Tuesday, March 26, 2013

Kak Mah Nasi Lemak

Kedai ni kat area umah kami jer. Bila habis idea nak makan mana, sini la tempat kami terjah. Dia jual nasi lemak yang dah siap dibungkus. Macam-macam lauk ada. Harga sebungkus RM1.30. Selalunya kami akan makan 2 bungkus sorang.

Kebiasaannya kami tapau jer nasi lemak tu tapi hari ni gedik plak nak makan sini. Kat dalam kedai ni ada booth cool station. Selalu gak kami beli air cool station tu.

Yang sebenarnya mama bukan nak cerita pasal cool station tu, tapi motif utama adalah nak tunjuk gelas teh ais ni. Papa cakap macam pasu bunga. Hahaha..

Sekarang ni macam-macam cara pengusaha restoran buat untuk tarik pelanggan. Dah banyak tempat mama makan, pelbagai bentuk gelas atau cawan yang unik diorang gunakan. Salah satu strategi yang bagus untuk memajukan bisnes.

Resepi Rahsia

Resepi apa yang rahsia sangat tu? Meh sini sapa nak resepi rahsia tu. Bukan senang tau orang nak bagi resepi rahsia ni. Kiranya kami ni bernasib baik dapat merasa resepi rahsia tu. 

Tak payah susah-susah nak kelentung kelentang kat dapur. Relax-relax sambil lepak pun boleh...

Rahsianya boleh jumpa kat Secret Recipe. Hahahah..bengong. ...cuma order jer resepi rahsia yang berkenan di hati.

Lunch tadi actually weols gi secret recipe kat giant. Dah lama tak gedik-gedik makan kat luar. Tambah-tambah hari ni Mr B takde kat opis. So kalau weols masuk lambat takdelah rasa bersalah sangat.

Semuanya gara-gara mama jue mengidam nak makan kek turkish indulgence tu. Nasib baiklah mama mia bermurah hati nak bawa pompuan-pompuan yang patah kaki takde kereta tapi nak berjalan ni keluar.

Tengok mama jue order kek, mama pun teringin gak nak berkek. Terus order sepotong coklat cheese berry kek ni.

Perghhh..memang lemak berkrim kek ni.

Kalau dah nama kami yang makan, takkan makan sepotong kek semata jer. Pasti ada menu lain lagi yang kami order.

Mine is chicken parmigiana. Huh..susah nau nak sebut namanya. Nasib la rasanya sedap. Cheese dia meleleh-leleh. Tak kedekut cheese la. Harganya RM18.50.

Haishh mama ni perut tu dah hentak belipat pun dok makan benda-benda berlemak lagi. Susahnya nak cari motivasi diri untuk berdiet. 

Mama jue plak order pan-grilled dory with lobster sauce. Menu ni amat menghampakan. Dory fish tu terlebih bakar agaknya. Kulit dia dah jadi kehitaman.

Pastu rasa dia pun lain macam. Susah nak telan isi ikan tu. Mama rasa ikan tu tak fresh. Diorang guna yang frozen. Then rasa tu maybe dari ubat yang diorang guna untuk frozenkan ikan tu bagi tahan lebih lama.

Mama mia plak order curry seafood laksa. Yang ni memang marvellous. Kuah pekat, isi banyak. Berbaloi la makan ni. Kenyang sampai ke malam.

Puas hati mama mia makan ni hingga ke titisan kuah yang terakhir. Portion makanan yang berkuah kat secret recipe ni memanglah banyak. Penuh mangkuk besar.

Pas mengketedarah kat secret recipe, sebelum balik sempat lagi kami menyinggah kat booth McD beli aiskrim sundae epal. Hurmmm...seronoknya la hidup kalau dapat makan gini setiap hari tapi tanpa apa-apa penyakit mendatang.     

Monday, March 25, 2013

Supper

Petang tadi dinner kat CKT, Rayyans makan tak bersungguh. Diorang bukan makan CKT tu. Just makan nsi impit beberapa ketul jer. Jadi malam ni kebulur minta biskut kat mama.

Beria sungguh dua beradik ni makan biskut gula cicah air milo. Siap pistol sorang satu parking kat sebelah.

