Sunday, March 22, 2020

MCO Menu: Day 05

Masuk hari kelima dah tak jejak tanah. Papa jer yang keluar beli barang dapur. Cuaca pun panas jer. Dok kat dalam rumah ni pun berpeluh2. Aircond memanjang on jer. Bill api bulan ni memang mencanak la naik.

Selain bill api yang naik, api gas kat dapur pun naik gak. Naik jumlah bilangan tong gas. Maklumlah tetiba rajin gila masak setiap hari. Pagi ni mama masak kwayteow goreng dan nugget. 

Lunch pulak masak nasi ayam. Salad tak ada. Ada timun dan tomato jer. Jadilah daripada takde langsung kan. Sup tu memang mama masak banyak sebab plan esok nak masak bubur nasi.

Minum petang makan agar2 pandan. Mama masak after breakfast. By petang, sempat la agar2 ni sejuk dan mengeras. 

Closed up sikit hasilnya. Dulu2 masak cukup susah nak dapat 2 layer camni. Rupanya mama salah teknik. Kalau nak layer cantik macam ni, after masuk santan jangan kacau. Biar dia betul2 mendidih dan terus tutup api. 

Saturday, March 21, 2020

MCO Menu: Day 04

Sejak MCO ni bernafas skit blog. Baru ada masa nak update. Hidup macam terurus skit. Tak perlu nak terkejar2 urusan harian, tak perlu mengadap trafic jam. Im kind of enjoy the moment. 

Sementara MCO ni kita nikmati masa sebaiknya. Just stay at home main masak2. Breakfast pagi ni mama masak mee goreng dan telur mata. Blueberry cup cakes semalam join skali.

Lauk lunch pun masak simple2 jer. Sambal kentang tempe, sup sayur dan ikan kerisi goreng. 

Untuk minum petang si bongsu mama ajak masak pancakes. Tepung pancakes segera jer mama guna. Jenama adabi, perisa vanilla. Makan cicah madu dengan caramel syrup. 

Friday, March 20, 2020

MCO Menu: Day 03

Harap2 wabak covid19 ni cepat2 la terhapus kat atas muka bumi. Kesian orang ramai tak dapat mencari rezeki. Yang bekerja gaji hari akan terkesan bila tak dapat keluar rumah.

Mama yang bekerja dari rumah pun terasa ada kekangan. Bila mana ada isu berkaitan hal kerja, tak dapat nak cari info sebab semuanya kat ofis. 

Walaubagaimanapun, kita amik pendekatan positif atas apa yang berlaku. Sekarang mama ada masa 24 jam dengan anak2 dan suami. 

Dapat monitor pembelajaran anak2. Dapat masak. Dapat bagi suami dan anak2 makan dari air tangan mama. Dapat solat jemaah sama2 yang mana susah sangat nak buat bila hari2 bekerja.

Berbalik kepada aktiviti masak memasak. Mama masak 3 kali sehari. Pagi, tengahari dan petang. Kiranya mama dapat asah skill masak sempena kehadiran bulan ramadhan nanti. 

Nasi goreng sosej untuk breakfast. Nasi semalam tak elok membazir. Daripada terbuang, kita buat nasi goreng. Musim2 wabak dan ekonomi tak menentu ni baiklah kita berjimat cermat. 

Untuk lauk tengahari mama masak ayam kicap dan siakap sweet sour. Ayam kicap tu leftover ayam goreng kunyit semalam. Kita improvisekan jadi menu lain. 

Untuk minum petang mama buat blueberry cup cakes sambil dibantu oleh chef cilik ni. Mama guna tepung segera jer. Just bancuh tambah air, minyak dan telur. Tepung ni pun sebenarnya beli tahun lepas lagi tak terbuat2. 


Kiranya ada hikmah la kena mco ni. Semua bahan2 masakan yang menghampiri tamat tempoh telah berjaya ditukarkan menjadi makanan. 

Thursday, March 19, 2020

MCO Menu: Day 02

Sebelum start kerja setelkan breakfast anak2 n suami dulu. Rutin masak masa mco ni adalah time breakfast, lunch dan tea time. 


Pagi ni buat mihun goreng dengan keropok jer. Keropok tu jadikan macam sudu untuk makan mihun. Bila masuk mulut ngap sekali dengan keropok. 


Lauk lunch memang akan masak banyak terus untuk dinner sekali. Tomyam ayam, ayam goreng kunyit dan telur dadar. 


