Sunday, March 15, 2015

Soopa Doopa

Penuh aktiviti rayyans hari ni. Pagi tadi diorang ikut tilah gi kenduri kahwin kat rawang.

Petang ni along plak datang ajak diorang gi main soopa doopa kat tesco puncak alam. Rayyans gembira tak terkata umpama orang mengantuk disorongkan bantal.

Bayaran masuk rm4 perhead. Boleh main unlimited selagi chop kat tangan tak hilang. Maksudnya, boleh keluar balik rumah makan2 pastu datang balik tanpa dikenakan apa2 bayaran lagi.

Seram mama tengok diorang melongsor atas ni. Tinggi tu. Budak2 ni tak reti gayat ke.

Banyak jugak aktiviti kat dalam ni. Bolasepak, keretapi, gelongsor. Puaslah diorang main sepanjang petang.

Hadif tunjuk skil seni mempertahankan diri. Hati2 nak oi..koyak seluar tu karang.

Punching bag.

Soopa doopa ni dipasang kat parking lot tesco. Selamatlah berkaki ayam diorang. Balik tu tapak kaki dah takde rupa. Memang kena sental la dengan papa.

Time asar diorang ajak along balik. Nak tukar baju sebab tak selesa pakai kemeja yang pergi kenduri pagi tadi.

Makin ke petang, makin ramai budak2 datang main. Alhamdulillah, diorang dah boleh menyesuaikan diri berkawan dengan budak2 lain.

Si bulat mama ni sejak sekolah berat naik 1kg. Sekarang berat dah 26kg. Mama risau kot2 kat sekolah tak cukup makan. Jadi lepas ni tak perlu risau lagi.

Masa balik tadi siap bawak bekal air sebotol sorang. Penat la tu main. Dah la cuaca boleh tahan kering sekarang ni. So elokla diorang minum banyak air.

Maghrib baru diorang balik rumah. Tu pun ada hati nak pergi lagi after dah mandi. Terpaksa along curi2 keluar balik rumah. Kalau tak ada yang drama air mata lagi.

Saturday, March 14, 2015

Rafisah's Wedding

Hari ni wedding mak sepupu mama, rafisah. Rafisah ngan nenek adalah sepupu. Jadi dia pangkat makcik la dengan mama walaupun umur lebih muda.

Disebabkan mama berpantang dan tak balik kampung, jadi tak dapatlah kami menyibuk kat majlis rafisah.  

Dapat tengok gambar yang p.su wasap jer la. Belah kiri tu jiran depan umah kami kat kampung.

Rafisah bertemu jodoh dengan orang kluang, johor. Cantik kaler baju pengantin hijau emerald.

Mama ucapkan selamat pengantin baru buat rafisah. Semoga rumahtangga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Karnival Warna Warni

Cuti sekolah dah start. Tapi mama takde plan pun nak bawa rayyans bercuti ke mana2. Hafta balik kampung pun tidak. Kesian atuk n nenek tak berpeluang tengok rayhan lagi.

Kesian adik2 melangut jer kat umah, tilah bawak gi karnival warna warni kat sekolah seksyen 7 shah alam. Macam2 aktiviti ada kat sana.

Tujuan utama nak tengok karektor upin ipin. Tapi bila sampai sana dimaklumkan upin ipin dibatalkan. Frust 'upin ipin' tiruan ni.

Nasib baiklah ada aktiviti lain. Tak dapat tengok upin ipin, dapat tengok arnab pun jadi. 

Hadif dah hilang sifat penggeli. Dah berani pegang2 arnab. Pastu dah berani berinteraksi dengan orang lain. Kalau tak dulu malu2 bila ada orang tegur.

Kuda pun ada. Bangga mama ngan rayyans. Semua benda berani dicuba sekarang. Kalau dulu takdenya berani nak naik kuda. Mau drama air mata dulu.

Friday, March 13, 2015

Butter Cake

Fresh from oven untuk minum petang. Makin bulat la rayyans setiap hari makan kek jer kejenya.

