Friday, June 14, 2013

Terbengkalai

Blog jer yang terbengkalai...bukan projek yang terbengkalai yer. Banyak sebenarnya nak kongsi cerita kat sini, tapi takde mood nak mengarang. Actually sedikit kebizian untuk setelkan semua kerja-kerja mama. 

In sha Allah, bulan depan mama akan memulakan tugas di tempat baru. Jadi sepanjang peninggalan mama nanti, mama tak nak susahkan rakan sekerja yang kena take over kerja mama nanti.

Pejam celik rupanya dah 6 tahun mama kat HRrunding. Staf-staf kat sini dah jadi macam adik beradik. Sayang sebenarnya nak meninggalkan company ni. Tapi kerana tuntutan ekonomi dan masa depan kami sekeluarga, mama terpaksa mengucapkan selamat tinggal dekat kawan-kawan kat sini.

Harapan mama agar hubungan silaturahin yang terjalin dekat sini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Buat kawan-kawan, terima kasih di atas segala pertolongan selama ni. Ampun maaf andai ada yang terasa hati dengan mama. Mama harap agar kat tempat baru nanti mama akan dapat ofismate yang best macam korang semua. Sayang korang ketat ketat.

Monday, May 20, 2013

Alhamdulillah

Syukur Di Atas Rezeki Mu Ya Allah. Salah satu impian mama untuk tahun ni telah tercapai. Impian untuk memiliki kereta yang lebih besar. Terima kasih Ya Allah kerana bukakan pintu rezeki kami. Walaupun cuma kereta secondhand, tapi ia umpama kereta baru untuk kami.

Kereta ni lebih jauh lebih luas berbanding viva. Selesalah sikit lepas ni nak travel jauh balik kampung jenguk mak ayah. Walau apapun, viva tetap di hatiku. Viva mama still ada lagi, guna untuk ulang alik ke tempat kerja.

Tadi mem besar dah rasmikan kete baru. Papa bawa keluar makan kat Bonjour cafe. Semoga rezeki keluarga kami lebih murah lagi untuk hari yang mendatang.

Bonjour Cafe

Tadi lunch ke Bonjour Cafe lagi. Hajat hati nak makan chicken parmagiana. Tapi nan hado la pulak. Dah 2 kali datang sini, asyik takde jer menu ni. Ni yang terasa ringan jer mulut nak komplen ni.

Ye la, customer datang jauh-jauh nak makan, tapi menu yang diidamkan tiada. Frust ai tau. Ni yang buat malas dah nak datang sini lagi dah (alasan padahal banyak lagi menu lain).

So hari ni semua makan benda yang sama jer. Dibezakan dengan side dish sahaja. This one, hubs punya. Siap ada cheesecake sebagai pencuci mulut.

Mine. Ambik side dish nasi beriani dan salad. Pastu order gak dessert tu semata-mata nak cilok cawan dia. Comel jer bekasnya. Kalau buat cheesecake dalam bekas tu sure cantik menawan. 

Yang ni mama jue punya. Side dish nasi n baked potato. Dessert ada cream puff 3 ketul tu. Perghh..cream puff dia sedap sangat. 

Akhir kata terima kasih kepada Mr Papa kerana belanja kami hari ni. Lain kali belanjalah lagi. Hahaha.. 

Saturday, May 18, 2013

McD & Hello Kitty

Weekend ni kami tak outstation ke mana-mana. Sudah menjadi kelaziman (ceh kelaziman kata ko), anak-anak request bekfes kat McD. Hurmmm..boleh la labu. 

Nasib baiklah McD dekat jer ngan umah. Wiken ni memang mama berhajat nak rehat serehatnya coz minggu depan nak berjalan ke langkawi.

Menu bekfes kami...set breakfast box untuk 2 orang makan. 

Rayyans cuma makan hash brown jer. Tapi tak cukuplah sekeping sorang.

Silap perhitungan. Terlupa yang anak teruna dah kuat makan sekarang ni. Tambah order lagi 3 keping hash brown. Pastu sempat grab anak patung hello kitty ni 2 ketul. Dah terlepas nak buat koleksi. Ni patung yang last.