Tea time masak waffle. Tepung waffle tu mama oder tepung segera jer. Just bancuh tambah telur n minyak. Kemudian bakar la. Anak2 makan sapu nutella.

Wednesday, March 18, 2020

MCO Menu: Day 01

Bila dok umah mula la perut asyik lapar jer. Anak2 pun bosan cuti sekolah terperap kat rumah. Dalam sehari 5,6 kali asyik buka peti ais jer cari makanan.


So mama kenalah rajin masak sepanjang tempoh mco. Nak beli kat kedai macam tak konfiden nak keluar setiap hari. Better masak jer la sendiri kat rumah. 


Ni pun sebelum mco mama dah siap2 beli barang keperluan untuk tempoh seminggu. Jadi papa takdelah setiap hari nak kena keluar beli barang.


Menu breakfast kami pagi ni adalah pulut kelapa dengan ikan rebus goreng. Menu ni memang salah satu menu breakfast yang sinonim dengan orang kelantan.


Menu lunch merangkap dinner plak adalah kari udang, bayam goreng, solod lada dan ikan kerisi goreng. Lada solod tu nenek bawa dari kampung. Puas hati dapat makan solod lada.


Menu tea time plak mama buat pulut sambal. Pulut tu balance breakfast pagi tadi. Kelapa parut balance pagi tadi jugak mama goreng jadikan sambal kelapa. 

Movement Control Order

Aturan Allah lebih berkuasa. Hari ni start movement control order. Seumur hidup mama (nenek juga), ni la first time berlaku mco ni. 

By right hari ni kami bercuti kat tasik villa international resort, port dickson. Tapi bila PM announce pasal mco dua hari lepas, segala perancangan kami kanselkan. 

Nenek, daripada plan asal nak bercuti kat kl selama dua minggu, terus tukar plan. Decide balik kg terus after 3 hari kat kl. 

Sementara pergerakan masih belum disekat, nenek n paksu terus balik kelantan. Actually mama prefer nenek stay dekat puncak alam. Tapi ye la, tak senang hati nenek nak tinggal rumah kat kg lama2.

Mama pulak bukan bercuti saja2 kat rumah. Mama still kena berkerja. Work from home katanya. Semalam sempat la masuk ofis ambil segala file2 yang akan mama proses sepanjang mco. 

Renyah jugak sebenarnya wfh ni. Internet kat rumah tak laju mana. Jadi kerja tu slow la sikit. Lepas tu kalau ada isu satu hal lagi. File kerja semua kat ofis. Yang mama pulak tak terfikir nak save semua kerja kat hard disk. 

Harap2 covid19 ni cepatlah dihapuskan. Semoga kita semua dapat menjalani hidup seperti biasa. Semoga ramadhan tahun ni dapat disambut seperti tahun2 sudah. Semoga Mekah kembali bernyawa. Aminn.. 

Monday, February 10, 2020

I Miss Him

Sedar tak sedar, dah setahun berlalu kami kehilangan tonggak utama keluarga. Rasa macam mimpi jer arwah ayah dah tak ada. Ada kekosongan yang takkan pernah terisi kembali.

Rindu sangat kat dia. Rindu yang tak boleh nak diucapkan. Bila balik kampung, macam terbayang bayang jer arwah dok kat atas sofa tengok tv. Situ la port arwah setiap hari. Bosan tengok tv, dia tidur kat atas sofa.

Semoga Allah kurniakan syurga buatmu ayah tersayang, zawawi abdullah. Al-fatihah...

Wednesday, January 22, 2020

Marry Brown

Sempena cuti raya cina, sekolah pun cuti gak selama 5 hari. Jadi mama pun amik cuti jugak la. Plan balik kampung kumpul adik beradik. 

Actually mama ada kenangan pahit semasa raya cina. Raya cina last year pun kami balik kampung. Rupanya itulah pertemuan kali terakhir kami dengan arwah ayah. Seminggu cuti kat kampung spent time dengan ayah. 

Manakan nak tau hari terakhir kat kampung, ayah pergi selamanya. Bersyukur jugak Allah gerakkan hati kami untuk bercuti kat kampung. Kalau tak, mungkin kami tak sempat jumpa ayah.

Berbalik kepada edisi raya cina tahun ni, lepas kerja, kami terus gerak balik kampung untuk elakkan jem. Alhamdulillah jalan smooth jer. 