Bahan:
250g butter
170g gula
210g tepung gandum
1tsp baking powder
5 biji telur
1/2sk esen vanila

Masukkan butter, gula, tepung gandum dan baking powder ke dalam mangkuk. Kacau sebati.

Kemudian masukkan esen vanila dan telur satu persatu. Kacau sebati.

Masukkan adunan ke dalam loyang yang dah disapu mentega.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160°C selama 50 minit.

Semerbak baunya. Hidangkan panas2 pasti terangkat.

Thursday, March 12, 2015

Post Trip

Semalam rayyans ikut rombongan sekolah ke kidzania. Punya la mama tak keruan sebab first time lepaskan anak keluar tanpa ditemani keluarga terdekat. Alhamdulillah, everything went well.

Seharian diorang kat kidzania, macam2 pekerjaan diorang main. Betapa excitednya diorang bercerita jadi bomba, doktor, buat vitagen, vitamin dan macam2 lagi. 

Sayangnya mama tak dapat nak merakamkan detik2 diorang kat sana. Yang ada cuma satu gambar pilot ni la. Macam seremmm jer bila diorang sebut nak jadi pilot after kes mh370 dan mh17.

Batik ni hasil kerjatangan hazim. Hazim memang minat mewarna. Tengoklah kaler yang dia guna bewarna warni. 

Yang ni plak hadif punya. Kaler pink n purple. Bila mama tanya kenapa tak kaler banyak2 kaler, dia cakap saya penat asyik2 nak tukar.

Kad nama hazim sebagai pekerja lhdn. Nama hazim rayyan dah bertukar jadi muhammad hazim. Dia cakap dia suka nama muhammad. So bila staf kidzania tanya nama laju jer cakap nama dia muhammad hazim.

Hadif plak tak sempat nak kerja kat lhdn. Jadi takdelah kad nama untuk dia. Walau apa pun, mama bangga dengan anak2 mama. Ini boleh dikira sebagai satu achievement dalam hidup diorang.

Wednesday, March 11, 2015

Mimpi Itu Indah

Yeay hari ni hari ke 44 pantang. Perasaan happy sebab habis pantang tapi sedih sebab cuti dah nak habis. Bestnya kalau dapat cuti lama2. Bleh gi jalan2. Dah lama rasanya tak gi bercuti. 

Kalau ikutkan tahun ni memang ada plan nak pergi legoland. Asalnya nak pergi tahun lepas. Tapi mikirkan rayyans baru umur 5 tahun takut tak pandai nak main lagi so postpone ke tahun ni. Tetiba tahun ni mama bersalin plak. Dah ada anak kecik macam leceh nak pergi taman tema.

Casa del rio, melaka. Macam best jer dok hotel tepi sungai. Siang malam bleh tengok river cruise. Pastu leh tengok lampu berwarna warni sepanjang sungai ni.

Avillion admiral cove, port dickson. Teringin nak dok lepak2 kat kerusi bulat tepi laut ni sambil tengok sunset. Baru nak fefeling ongkaya anak menangis. Camna nak menghayati sunset dengan anak kecik cik kak oi. Pang sebiji kang.

The banjaran hotsprings retreat, ipoh. Dok sini memang best. Dikelilingi bukit bukau dan kehijauan. Tenang jer rasa. Ada anak kecik sesuai datang sini. Dok jer lepak dalam resort tak yah keluar2. 

Philea resort and spa, melaka. Tempat ni ala ala banjaran tu gak. Konsep kehijauan ala kampung. Kalau bercuti untuk relax2 tenang2 sesuai sangatlah. Mama rasa percutian macam ni yang mama nak. Tak perlu rushing nak ke mana2. Just habiskan masa kat dalam resort jer.

Cyberview lodge resort, cyberjaya. Kalau rasa agak malas nak drive jauh2 dengan tantrum 3 hero kat dalam kereta, mama rasa this is the best place. Suasana hijau yang mendamaikan. Ada pool budak2 nak berendam. Plus extra point sebab dekat.

