Thursday, March 26, 2020

MCO Menu: Day 09

MCO extend lagi 14 hari. Maksudnya sebulan la mama WFH. Tak tau la macam mana nak berdepan dengan hidup tak boleh keluar rumah. Kita biasa pagi2 dah keluar ke ofis. Ni tiba-tiba sebulan kena stay at home. Walau apa pun, ini semua untuk kebaikan kita. Kita follow jer apa2 arahan dari kerajaan. 

Masa ni la nak tunjuk bakat terpendam sebagai chef. Walaupun hanya nasi goreng bodoh, tetap masakan mama anak2 cakap sedap. Pagi2 kalau ada balance nasi semalam, memang akan jadi nasi goreng la untuk elakkan pembaziran.

Tengahari masak simple2 jer. Buat sup sayur, ikan kerisi goreng dan daging goreng leftover semalam.

Pagi tadi lepas breakfast terus prepare kek batik untuk minum petang. Kalau tak ada makanan kesian kat anak2 gelisah jer kelaparan.

Nak buat kek batik ni senang jer. 1 paket biskut marie patah-patahkan, 1 tin susu pekat, 1 paket kecil milo dan 1 ketul buttercup. Cairkan butter dalam kuali, masukkan milo dan susu pekat. Dah sebati masukkan biskut marie. Lepas tu sejukkan dalam peti ais.

Untuk dinner masing-masing dah tak lalu nak mengadap nasi. So mama alter sup sayur tengahari tadi jadikan kuah kwayteow ladna. Sup sayur tu masukkan bancuhan tepung jagung bagi pekat sikit. Kwayteow tu goreng dengan telur dulu. Licin pinggan semua orang makan.

Wednesday, March 25, 2020

MCO Menu: Day 08

Time mco ni la terasa nak makan macam2 especially makanan masa kecik2 dulu, makanan kelantan.

Malam tadi gigih kukus laksam sebab teringin sangat nak makan. Buat 1 paket tepung beras jer. Jadi la untuk kami breakfast anak beranak. Laksam ni yang malasnya nak mengukus tu satu2. Nak menunggu lama. 

Kuah laksam pun siap masak malam tadi. Pagi ni bangun boleh terus sarapan. Buat sendiri puas hati nak ejas kepekatan kuah tu ikut citarasa kita. 

Cuma ulam tu jer yang x lengkap. Ada timun dan kacang panjang jer. Tapi tu pun dah bersyukur sangat dah dapat sediakan breakfast untuk kami sekeluarga. 

Lauk lunch masak sambal udang dengan daging goreng kunyit.

After lunch si bongsu mama ajak buat blueberry cup cakes lagi. Nasib baik la tepung segera banyak. Tambah telur, air dan minyak siap untuk dibakar.

Tuesday, March 24, 2020

MCO Menu: Day 07

Dah seminggu mco terperap kat rumah. Naik biol dah rasa. Harap2 mama putih la lepas ni. Lama berkurung kat rumah. Kalau tak muka sunburn asyik pergi site jer. 

Nak masak pun dah tak ada idea. Nasib baiklah banyak grup wasap. Saling2 tukar idea menu masakan. Pagi ni kami makan nasi goreng dengan milo panas.

Menu lunch kari tulang kambing, ikan kerisi goreng, sambal belacan dan ulam timun.

Menu tea time mama buat roti puri untuk makan dengan kari tulang tadi. Anak2 memang suka sangat makan roti puri. Cuma mama jer yang dah lama tak masak. 

Resepi roti puri untuk rujukan masa depan. 

Bahan - bahan:
4 cawan tepung gandum
6 sudu minyak masak
2 sudu gula
1 paket yis mauripan
2 sudu teh garam
1 cawan air suam

Cara - cara:
1. Larutkan gula dan yis dalam air suam. Tunggu sehingga yis mengembang (dalam 10 minit).

2. Satukan tepung gandum, minyak dan garam dalam bekas.

3. Masukkan campuran yis ke dalam tepung gandum. Uli sehingga doh tidak melekat. 

4. Bulatkan doh sebesar bola pingpong. Perap dalam 30 minit. 

5. Ambil doh dan gelek nipis. Mama tepuk2 dengan tangan jer biar nipis. 

6. Panaskan minyak masak dan masukkan sekeping doh. Simbah minyak atas doh supaya doh kembang. 

7. Pastikan minyak sentiasa panas. Gunakan api sederhana. 

Monday, March 23, 2020

MCO Menu: Day 06

Bangun pagi2 terus jerang bubur atas dapur gas. Mama guna beras hancur, memang khas untuk buat bubur. Mama beli beras tu kat kelantan. Kat sini tak tau la ada jual ke tak. 