Friday, May 17, 2013

Spicy Korean Crunch

Semalam mama dah selamat daftar no handfon baru..hehe..gedik kan. Dah 10 tahun kerja, handfon pakai la no prepaid. Ni sebab dapat hadiah smartphone dari papa barulah terhegeh-hegeh nak daftar no postpaid. 

Nak dijadikan cerita, pagi ni budak kat kedai celcom tu call mama cakap mama tinggal IC kat kedai depa. Amik ko..over excited gamaknya. Tinggal IC pun tak perasan. 

Kalau budak tu tak call jawabnya memang mama tak sedar sampai kesudah tinggal IC tu. Careless betul. Bila bagitau kat papa, sebakul mama kena bebel. 

Minta tolong papa hantarkan ke giant, tapi papa lak ada urusan. Terpaksalah mama amik teksi ke giant. Nasib baiklah ada mama jue yang setia menemani mama ke Giant.

Dah alang-alang kami kat giant, lunch la kat KFC. Makan set spicy korean crunch tu. Frust la KFC ni, kalau diorang buat promotion, ayam spicy terus takde. Dahla ayam korea ni tak sedap sangat. Kefrustan pasal ayam boleh diterima akal lagi. Tensen pasal teksi masa on da way balik lagi hangin satu badan.

Balik kami amik teksi gakla. Pemandu orang india. Kebiasaannya tambang teksi dari giant ke opis kami dalam RM6. Kami perasan, masa kat selekoh opis, meter menunjukkan angka RM5.90. 

Bila kami dok sibuk bagi arahan nak stop kt mana, mama nampak ada topi tutup meter tu. So kami tak nampak angka berapa RM. Bila dah sampai, kami tanya berapa harga tambang?

Cepat2 dia alih topi dan tekan button off, yang mana kami tak sempat nak tengok angka yang sebenar. Dan-dan dia cakap 8 ringgit. Memang dasar penipu. 

Mama rasa kelly ng tu dah biasa buat taktik ni. Coz kami tak sedar bila dia letak topi menutupi meter. Agaknya dah ramai yang terkena dengan kelly ng ni. 

Bukanlah mama berkira pasal kena tambah RM 2, tapi kejujuran tu penting.

Thursday, May 16, 2013

Nasi Lemak Habibi

Balik td singgah dinner terus kat restoran nasi lemak habibi. Kat puncak alam ni, kat sini  jer rasanya restoran yang ekslusif sedikit selain dari secret recipe.

Papa lapar sangat sbb tak sempat nak lunch tengahari tadi. Dah tak menyempat nak balik umah masak ke apa. Dah tahap kebulur katanya.

The drinks, teh tarik dan ice lemon tea. Masa ni berlaku insiden bangang. Mama sedut air tapi airnya tak naik-naik. Masa tu dah nak mengamuk salahkan straw bocor ke apa. Rupanya mama gi sedut batang biru tu iaitu sudu. Straw yang kaler hitam tu. Sengal betul.

Orang kebelur of course la order nasi. Nasi lemak sambal sotong. Kat sini mama suka nasi lemak dia buat kelainan, ada kerabu mangga. Kalau tak asyik ulam timun jer.

Mama order kwayteow ladna. Sedap tapi macam tak puas makan sebab kwayteownya sikit jer. Dasar perut tong sampah mana reti kenyang.

Double Sensation

Dah lama betul rasanya tak update cerita jalan-jalan cari makan. Semalam papa bawa kami gi dinner kat Pizza Hut Aeon Rawang.  Sesekali ubah angin makan kat tempat baru.

Alkisah sebelum kejadian, papa cakap dah bosan makan nasi. Bila mama tanya papa nak makan apa, si Hadif yang jawab, Pizza. Laju jer mulut anak teruna mama ni menyebut.

Fuh..anak mama ni dah upgrade nampaknya. Selama ni tau sebut McD ngan KFC jer. Ni dah pandai sebut pizza plak dah.

Haa..bersedialah papa, pasni beringat-ingat la lalu depan Pizza Hut. Jangan ada yang kena buat U-turn nanti. Diorang ni bila nakkan sesuatu, menjerit sekuat hati cam histeria gayanya.

