Sunday, March 2, 2014

Cameron Highlands : Taman Agro Mardi Part V

Akhirnya tiba ke bahagian terakhir cerita kat taman agro mardi ni. Saja mama pecah2 kan cerita sebab nak update sekali harung takes time.

Last check point kami terjah adalah taman bunga ros. Tak lengkap rasanya kalau gi cameron tanpa mencium bau bunga ros.

Selambak bunga ros pink di tepi muka puan ros. Nak jugekk... ye la nama mama kan rosnizawati. Dah sama besar ngan muka mama ros ni.

Cantiknya la bunga ros ni. Pernah gak mama cuba tanam bunga ros kat rumah. Mula2 tu lebatlah bunganya. Lama2 makin sikit dan makin kecik. 

Seronoknya la kalau dapat jambangan bunga ros dari chenta hati. Hai bilalah mr papa nak hadiahkan sejambak ros merah untuk mama. 

Dah sampai kat tempat banyak bunga pun masih belum terbuka hati nak kasi mama bunga. 

Takpelah papa tak kasi bunga pun. Sekurang kurangnya papa dah bawak mama bercuti kat tempat banyak bunga (pujuk hati sindri).

Sebelum keluar dari taman agro mardi, kami singgah kedai souvenier. Beli apa2 yang patut. Yang pasti fridge magnet wajib beli.

Then lepak kat gazebo melepaskan lelah dan top up balik minyak yang makin berkurang. 

Kiri kanan pegang makanan. Si kembar dapat makan gula2 recharge balik la tenaga.

Bukan setakat budak2 kena recharge. Mak bapak pun sama. Penat hoi jalan pusing satu taman ni.

Sebelah kaunter tiket ada pusat teknologi maklumat berkenaan dengan mardi. 

Pelbagai buku tentang flora dan fauna dipamerkan untuk bacaan dan rujukan pengunjung. 

Memang tak rugi kami datang sini. Dahla tiket murah. Berbaloi2 dengan pengalaman dan pemandangan yang kami dapat kat sini.

Cameron Highlands : Taman Agro Mardi Part IV

Perut pun dah diisi dengan strawberry fresh, marilah kita meneruskan perjalanan. Banyak lagi section yang belum kami teroka.

Berjalan bawah bunga2 yang berjuntaian ni mengingatkan mama scene bella dan edward kahwin dalam cerita twilight. 

Bezanya bunga ni kaler kuning. Kalau kaler putih bolehlah berangan jalan pimpin tangan ngan papa. Pastu rayyans jadi flower boys.

Next kami melawat buahan 4 musim. Pokok kat sini ditanam dalam kawasan berpagar. Tak boleh nak masuk pegang buah2 yang ada kat situ.

Gambar yang kat atas tadi buah pear. Yang ni plak buah epal. Buah2 ni belum masak lagi. Tetiba teringin plak nak rasa petik epal camna.

Kalau semalam mama berkesempatan memetik anggur merah, kali ni mama dapat lihat anggur hijau plak. Sayangnya kat sini tak boleh nak petik dan rasa.

Then we moved tu bahagian sayur2 menjalar. Kat tepi mama ni pokok tomato. Memang lebat buahnya. Geram jer nak petik.

Kat bahagian atas plak ada tomato ceri bergantungan. Segar bugar merah meranum buahnya.

Ni labu air rasanya.  Cuma mama tak berkenan dengan sikap orang kita. Habis labu air ni diconteng. No wonder la buahan 4 musim dipagar. Kalau tak habis jahanam buahnya.

Cameron Highands : Taman Agro Mardi Part III

Next pit stop kat kebun strawberry. Kat dalam kebun ada gerai kecil jual hasil strawberry.

Serba sedikit penerangan pasal strawberry.

Kat pintu masuk kebun ada replika strawberry. Kerusi meja untuk pengunjung duduk makan2 pun ada disediakan.

Kalau dah namanya anak jantan, kat mana2 pergi pun kerja nak memanjat aja.

Nak petik strawberry pun boleh gak. Tapi mahal la sikit harga banding kat luar.

Kami tak petik pun strawberry. Just beli strawberry kat gerai tu then lepak makan kejap.

Feberet hadif, strawberry coklat. 2 paket strawberry sekali makan jer.

Selain strawberry coklat, ada gak produk lain yang berasaskan strawberry. Si kembar makan aiskrim strawberry.

Geram jer tengok strawberry ni. Merah terang berkilat. Rasa pun bleh tahan manis.