Bubur nasi berlaukkan ikan bilis goreng dan pekasam daging. Sup tu balance sup nasi ayam semalam.

Pekasam daging mama beli dengan kawan ofis before mco lagi. Tapi dok terperap jer kat dalam peti sejuk. La ni baru ada kesempatan nak masak. Pekasam daging tu goreng dulu dalam minyak. Agak2 nak masak campak bawang dan kacang. Goreng sekejap then boleh la angkat. 

Sedap hoi pekasam lawan bubur nasi. Semangkuk tak cukup. Menyesal pulak beli satu paket jer. Ye la masa tu mana nak tau ada covid19 dan nak kena mco bagai. 

Lunch masak gulai ikan tongkol, tempe goreng, bergedil dan budu. Rajin gila mama menggentel bergedil tu. Asalnya nak buat makan dengan bubur pagi tadi tapi kemalasan nak gentel. 

Ni namanya gulai nasi berlauk kelantan. Ikan tongkol tu rebus dulu letak asam keping, garam dan nise kelantan. Lada solok tu yang nenek bawa dari Kampung last week.

Petang layan cucur bilis dengan keropok goreng. Keropok tu papa beli kat sini jer. Stok keropok dari kampung dah habis. Lupa nak suruh nenek bawa tempoh hari. 

Sunday, March 22, 2020

MCO Menu: Day 05

Masuk hari kelima dah tak jejak tanah. Papa jer yang keluar beli barang dapur. Cuaca pun panas jer. Dok kat dalam rumah ni pun berpeluh2. Aircond memanjang on jer. Bill api bulan ni memang mencanak la naik.

Selain bill api yang naik, api gas kat dapur pun naik gak. Naik jumlah bilangan tong gas. Maklumlah tetiba rajin gila masak setiap hari. Pagi ni mama masak kwayteow goreng dan nugget. 

Lunch pulak masak nasi ayam. Salad tak ada. Ada timun dan tomato jer. Jadilah daripada takde langsung kan. Sup tu memang mama masak banyak sebab plan esok nak masak bubur nasi.

Minum petang makan agar2 pandan. Mama masak after breakfast. By petang, sempat la agar2 ni sejuk dan mengeras. 

Closed up sikit hasilnya. Dulu2 masak cukup susah nak dapat 2 layer camni. Rupanya mama salah teknik. Kalau nak layer cantik macam ni, after masuk santan jangan kacau. Biar dia betul2 mendidih dan terus tutup api. 

Saturday, March 21, 2020

MCO Menu: Day 04

Sejak MCO ni bernafas skit blog. Baru ada masa nak update. Hidup macam terurus skit. Tak perlu nak terkejar2 urusan harian, tak perlu mengadap trafic jam. Im kind of enjoy the moment. 

Sementara MCO ni kita nikmati masa sebaiknya. Just stay at home main masak2. Breakfast pagi ni mama masak mee goreng dan telur mata. Blueberry cup cakes semalam join skali.

Lauk lunch pun masak simple2 jer. Sambal kentang tempe, sup sayur dan ikan kerisi goreng. 

Untuk minum petang si bongsu mama ajak masak pancakes. Tepung pancakes segera jer mama guna. Jenama adabi, perisa vanilla. Makan cicah madu dengan caramel syrup. 

Friday, March 20, 2020

MCO Menu: Day 03

Harap2 wabak covid19 ni cepat2 la terhapus kat atas muka bumi. Kesian orang ramai tak dapat mencari rezeki. Yang bekerja gaji hari akan terkesan bila tak dapat keluar rumah.

Mama yang bekerja dari rumah pun terasa ada kekangan. Bila mana ada isu berkaitan hal kerja, tak dapat nak cari info sebab semuanya kat ofis. 

Walaubagaimanapun, kita amik pendekatan positif atas apa yang berlaku. Sekarang mama ada masa 24 jam dengan anak2 dan suami. 

Dapat monitor pembelajaran anak2. Dapat masak. Dapat bagi suami dan anak2 makan dari air tangan mama. Dapat solat jemaah sama2 yang mana susah sangat nak buat bila hari2 bekerja.