Kami order set double sensation 2 yang ada sekeping pizza, 4 sup, 1 set garlic bread dan 1 jug 7up. Pastu tambah order fries dengan ayam. Ayam tu sedap sangat.

Sekarang ni dah tak boleh nak order untuk makan berdua jer. Rayyans dah start makan beria. Apa yang pasti pizza baru ni sedap sebab ada dua crust. 1 crust ada cheesy lava dan lagi satu crust ada sosej. 

Garret Pop Corn

Setelah sekian lama dok mengidamkan si Garret pop corn ni, akhirnya hari ni hajat termakbul. Tu pun nasib baik Kak Hanim ada meeting nearby KLCC petang semalam. So weols opismate kaki makan ni masing-masing memesan la suh belikan pop corn ni.

Memang sedap nak m***** pop corn ni. Padanlah dengan harganya pun. Sepeket kecik ni RM 20. Tapi puas hati makan sebab sedap. Ni mama pilih karamel macadamia.

Sunday, May 12, 2013

The Birthday Gift

Cerita ni bukan untuk menunjuk-nunjuk yer. Mama cerita hanya untuk berkongsi kegembiraan hati mama dengan blog kesayangan ni. Nak cerita pasal hadiah birthday yang mama dapat. Pemberian orang yang tersayang, cinta hati saya, Mr Papa.

Setelah 5 tahun kahwin ni la rasanya hadiah paling mahal yg papa bg kat mama. Handfon samsung galaxy S4. Pasni bolehlah mama join kawan-kawan yang celik IT berwassap, berwechat, berviber dan yang seangkatan dengannya.

Hadiah kedua yang memang menjadi idaman mama sejak dulu lagi, kamera samsung galaxy ni. Actually mama dah lama nak beli kamera, sejak kamera olympus mama pecah berkecai. Tak sangka plak kali ni papa belikan untuk mama. Tq papa. 

Tapi bukan mama sorang jer yang dapat hadiah. Anak-anak mama pun ada bahagian jugak. Masing-masing dapat basikal sorang seketul. Basikal ni pun dah lama diorang dok minta. 

To papa, terima kasih daripada mama dan anak-anak. Semoga rezeki papa dan kita sekeluarga dimurahkan dan diberkati Allah. Moga-moga tahun depan boleh bagi hadiah yang lebih mahal. Hahaha *dasarmataduitansungguh*.

Our Birthday

Untuk kesekian kalinya, sampai la ke tarikh mama n papa dilahirkan kat dunia ni. Tiada apa-apa perubahan, yang beza cuma pertambahan usia kami sahaja. Umur makin bertambah, tapi hati sentiasa feeling mudo.

Selari dengan usia yang makin bertambah ni, mama berdoa semoga kami dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, keluarga yang bahagia dan sebagai seorang ummat Muhammad yang beriman.

Tiada majlis yang besar-besaran untuk meraikan hari lahir kami. Bila hari dah hampir petang, baru papa cakap nak keluar beli kek. Kek peach cream dari Secret Recipe.

Hari ni disambut dengan sederhana. Mama dan papa diraikan oleh dua orang yang paling berharga dalam hidup kami. Permata hati kami, Hadif Rayyan dan Hazim Rayyan.

Jumlah lilin tidak menunjukkan bilangan umur ya. Yang over excited nak tiup lilin si kenit berdua ni la. Diorang memang suka sangat tang tiup lilin tu.

Bila mama suh nyanyi happy birthday....diorang nyanyi happy birthday to Hazim Rayyannn....huh ni birthday sapa sebenarnya ni?

Cuma keesokkan hari, kakak-kakak Rayyans sms papa tanya tak buat majlis makan-makan ke. Kebetulan hari ni plak hari ibu, so mama just masak yang simple jemput diorang datang rumah. 

Mama masak nasi minyak lauk ayam masak merah, sambal udang petai dan acar kubis dan nenas.

Sebelah petangya pula kami bakar kerang depan rumah. Seronok bila makan ramai-ramai. Orang yang paling bahagia tentulah papa, dapat mengumpulkan hampir kesemua anak di bawah satu bumbung. Semoga keluarga kami dikurniakan kebahagiaan untuk selama-lamanya.