Mama punya top priority setakat ni adalah pullman putrajaya. Of course sebab dekat. Pastu hotel dia macam cantik jer. Ada plak pantai man made tu. Anak2 mesti suka.

Ni la keje orang pantang. Dok search tempat2 best. Saiko sebab lama tak bercuti. Kita berangan jer la dulu. Banyak tempat yang mama teringin nak pergi. Bajet cukup nanti boleh la merealisasikan mimpi2 mama ni. 

Tuesday, March 10, 2015

School Trip

Berdebar plak rasa nak lepaskan rayyans follow school trip. Esok sekolah rayyans buat lawatan ke kidzania. First time nak lepaskan rayyans keluar tanpa pengawasan kami.

Diorang berdua kenmain excited. Setiap hari tanya bila nak naik bas gi kidzania. Mama pun setiap hari la jugak pesan kat diorang supaya dengar cakap teacher. Jangan lari2, jangan pergi tempat lain, ikut jer ke mana teacher pergi.

Dulu tilah pernah keje kat kidzania. Jadi duit2 tu dia ada simpan lagi. Bila rayyans nak ke sana, dia bagi la duit2. Mana tau kot2 rayyans nak beli apa2 kat dalam tu. Yang penting, mama kena yakin rayyans pandai berdikari. Insyaallah, semuanya baik2 sahaja.

Monday, March 9, 2015

Roti Sosej

Aktiviti petang dengan rayyans masak roti sosej untuk tea time. Diorang ni sejak mama pantang, petang nak kena ada tea time.

Gelek roti sampai nipis. Kami guna roti wholemeal. Tu jer yang ada kat rumah. 

Gulungkan sosej dalam roti. Sosej tu mama rebus biar masak dulu. Sebab nanti gorengnya sekejap jer kot2 sosej tak masak.

Roti ni mama potong dua sebab nak senangkan menggoreng. Kalau panjang2 nanti penuh kuali.

Celup dalam telur. Mama guna telur ayam kampung. Dalam telur mama letak garam secubit dan lada sulah. Kalau ada breadcrumbs bolehla golek2 atas breadcrumbs sebelum goreng.

Goreng dalam minyak yang betul2 panas dan gunakan api kecik jer. Lau tak hangit rentung nanti.

Hidangkan dengan mayonis. Nampak gelap skit sebab pakai roti wholemeal. Kalau roti gardenia putih tu lagi cantik bila digoreng.

Sunday, March 8, 2015

Mini Karnival Rakyat

Wiken ni ada mini karnival rakyat kat puncak alam. Ada macam2 aktiviti yang dianjurkan. Gerai2 jualan pun banyak jugak. Mama tak dapat la nak jalan2 cuci mata. Uish...tak sabarnya nak habis pantang.

Semalam tilah bawak si kembar pusing2 sana. Pastu nampak iklan pertandingan mewarna yang akan diadakan hari ni. So pepagi lagi diorang dah kejut tilah nak ke sana. Excited nak join pertandingan mewarna.

Pertandingan mewarna terbuka untuk kanak2 berumur 4 hingga 9 tahun. Yuran penyertaan sebanyak rm3 per head dikenakan. 

Setiap peserta diberi sekotak pensil warna dan sehelai lukisan. Setiap lukisan berbeza antara satu sama lain. Pensil warna tu plak terus jadi hak milik peserta.

Kusyuk dan tawadduk anak2 mama mewarna. Sampai berkerut2 kening. Dah rupa macam nak jawab soalan exam jer.

Agak2 boleh teka tak apa gambar yang diorang kaler ni. Mama after few times tengok baru realised gambar apa. Hazim dapat gambar badut n belon2. Hadif plak gambar sodok (backhoe).

Dah habis pertandingan semua peserta dapat goodie bag jajan. Diorang tak menang pun. Mama pun bukan harap sangat diorang menang. Mama tau keupayaan diorang setakat mana. 

Mama cuma nak dedahkan diorang dengan persekitaran luar. Yang penting, diorang dapat kutip pengalaman.