Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Mama nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada kaum keluarga, sahabat dan semua umat Islam di seluruh dunia. Mama juga ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf zahir batin kepada semua andaikata selama ni mama ada mengguris perasaan. Mama susun sepuluh jari mohon kemaafan dari kalian semua. Semoga aidilfitri tahun ni membawa seribu rahmat dan keberkatan untuk kita semua.

Saturday, August 18, 2012

Iftar Day 29

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi mama diberi kesihatan yang baik untuk menyempurnakan puasa kali ni. Hari ni hari terakhir kita berpuasa. Hari ni jugak kami diberi kesempatan untuk berbuka dengan semua ahli keluarga. Cuma mak long sorang jer yang takde sebab tuntutan tugas. Tapi anak-anak maklong telah 'diposkan' terlebih dahulu ke kampung.

Hari ni kami tak bagi mek masak. Juadah untuk berbuka semua beli kat param. Bila semua orang dah pergi param, makanya makanan yang dibeli bila dicompile...adalah melambak-lambak. Tapi mama tak sempat nak amik gambar semua food yang ada.

Ayam masak merah

Ikan bawal percik dan keli sambal

 Ikan selar percik

Ayam golek sekor

Sup gear box

Patin masak tempoyak

Macam-macam kerabu..kerabu perut dan kerabu mangga

Kerabu daun kayu dan solok petola

Agar-agar pandan, bandung dan laici

Akok yang paling sedap

Jus oren

Air jambu dan tembikai susu. Actually banyak lagi air yang dibeli tapi tak terlayan nak ambik semua gambar. Ada air soya, kelapa, tebu, tuak, lai chi kang.

Masing-masing dah mengambil tempat untuk berbuka. Syukur, tahun ni mama diberi peluang untuk puasa penuh lagi. Terima kasih Ya Allah.

Friday, August 17, 2012

Iftar Day 28

Perjalanan balik malam tadi berjalan lancar, walaupun jalan agak jem. Tapi takdelah seteruk tahun lepas. Tahun ni perjalanan amik masa 11 jam banding 15 jam tahun lepas. Fuhhh...jauhnya kampung deq non. Jem start kat bentong hingga ke benta. Nasib baiklah dari gua musang ke kuala krai jalan clear. Kalau tak, kat situlah distance paling hazab tiap kali musim raya.

Alhamdulillah, untuk pertama kalinya tahun ni kami akan berbuka bersama dengan mek dan ayah.  Pakda dan cikla juga dah sampai kat kampung. So berbuka hari ni dengan penuh meriah. Cuma ciknik dan maklong jer yang takde. Juadah berbuka hari ni kami borong kat param kg raja, jerteh. Meh kita intai apa yang mama beli untuk buka.

Ayam tempayan. Ayam ni dibakar dalam tempayan (macam roti nan tu). Harga seekor RM20 tapi mama beli separuh jer, RM10. Takut tak habis makan. Ayam tempayan ni kat pantai timur jer ada. Kat sah halam mama tak pernah jumpa lagi. Rasanya memang sedap la.

Ikan bawal percik, RM10. Puas hati dapat makan ikan fresh.

Ikan selar percik yang besar gila, RM8

Kerabu perut lembu, RM5

Sira pisang, RM2

Keropok lekor, RM2

Cara gula, RM2

Puding karamel, RM4

Buah melaka, RM4

Air jambu asam boi, RM 3 (RM1 per bungkus)

Air tuak, RM6 (RM2 per bungkus)

Jus oren, RM5 untuk 3 bungkus

Air tebu, RM3 (RM1 per bungkus)

Susu segar perisa strawberry, RM6 (RM1.20 per bottle)

 Solok lada

Kerabu sarang ni dan solok lada beli dengan makcik kat depan rumah kami. Makcik tu berniaga kat pasar ramadhan. Jadi mek tempah awal-awal ngan makcik tu sebelum dia keluar berniaga.

Selain juadah yang dibeli kat param, mek jugak ada masakkan gulai ayam atas permintaan pak da.

Sup daging ni pun nenek yang masak.

Acar timun campur nenas

Haaa...penuh makanan untuk berbuka. Bila anak menantu semua dah balik kampung, makan pun kena bersila atas lantai. Meja makan dah tak muat. Memang seronok bila dapat berbuka, berkumpul dengan semua ahli keluarga.