Sapa amik biskut lebih kena tembak.

Aimar CKT

Hari ni papa cuti menjaga si rayyans kat rumah. Pengasuh amik cuti coz attend kenduri kahwin sedaranya kat johor. Pagi tadi papa n rayyans hantar mama gi opis then petang ni diorang jemput mama pula. 

Siap bawa along n hadi sekali. Diorang berdua datang rumah petang tadi, discus pasal plan nak kahwin dengan papa.

Sebelum balik kami singgah kat Aimar CKT dulu. Along menyebut dah lama tak makan CKT yang sedap. So far kat sini la pada tekak mama CKT yang paling sedap.

Rayyans masuk jer kedai terus tuju kat peti sejuk. Amik air kotak ribena. Sekotak sorang tak cukup, tambah lagi sekotak sorang. 4 kotak jadinya.

Air belah kiri sekali tu adalah asam boi jer. Masa mula-mula sampai kami ingatkan air kopi. Terkejut tengok kaler dia hitam. Selalunya air asam boi jernih jer.

Frustnya kali ni, mama order CKT besar special. Selalunya udang dalam 5 ekor, tapi kali ni 3 ekor jer. Hmmm..takkan sebab udang mahal kot. Rasanya alasan tu tak boleh diterima akal.

Frust punya pasal, terus gi order satay 20 cucuk. Hahaha..dasar sungguh. Tapi terus terang, bila servis tak constant ni la yang buat mama malas nak gi makan lagi dah kat sini.

Sunday, March 24, 2013

Weekend

Fuhhh....malam tadi pukul 2 pagi baru kakak-kakak Rayyans balik. Macam-macam topik yang kami bualkan. Main topik, cerita persiapan perkahwinan Along. In shaa Allah, tahun ni kami bakal dapat menantu.

Makanya pagi ni masing-masing bangun lambat. Breakfast pun dah pukul 11 pagi. Breakfast dengan spagheti lebihan malam tadi. Nak buang, membazir plak rasanya. So pagi ni mama panaskan balik spagheti tu.

Untuk menambahkan keceriaan, mama sediakan salad buah-buahan. Mama guna anggur, strawberry, nenas dan delima.

Huh tak pasal-pasal breakfast cam omputeh hari ni. Rayyans pun dah start makan macam-macam. Spagheti ni salah satu makanan kegemaran diorang. 

Bila dah breakfast lambat dan makan heavy, jadinya lunch dah terskip. Lunch kami merangkap makan malam adalah pada pukul 5 petang.

Mama masak gulai lemak ikan merah. Syok meratah kepala ikan merah tu. First time masak gulai lemak letak daun kunyit. Papa komen sedap. Len kali request masak lagi.

Pastu matchingkan dengan kacang goreng sotong. Nikmat betul makan sebaik bangun dari tidur. Pendek kata aktiviti hari ni adalah makan tidur, makan tidur jer.

Saturday, March 23, 2013

Makan-Makan

Malam ni kakak-kakak Rayyans nak datang rumah. Seperti biasa, bila diorang datang mama akan sediakan makan-makan yang simple. Seronok bila kesemua anak-anak papa dapat berkumpul sama sambil makan-makan. Meriah betul suasana bila semua berkumpul. Itupun tak lengkap lagi, dayah n memer tak dapat join sebab semester kat Uni dah start.

Pagi-pagi lagi mama dah buat cheesecake ni. Yang ni kena prepare awal-awal sebab amik masa nak keraskan. Mama buat satu adunan jer, untuk sekali makan.

Lepas cheesecake dah masuk peti ais, mama continue buat puding roti pula. Puding roti ni request daripada papa. Cuma kali ni mama tak buat sos vanilla. Puding tu mama buat sedikit berair, lebihkan susu. Then makan dengan coklat hershey's ni. Sedap juga.

Main dish adalah spagheti aglio olio. Tapi bila makan mama rasa macam tasteless plak...pudar jer rasanya. Takde kick.

So mama buatkan juga kuah bologneis. Hmmm...barulah sedap sikit rasanya bila berkuah. Takdelah pucat sangat nampak kat atas meja.