Kami stop kat merry brown bentong untuk dinner. Servis cepat dan anak2 confirm makan tanpa banyak songeh. Pelanggan tak ramai masa ni. Jadi 3hr dapat conquer meja yang ada buaian. 

Kenmain seronok hafiy. Benda2 simple macam ni pun dah cukup buat anak2 happy. Ikut hati diorang nak berbuai lama2 tapi kami kejar masa. Papa nak sampai gua musang sebelum tengah malam. Papa dah tak larat nak drive malam2 dah sekarang. 

Kat gua musang nanti kami akan berhenti tidur dekat budget hotel. Perjalanan makan masa 5 jam jugak nak sampai gua musang. Kita bagi anak2 makan kenyang2 pastu diorang akan tidur sepanjang perjalanan. Takdelah adegan bergaduh dalam kereta nanti.

Papa pun dapat drive dengan tenang tanpa gangguan. Tau sajalah anak laki 3 orang macam mana kerenah masing2 yang boleh buat papa stress sepanjang jalan.

Friday, January 3, 2020

Dunia Baru

Tahun ni hafiy dah start sekolah tadika. Mama hantar kat tadika biasa jer dekat dengan rumah. No more tadika2 yang well known macam abang2 dulu.

Berdebar juga nak hantar hafiy ke tadika. Maklumlah, dalam masa 5 tahun, ni la first time dia berenggang dengan papa. Since lahir sampai sekarang papa yang jaga hafiy kat rumah. 

Jadi mama tak dapat bayang macam mana perasaan dia bila separuh hari berada kat tempat lain. Tak dapat tengok muka mama papa. Jangan homesick sudah.

Hari pertama went well. Surprised juga mama dengan performance hafiy. Langsung tak menangis. Dia nampak happy jer masuk kelas. Maybe sebab nampak mainan banyak dalam kelas.

Apa yang mama nampak, tadika biasa ni parents dapat tengok direct cara pembelajaran diorang. Cikgu2 pun rajin update aktiviti students dekat wasap group. Jadi parents dapat tengok la progress anak2 macam mana.

Masa kembar dulu, parents langsung tak boleh tengok macam mana anak2 kat dalam kelas. Hantar pun setakat bawah tangga (tadika kembar dulu kat tingkat atas). Aktiviti anak2 pun kami just dapat tau masa amik report card jer.

Tadika hafiy ni setiap hari cikgu bagi bawa balik buku. Parents dapat check la aktiviti diorang kat tadika. Apa2 aktiviti yang diorang buat kat sekolah pun boleh bawa balik rumah.

So far mama nampak hafiy seronok pergi sekolah. Harap2 hafiy sentiasa bersemangat la. Cikgu pun ada komen hafiy cepat belajar. Semoga anak2 mama diterangkan hati dan cepat faham apa yang cikgu2 ajar.

Tuesday, December 31, 2019

Warung Salai Port Dickson

Ini merupakan girls trip yang ketiga untuk tahun 2019. Trip pertama kami ke Avani Sepang dalam bulan januari. Kemudian kami ke pulau perhentian semasa cuti merdeka. Kali ni kami ke port dickson pula untuk sambut new year.

Perancangan awal kami nak gerak awal pagi. Kami hanya mampu merancang. Allah jua yang menentukan. Pagi tadi kami dikhabarkan datuk sis wani meninggal. So kami gerak ke PD setelah wani selesai menziarah arwah.

Mujurlah nak ke PD takdelah jauh mana. Sejam setengah perjalanan, maka kami tiba di PD. Singgah lunch dulu di warung salai port dickson.

Bila ke negeri sembilan, tak lengkap rasanya percutian kalau tak makan masak lemak salai. Macam-macam menu masak lemak salai yang ada kat sini.

Kami order 5 mangkuk lauk untuk 5 orang makan. Ayam kampung, daging salai, udang dan pari asam pedas.

Rasa memang tak dinafikan kesedapannya. Walaupun pedas, makan berulam air tapi sedap dia tu puas hati makan. Walaupun panas muka berpeluh2 tetap berselera makan.

Asam pedas ikan pari pun not bad. Actually ni kali kedua mama makan kat sini. First time dulu mama order ikan bakar. Sedap jugak menu bakar2 kat sini. 

Cuma kali ni kami datang time peak hour. Kedai memang penuh. Kena tunggu lama nak dapat meja kosong. Dah dapat meja tunggu plak lauk n nasi sampai. Pastu makan x toleh kiri kanan. Lapar campur sedap.