Thursday, August 16, 2012

Kg Gong Manak..Here We Come

Hahahaa...tak menyabar sungguh nak balik kampung. Malam ni kami sekeluarga berangkat balik ke kampung tercinta nun jauh kat kelantan. Tak sabar rasanya nak jumpa ayahbonda dan keluarga tercinta. Seperti biasa, kami akan beraya kat Kelantan. After kelantan baru balik perak coz papa dah takde mak ayah. Jadi kami tak perlu nak gaduh tahun ni beraya kat kampung sapa.

Kami akan bercuti selama seminggu kat kampung. Banyak dah program yang dirancang sepanjang cuti tu. Nak wat majlis birthday Rayyans, makcik kahwin, macam-macam lagi la. Tapi yang penting, semoga perjalanan pergi dan balik kita semua dilindungi Allah. Semoga tiada kecelakaan yang berlaku. Semoga aidilfitri kali ni tiada khabar yang menyedihkan.

P/S : Entah berapa jam la perjalanan balik kampung kali ni

Iftar Day 27

Malam ni lepas berbuka kami sekeluarga akan bertolak balik ke kelantan. Harap-harap perjalanan kami nanti selamat dan berjalan lancar. Puasa terakhir kat shah alam tahun ni, mama decide beli kat restoran bunga jer. Kaki dah malas nak melangkah ke param. Pastu nak kejar masa, nak balik umah untuk arrange barang-barang ke dalam kereta.

Kari ayam 2 ketul plus kaki ayam, RM12

Lala masak lemak, RM6

Ayam bakar, RM6

Pulut sekaya, RM2

Nasi 3 bungkus, RM3. Jumlah perbelanjaan RM29. Tak cecah 40 hengget pun. Kalau gi param sure bajet lebih.

Air ribena buat sendiri jer

Zakat Fitrah

Uols semua dah bayar zakat fitrah ke? Alhamdulillah, satu lagi perkara wajib dah setel. Actually dan 3,4 hari lepas papa dah bayar tapi tak sempat nak hapdate. Papa bayar kat opis jer coz every year ada amil datang opis buat kutipan.

Macam - Macam Ada

Tahun ni banyak betul sampul raya yang mama dapat free. Kalau last year mama kena beli sampul raya, tapi tahun ni pakai yang free jer. Tapi design macam-macam ada la. Dah kata free. Tiap kali shopping dapat sampul raya.

Dapat sampul carrefour, tesco, econsave dan cimb. Majoriti sampul dari shopping complex (apakah daku kuat shopping?). Nasib la sesapa dapat sampul yang mana satu. 

Pagi tadi bangun sahur pukul 4 pagi terus tak tidur. Kebetulan Hazim & Hadif pun bangun sekali then takmo tidur dah. Alang-alang ada masa tu, mama isi la sampul-sampul ni. Ok...sapa nak duit raya sila rapatkan saf.

Wednesday, August 15, 2012

Iftar Day 26

Alhamdulillah, di penghujung ramadhan ni makin murah rezeki. Dapat lagi satu hamper dari kontraktor papa. Yang lebih excited of courselah Hazim dan Hadif. Seperti biasa bila nampak hamper diorang akan nyanyi lagu 'happy birthday to you'.

Excited punya pasal sampai mama nak amik gambar pun tak nak pandang kamera. Bizi nok meneropong kat dalam hamper tu ada apa. Yang pasti diorang cari keropok.

Dah start berebut dah. Haipp..mama rotan nanti.

Ok..ok..kami tak rebut. Kita buka sama-sama ekk.

Susah la nak buka mama. Hazim cuba kat bawah, Hadif buka kat atas.

Suka la si kembar sebab macam-macam jajan n keropok ada

Strawberry juice dan keropok lagi

Disebabkan hari ni hujan, maka x dapeklah kami nak berdating kat param. Tapau kat restoran merah jer. As usual, papa mesti pilih daging kawah, RM10.

Feveret mama, ayam percik, RM7

Sambal udang petai, RM6

Laksam, RM5

Ulam kacang botor & petai, RM2

Bubur gandum, RM3. Total berbelanja kat restoran merah RM33.

Pastu on da way balik mama singgah kat pasar malam. Nak cari tudung raya. Pastu sempat lagi beli air jambu asam boi ni, RM2.