Salad campur-campur. Ada daun salad, tomato ceri, anggur dan buah delima. Perisa salad tu mama letak lemon juice dan sedikit gula. Rasa masam-manis gitu. Sesekali buah pernecah sendiri. Bosan asyik picit sos thousand island jer.

Selain spagheti, ada juga chicken chop. Ni mama perap ngan sos bbq heinz tu then bakar dalam happy pan. Makan dengan sos hot peri-peri. Perghh...berapi mulut.

Alhamdulillah...diorang semua enjoy the food. Sedap ke tak, janji habis dimakan. Tapi kepuasan yang paling bermakna bila terima ucapan dari papa sebab mama bersusah payah masak untuk jamu anak-anak tiri makan.

Tuesday, March 19, 2013

Strawberry Tiramisu



Bahan-bahan untuk sirap
150g strawberry filling
80mL air suam

Bahan-bahan lain
250g cream cheese
250g whipping cream
50g gula icing
1 paket biskut marie




Cara-cara
  1. Untuk sirap, campur kesemua bahan dalam periuk kecil dan kacau sebati.
  2. Pukul cream cheese sehingga gebu. Masukkan gula icing dan pukul seketika.
  3. Masukkan whipping cream. Pukul sehingga agak pekat dan sebati.
  4. Cara untuk melapis: mula-mula letak sekeping biskut marie, kemudian masukkan sedikit sirap,  dan letak krim ke atasnya. Ulang sehingga adunan habis. Hias dengan hirisan buah strawberi.
  5. Simpan dalam peti sejuk untuk seketika sebelum dimakan.

 Adunan ni menghasilkan 7 bekas seperti di atas.

Monday, March 18, 2013

Maggi Ketam

Sekarang tengah mood rajin masak. Mood rajin disebabkan dah bosan makan kat luar. Asyik2 makan benda yang sama jer. Malam ni cuba menu yang tak pernah masak lagi, maggi ketam. Mama guna 3 paket maggi perisa kari. 

Mula-mula rebus air dan perencah maggi kari hingga mendidih. Pastu masukkan ketam. Biarkan seketika hingga ketam masak. Kemudian, keluarkan ketam dan masukkan maggi dan telur. Masak hingga maggi lembut. Masa hidang, letakkan ketam tadi kat atas maggi.

Kiranya ni jugak pertama kali Rayyans makan maggi kari. Sebelum ni kalau nak bagi diorang makan maggi, mama akan masak sup berasingan dulu untuk dijadikan kuah.

Benda tak pernah rasa, bertambah-tambah la diorang makan. Walaupun pedas makan berulangkan air. Sudahnya mama ngan papa cuma ratah ketam jer. Maggi selamat dihabiskan oleh anak-anak.

Lepas kepedasan makan maggi kari, kami maniskan mulut dengan puding karamel. Puding ni mama masak malam semalam. Dah seharian dalam peti sejuk, barulah sedap dimakan. Resepi puding karamel boleh refer kat SINI.

Sunday, March 17, 2013

Steak

Dah lama rasanya mama tak update cerita pasal masak memasak. Lately, aktiviti memasak agak jarang berlaku sebab wiken sentiasa sibuk kat luar. Kadang-kadang tu just masak yang biasa-biasa jer, segan plak nak tepek kat blog.

Dinner malam ni mama masak stik. Daging lembu mama perapkan dengan bbq sos, bawang putih dan herba campuran. Perap dalam 2 jam lebih awal. Pastu bakar dalam magic pan. 

Mama bakar sekali dengan asparagus. Tapi mama lupa nak keluarkan asparagus tu bila dah half way masak. Jadinya asapagus mama lembik akibat terlebih masak.

Untuk side dish plak mama buatkan salad dan goreng kentang jer. Senang keje. Lagipun Rayyans tak makan stik tu, diorang cuma makan kentang jer.

Mama juga ada buatkan mushroom soup. Takdelah kering sangat menu malam ni. Resepi mushroom soup boleh refer SINI.

Rupanya Rayyans suka mushroom soup. Sebelum ni mama tak pernah bagi diorang rasa. Ingatkan diorang tak pandai lagi nak makan. Kadang-kadang mama macam terlupa yang diorang dah besar. Dah boleh makan makanan yang bervariety dah.