Thursday, November 8, 2018

Vivo

Balik kerja tadi terus singgah aeon nak beli barang. Alang2 tu terus dinner berdua jer dengan papa. Kita mestilah pandai menggunakan peluang yang ada.

Hari ni anak2 tak sekolah. Tiga2 dok kat umah cikla. Jadi papa takdelah rushing nak amik rayyans kat sekolah. Kalau tak hari2 berkejar nak balik amik anak kat sekolah agama.

Kami dinner kat vivo. Jarang2 sekali kami makan kat vivo. Kalau tak balik2 nandos atau kenny rogers. Sesekali ubah selera apa salahnya ye dak.

Hari ni papa tersenyum bila makan. Kalau tak muka moncong jer geram dengan anak2 yang macam2 peel kat meja makan.

Manggo delight with cream for mama and triple apple juice for papa. Hari ni cuaca terasa bahangnya. Dapat sedut air mangga ni nyamannya lahai tekak.

New york fish n chips for mama. Bila dah order tetiba terasa macam nak makan ayam pulak. Krisis perut dan nafsu tahap kritikal dah mama ni.

Bila papa tak leh decide nak makan apa, makanya mamalah tukang order. So amik kesempatan la order tropical bbq chicken chop ni. Boleh mama tumpang makan sekali.

Wednesday, November 7, 2018

Sambal Kerang

Lama betul mama mengidam nak makan sambal kerang tak dapat2. Susah betul nak jumpa orang jual nasi lemak dengan sambal kerang. Gerai nasi lemak kat depan rumah kami pun dah lama tak buat lauk kerang. Katanya susah nak dapat kerang.

Kebetulan dekat group puncak alam ada buat delivery kerang. Mama teruslah order. Hasilnya terjadilah sambal kerang cili merah. Kerang tu mama rebus dulu dengan serai dan garam then kopek amik isi jer. Besar2 kerang ni. Puas hati. Sambil kopek sambil ratah.

Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili besar merah. Tumis sampai garing. Perasakan dengan gula dan garam. Masukkan kerang gaul sebati. Last sekali mama masukkan sayur mak tam. Kacau sampai sayur layu sedikit. Hidang dengan nasi panas. Wallaaa..

Bubur Nasi

Hazim dah dua hari demam sebab tonsil bengkak. Bila dah bengkak tak lalu la nak makan sebab tekak sakit. Hazim ni dia tak boleh minum ais banyak sangat. Bila minum mula la tonsil bengkak.

Kesian tengok anak tak boleh nak makan, hari ni mama masakkan bubur. Sup tulang semalam ada lagi. So mama panaskan bagi hazim makan dengan bubur nasi.

Tetiba ada budak mengadu cakap dia pun demam jugak. Jadi dia pun kena makan bubur jugak. Walhal dia baru jer lepas makan. Habis nak direbutnya bubur hazim.

Terpaksalah mama letak kat mangkuk lain untuk dia. Beria betul dia makan. Habis la 3 mangkuk. Makan mengalahkan orang yang demam tu ha.

Takut hazim terliur kalau kami makan benda lain, jadi semua orang kena makan bubur juga hari ni. Tapi bubur orang sihat versi lain la. Versi bubur berlauk.

Sesekali makan bubur sedap jugak. Bertambah2 orang yang sihat makan. Nampak gaya menu ni akan bertahan selama 2,3 hari lagi sehingga hazim dah boleh makan makanan yang keras.

Tuesday, November 6, 2018

Sup Tulang & Bergedil

Happy deepavali to all my hindu friends. Masa mama kerja dekat company telco, 10 years back, opismate mama ramai kaum india. Bila tiba deepavali, kami sama2 buat kolam beras yang warna warni tu. 

Cuti umum sempena deepavali kami hanya mereput dekat rumah. Nak berjalan2 tengok wayang tak dapat sebab hazim demam. So kami dok umah diam2 main masak2 je la.

Bila terlebih rajin maka terjadilah bergedil ni. 4 biji kentang potong kecik then goreng. Lepastu tumbuk kentang sampai lumat. Masukkan garam, white pepper, isi ayam yang telah direbus terlebih dahulu, bawang goreng, daun sup dan sebiji telur. Gaul sampai sebati. 

Bentukkan ikut suka hati nak besar ke nak kecik. Suka hati mama saiz yang sedang2 saja..yang sedang2 saja..eh lagu amelina iwan plak. Pastu celup dalam telur dan campak dalam kuali. Goreng le sampai masak. Guna api slow jer kalau tak nak hangit.