Cameron Highands : Taman Agro Mardi Part II

Section kedua kami jelajah adalah bahagian pokok herba. Herba2 ni ditanam dalam pasu2 kecil siap dengan label.

Sebelum tunjuk pokok herba, mama nak tunjuk pokok ni dulu. Macam pokok avatar kan. Kalau dapat letak kat depan rumah ni pastu bina pangkin bawahnya sure syok habis melepak petang2. 

Kebanyakkan herba kat sini adalah herba mat salleh. Ala...herba yang biasa digunakan dalam masakan western food. Kalau masakan melayu mana guna tyme ni.

Selalu mama guna oregano kering jer bila masak carbonara. Kalau dapat oregano fresh confirm lagi naik rasa dan baunya. 

Stevia ni kalau tak silap mama boleh digunakan untuk menstabilkan paras gula dalam darah. Sangat berguna bagi pengidap kencing manis. 

Sapa yang tak kenal pokok lidah buaya ni. Dolu2 kat kampung banyak la tanam lidah buaya. Pastu kupas kulit sapu gel dia kat seluruh muka. Kononnya boleh licinkan kulit muka.

Actually banyak lagi herba2 lain yang mama malas nak snap gambar. Lagipun masa ni ada visitor dari jepun. Pegawai mardi tengah bagi penerangan kat diorang.

Pokok kat belakang mama dalam gambar kat ats ni ada buah yang cute. Ni buah apa ekk? Sejenis ceri kot. 

Cameron Highands : Taman Agro Mardi Part I

Taman agro mardi ni salah satu tarikan kat cameron highlands. Tiket masuk rm3 perhead tak kira dewasa atau kanak2.

Kawasannya luas gila. Kami spent masa separuh hari kat sini. Jalan perlahan2 sambil bergambar sakan.

Mujurlah cameron ni sejuk. Jadi takdelah terasa penat sangat jalan jauh. Peluh pun macam malu2 jer nak keluar.

Taman ni terbahagi kepada beberapa section. Bahagian bunga, tumbuhan herba, sayuran, kebun strawberry dan buahan bermusim sejuk seperti anggur dan epal.

Section pertama kami jelajah adalah bahagian bunga bungaan. Macam2 jenis bunga berwarna warni yang tumbuh subur.

Kat bawah jambatan ni ada pelbagai jenis ikan pelbagai warna. Si kembar tengah mengintai ikan kat bawah la tu. 

Sayangnya kami takde makanan untuk dibaling ke dalam kolam. Besar2 ikannya tapi mama tak pasti ikan ni boleh dimakan atau tidak. 

Cantikkan bunga purple ni, macam lavender plak bila banyak2. 

Sukanya tengok bunga merata rata tempat. 

Hazim menggayakan jurus bunga terbang.

Take 5 kat kawasan mini air terjun buatan. Pasni banyak lagi section yang kami nak terokai.

Saturday, March 1, 2014

Cameron Highlands : Glory 78 Steamboat

Kali ni trip ke cameron luar dari kebiasaan. Selalunya dinner kami merayap kat pasar malam. Tapi this time mama mengada nak bersteamboat.

Glory 78 steamboat agak glamer gak kat cameron. Sebelum datang mama google ramai yang suggest tempat ni. Pastu kena datang awal takut fully booked.

Dari butterfly farm kami terus ke sini. Walaupun baru pukul 6 tapi dah ada yang duduk makan.

Aiskrim strawberry sundae untuk rayyans. Dah kata datang cameron, kalau bukan oder teh haruslah oder makanan yang berkait dengan strawberry.

Strawberry ice blended for mama n papa. Sedap dan pekat. Maklumlah guna strawberry fresh katanya.

Anak teruna ni sejuk2 pun bila dapat makan aiskrim memang tak menolak la.

Set steamboat untuk 2 orang makan. Harga rm24 perhead. Minimum kena oder untuk 2 orang makan. Bahan steamboat mostly frozen food. Seafood adalah 2, 3 ekor udang. Tapi, sayur mayur memang fresh kruk krak seme.

Sos ni sedap. Makan kena cicah sos ni. Kalau tak dull jer rasa.

Sup steamboat. Bestnya makan steamboat dalam cuaca yang sejuk. Selain steamboat, ada gak menu ala carte yang bergoreng2. Kami siap tapau nasi goreng takut lapar balik kat hotel.

Kalau dah perut melayu yang biasa makan nasi macam2 mana pun nak kena ada nasi gak. Steamboat ni kenyang dia kejap jer. Karang balik hotel budak2 mintak nasi. 

Overall not bad la steamboatnya. Lokasi glory 78 ni betul2 sebelah hotel de la fern.