak naik cameron highland cari kaktus.

Terus lah berjalan sampai ke hujung untuk berjumpa dengan abang kacak yang jual cendol. Kami tak sempat nak rasa cendol sebab hafiy dah uncontrol. Actually ada lagi lorong yang kami tak sempat nak jalan2 sebab hafiy dah start menangis nak macam2 benda yang jual kat sini.

Street Art @ Ipoh Old Town

Keluar jer dari plan b akan nampak gerai2 jualan barang kraftangan dan souvenier.

Si kecik mama ni tan tentu arah nampak banyak barang comel2 yang boleh dijadikan permainan.

Ais kepal ada jual kat sini. Tapi masih terlalu awal nak makan air batu. Lagi pula kami baru lepas breakfast.

Mama strike a pose di tengah2 laluan. Rugi rasanya kalau tak simpan memori kat sini.

The streets. Kiri kanan ada gerai. Lorong yang dulunya suram kini menjadi tumpuan pelancong.

Kami hanya mengikut kaki melangkah. Jumpa sudut yang menarik, photographer terus memainkan peranan.

Kenapa pandang mama tu hafiy? Masa ni mesti tengah fikir nak bangun berdiri sebelah mama.

Hafiy jumpa kawan baru. Jangan ikut balik rumah sudah la. Huru hara jadinya.

Kami beratur ikut ketinggian di lazy lane. Biar jalan je yang malas nak bergerak, jangan korang pulak yang malas nak belajar nanti.

Akar pokok yang dah berusia ratusan tahun. Hafiy cakap macam ular mama. Erk..mama pulak yang naik seram takut betul2 ada ular.

Hadif cuba mengayuh basikal lama. Arwah atuk mama dulu ada basikal macam ni. Susah nak kayuh sebab ada palang.

Berlatar belakang deretan akar pokok kayu yang masih tegak berdiri.

Dinding usang yang menjadi tarikan kini. Tak pasti dulu ni adalah rumah atau kedai.

Akar pokok yang dah mati menjalar ke seluruh dinding. Kat sebelah ni adalah tandas. Kat tandas pun beria nak amik gambar.

Kedai2 antik yang menjual pelbagai jenis barangan. Nampak uzur cuma dari luar tapi dari dalam menarik. Owner kedai dah decorate cantik2.

Jom kita intai apa yang ada kat dalam. Kot2 ada benda yang menarik perhatian mama untuk shopping.

Another spesis akar kayu. Ni spesis tumbuhan menjalar. Pokok2 ni membuatkan lorong ni jadi redup dan sejuk.

Mengintai dari tirai kamar. Kat dalam ni adalah kedai kopi. Suka tengok deretan tingkap yang beri cukup cahaya dan udara ke dalam bangunan.

Plan B

Lepas check out kami terus ke concubine lane. Mama just set google maps jer then ke sini lah kami di bawa.

Parking betul2 depan muzium time tunnel. Kat tingkat bawah adalah kedai perabot. Tingkat atas yang muziumnya. Tiket masuk untuk dewasa rm6. Kanak2 foc.

Dari time tunnel, pandang kanan, betul2 kat simpang jalan terus nampak plan b. Syukur sangat tak payah susah2 nak mencari.

Masuk2 dalam restoran masih kosong. Kat luar dah ada orang duduk. Dinding restoran sepenuhnya dari kaca. Nampak pemandangan ipoh old street dari dalam.

Besar gila buku menu. Diorang buat macam surat khabar. Waiter dah pesan siap2 cuma boleh order menu dari page breakfast je. Menu lain belum ready.

Sedang elok la kan memang tujuan kami datang nak breakfast. Lepas pesan makanan duduklah melepak kat dalam ni.

Then waiter antar botol ni. Ni air kosong ya bukan iodin. Air kosong ni free flow. Depa bagi free jer. Seram pulak tengok botol n gelas kaca ni dok depan hafiy. Karang ada yang berkecai retak seribu.

Lepastu one by one pesanan kami dihantar ke meja. Servis agak cepat jugak. Lagipun customer belum ramai.

Coffee latte for papa. Kenmain air dia siap love2 bagai. Sesekali feeling ongkaya mengopi kat kedai mahal2 ye dak.

Anak bujang nak air milo ais tapi tak ada kat sini. Abang waiter yang hensem suggest ais blended chocolate topped with ice cream n chipsmore.

Mama eksen jer ngan air depa. Untuk mama order ice lemon tea jer. Air coklat ni macam tak hilang dahaga kalau minum.

Dia pun nak jugak bergambar dengan air latte dia ni. Sedap jugak air tu minum kat dalam tempat beraircond.

The boys makan nasi lemak. Rasanya ni nasi lemak paling mahal ko kami makan. Hahaha..harga kat sini boleh tahan jugak. Tapi makanan sedap so pejam mata jer la bayar.

Roti croissant dengan scrambled egg untuk papa. Melimpah ruah scrambled egg nya.

This one mama punya. French toast atas dia ada pisang bakar dengan cream dan kekacang. Pastu tuang madu. Perrgh manis leting macam mama jugak 😆.