Berbalik kepada aktiviti masak memasak. Mama masak 3 kali sehari. Pagi, tengahari dan petang. Kiranya mama dapat asah skill masak sempena kehadiran bulan ramadhan nanti. 

Nasi goreng sosej untuk breakfast. Nasi semalam tak elok membazir. Daripada terbuang, kita buat nasi goreng. Musim2 wabak dan ekonomi tak menentu ni baiklah kita berjimat cermat. 

Untuk lauk tengahari mama masak ayam kicap dan siakap sweet sour. Ayam kicap tu leftover ayam goreng kunyit semalam. Kita improvisekan jadi menu lain. 

Untuk minum petang mama buat blueberry cup cakes sambil dibantu oleh chef cilik ni. Mama guna tepung segera jer. Just bancuh tambah air, minyak dan telur. Tepung ni pun sebenarnya beli tahun lepas lagi tak terbuat2. 


Kiranya ada hikmah la kena mco ni. Semua bahan2 masakan yang menghampiri tamat tempoh telah berjaya ditukarkan menjadi makanan. 

Thursday, March 19, 2020

MCO Menu: Day 02

Sebelum start kerja setelkan breakfast anak2 n suami dulu. Rutin masak masa mco ni adalah time breakfast, lunch dan tea time. 


Pagi ni buat mihun goreng dengan keropok jer. Keropok tu jadikan macam sudu untuk makan mihun. Bila masuk mulut ngap sekali dengan keropok. 


Lauk lunch memang akan masak banyak terus untuk dinner sekali. Tomyam ayam, ayam goreng kunyit dan telur dadar. 


Tea time masak waffle. Tepung waffle tu mama oder tepung segera jer. Just bancuh tambah telur n minyak. Kemudian bakar la. Anak2 makan sapu nutella.

Wednesday, March 18, 2020

MCO Menu: Day 01

Bila dok umah mula la perut asyik lapar jer. Anak2 pun bosan cuti sekolah terperap kat rumah. Dalam sehari 5,6 kali asyik buka peti ais jer cari makanan.


So mama kenalah rajin masak sepanjang tempoh mco. Nak beli kat kedai macam tak konfiden nak keluar setiap hari. Better masak jer la sendiri kat rumah. 


Ni pun sebelum mco mama dah siap2 beli barang keperluan untuk tempoh seminggu. Jadi papa takdelah setiap hari nak kena keluar beli barang.


Menu breakfast kami pagi ni adalah pulut kelapa dengan ikan rebus goreng. Menu ni memang salah satu menu breakfast yang sinonim dengan orang kelantan.


Menu lunch merangkap dinner plak adalah kari udang, bayam goreng, solod lada dan ikan kerisi goreng. Lada solod tu nenek bawa dari kampung. Puas hati dapat makan solod lada.


Menu tea time plak mama buat pulut sambal. Pulut tu balance breakfast pagi tadi. Kelapa parut balance pagi tadi jugak mama goreng jadikan sambal kelapa. 

Movement Control Order

Aturan Allah lebih berkuasa. Hari ni start movement control order. Seumur hidup mama (nenek juga), ni la first time berlaku mco ni. 

By right hari ni kami bercuti kat tasik villa international resort, port dickson. Tapi bila PM announce pasal mco dua hari lepas, segala perancangan kami kanselkan. 

Nenek, daripada plan asal nak bercuti kat kl selama dua minggu, terus tukar plan. Decide balik kg terus after 3 hari kat kl. 

Sementara pergerakan masih belum disekat, nenek n paksu terus balik kelantan. Actually mama prefer nenek stay dekat puncak alam. Tapi ye la, tak senang hati nenek nak tinggal rumah kat kg lama2.

Mama pulak bukan bercuti saja2 kat rumah. Mama still kena berkerja. Work from home katanya. Semalam sempat la masuk ofis ambil segala file2 yang akan mama proses sepanjang mco. 

Renyah jugak sebenarnya wfh ni. Internet kat rumah tak laju mana. Jadi kerja tu slow la sikit. Lepas tu kalau ada isu satu hal lagi. File kerja semua kat ofis. Yang mama pulak tak terfikir nak save semua kerja kat hard disk. 

Harap2 covid19 ni cepatlah dihapuskan. Semoga kita semua dapat menjalani hidup seperti biasa. Semoga ramadhan tahun ni dapat disambut seperti tahun2 sudah. Semoga Mekah kembali bernyawa. Aminn..