Masa ni makanan diorang semua dah dapat. Mama punya jer belum dapat. Rupanya waiter dah salah antar order mama dekat meja orang lain sebab orang tu order benda yang sama.

Lepas makan lepak2 kat kerusi belah luar plan b. Kat luar ni banyak kerusi2 yang disediakan tapi kami tak harap nak dok makan kat sini. Susah nak kontrol hafiy kat open area.

Mutiara kata kat dinding restoran. Jangan mengumpat aka membawang ok. Kat sebelah tu teman membawang mama.

Kesimpulannya dok kat sini untuk makan menjamu selera jer. Jangan dok gosip2 hot story kat sini lama2. Orang lain pun nak duduk makan jugak.

Check Out W Hotel

Malam tadi anak2 tidur lena betul. Confirm kepenatan sebab seharian dok main dalam maps. Hari ni last day kami kat ipoh. Ada lagi yang mama dah plan untuk hari ni. 

Tapi just chill n relax jer. Tak nak tergesa2 macam semalam. So pagi ni mama biar anak2 tidur puas2 dulu. Biar diorang bangun dengan sendiri especially hafiy. Dia kalau tak cukup tidur mula la buat perangai.

Lepas bangun mama bagi diorang makan maggi dulu buat alas perut. Incase tak jumpa tempat makan yang memuaskan hati at least perut diorang dah terisi. Breakfast lambat sikit pun tak apa.

Masing2 bangun dengan muka segar sebab dah cukup tidur dan rehat. Then kami terus siap2 untuk check out. After check out mama plan nak pergi ke concubine lane. 

Sepanjang dok ulang alik ke ipoh entah berapa puluh kali tak pernah tau pasal kewujudan tempat ni. Bila ada instagram barulah tau rupanya ada hidden place kat ipoh ni.

Haruslah kami menambahkan kesesakan dengan pelancong kat concubine lane ni. Mama beria nak ke sini sebab nak cari makanan2 yang diviralkan dekat media massa. Harap2 apa yang mama dah plan menjadi kenyataan.

Saturday, November 17, 2018

Restoran Simpang 3

Keluar dari maps terus menggelupur cari kedai makan. Nasib baik mama dah list down few restoran yang dekat2 dengan hotel. Lepas makan boleh balik hotel cepat sikit.

Setelah kata persetujuan dicapai, kami pilih restoran simpang 3. Sebab semua ahli nak makan nasi. Tak nak makan western food. Itu tandanya semua orang lapar gila. So konda kondi next time kita cuba.

Restoran ni berkonsepkan nasi padang. Tapi waktu malam ada juga masakan panas. Mama baca review ramai yang rekomen restoran ni. Mestilah sedap kan. Nak tau sedap ke tak kenalah cuba sendiri.

Kawasan restoran luas dan bersih. Servis pun cepat. Kami duduk jer terus dapat buku menu. Tak perlu nak panggil waiter baru terhegeh2 nak datang macam kat kebanyakkan restoran lain.

Si hafiy ni bila nampak peti aiskrim terus tuju kat peti dulu. Pastu aiskrim yang dia pilih tu perisa durian lak tuh. Memang bau dan rasa macam makan durian. Kuat betul rasanya.

Nasib baik tak kena tunggu lama2 sebab anak2 dah kelaparan dan kemengantukkan. Mula tu order nasi sebekas ni je. Pastu dengan muka tak malu minta tambah lagi sebekas. Banyak betul anak2 mama makan. Hazim sampai 4 kali tambah.

Meh usha menu mama order. Ni namanya ikan terbang. Dah elok2 berenang dalam air dia nak terbang pulakk. Ni ikan talapia yang digoreng rangup kruk krak. Makan cicah sambal kicap. Mama yang sejak azali tak makan ikan talapia boleh makan ikan ni. Maybe sebab tak ada rasa ketalapiaannya.

Ini pulak ikan siakap bakar bersambal. Pun sedap jugak. Makan cicah sambal belacan. Menjilat jari sedapnya. Ke sebab kami tengah lapar sangat? Semua menu sedap lain macam. Nasi kosong pun boleh rasa sedap.

Menu yang kami order: siakap bakar bersambal, ikan talapia terbang, telur dadar, gulai padang ayam kampung, sotong goreng tepung dan telur dadar. Gulai padang tu sedap jugak. Kena dengan sambal belacan tu.

Semua makanan sedap2. Memang tak rugi dan berbaloi kami datang sini. Puas hati makan. Anak2 pun berselera makan. Dari segi harga mama rasa berpatutan dengan makanan.

Kat dalam kedai ada sudut untuk bergambar. Berkonsepkan klasik. Ada motor honda zaman dulu 2 biji kat sini. Motor hijau ni matching dengan baju hadif. Dah la plat kelantan.

Hazim cakap motor pkr dan pas. Biru muda dan hijau. After bergambar kami terus gerak balik hotel. Tak sempat sampai hotel anak2 dah terlena. Penat sangat kot hari ni dari 10 pagi hingga 7 malam kat maps. Esok nak kena bangun pagi lagi sebab nak jalan2 dulu sebelum gerak balik kl.