Bergedil ni mama duetkan dengan sup tulang. Pastu ada ulam dengan sambal belacan. Bertambah2 laki makan. Jawabnya berlingkor la lepas makan dengan cuaca yang sejuk jer ni.

Monday, November 5, 2018

Termos

Pepagi lagi anak jantan dah menggugat kesabaran papa. Tengah orang kelam kelibut bersiap nak pergi kerja, time tu la dia terkedek2 minta susu. Bila kita cakap tunggu sekejap mama nak bersiap dulu dia tak faham. Diangkutnya botol termos air panas tu nak suh mama buat susu.

Tetiba bunyi berderai macam kaca pecah. Berlari mama ke bilik tengok atas lantai termos dah pecah. Dia boleh lagi cakap 'takde apa2 ma'. Punyalah mama risau takut dia terpijak kaca kat atas lantai tu. Hafiy..hafiy.. ada jer kerenah dia yang buat mama urut dada.

Sunday, November 4, 2018

Chicken Chop

Lemau betul bila cuti2 dok umah je. Papa malas nak drive jalan2 sebab katanya jalan jem bila public holiday. 

Anak2 pun bosan dok rumah takde aktiviti. Dari diorang buang masa tengok tv jer mama ajak diorang main masak2.

Menu lunch kami hari ni chicken chop with fettucine aglio olio dan coleslaw.



Resepi chicken chop:
  1. Bersihkan 4 potong ayam bahagian peha.
  2. Tumbuk halus 5 ulas bawah putih + 1 ketul kiub ayam.
  3. Campurkan bahan tumbuk + 1 senduk sos blackpepper life + 3 sudu kicap + 1 sudu serbuk lada hitam + 1 sudu olive oil + 1 sudu kecil rosemary.
  4. Lumurkan rata pada ayam tadi. Perap selama sejam. Kalau nak sedap perap semalaman.
  5. Susun ayam atas tray. Letakkan butter atas ayam. Bakar selama 45 minit suhu 200°.
  6. After 45 minit balikkan ayam. Then bakar lagi another 45 minit.


Resepi fettucine aglio olio:
  1. Rebus fettucine hingga masak. Tambah garam dan olive oil semasa merebus. 
  2. Tumis bawang putih, bawang holland  dengan olive oil hingga garing. Lebihkan minyak ketika menumis.
  3. Masukkan daging cincang, smoked beef striped, sosej dan 1 ketul kiub ayam.
  4. Masak sehingga air kering. Perasakan gula dan garam.
  5. Masukkan fettucine dan cherry tomato. Kacau sebati.


Resepi coleslaw:
  1. Parut lobak merah dan kubis.
  2. Masukkan mayonis, perahan 1/2 biji lemon dan sedikit garam.
  3. Kacau sebati. Sejukkan dalam peti ais sebelum makan.


Resepi black pepper sos:
  1. Cairkan 1 sudu butter. Masukkan 1/2 biji bawang holland. Kacau hingga garing.
  2. Masukkan 3 sudu tepung gandum. Kacau hingga kekuningan.
  3. Masukkan 3 cawan air, 1 ketul kiub ayam, 3 sudu sos lada hitam, 3 sudu kicap, 1 sudu serbuk lada hitam, 1 sudu sos tomato dan gula.
  4. Kacau hingga mendidih dan pekat.

Kek Secret Recipe

Pagi tadi mama papa n hafiy pergi econsave nak beli barang dapur. Abang2 tak nak ikut. Nak dok umah tengok cita ant man yang mama beli kat astro best. 

Masa nak balik papa pergi farmasi nak beli ubat demam untuk hazim. Farmasi tu pulak sebelah secret recipe. Tak keruan anak teruna kat dalam kereta bila nampak secret recipe.

Lepas papa beli ubat terus dia cakap nak kek. So masuk la secret recipe dulu. Hafiy bila tengok kek kat kaunter tu mula la tak tentu arah.

Main tunjuk jer sampai 3 ketul sebab dia cakap untuk hadif 1, hazim 1 dan hafiy 1. Dia pilih red velvet, chocolate indulgence dan banana chocolate cake. Mama pun teringin nak makan jugak. So mama pilihlah cheesecake untuk mama sekali.

Bila balik rumah tiga2 kek dia nak makan sorang. Sudahnya mama dan abang2 kena berkongsi makan cheesecake tu je. Nasiblah hafiy tak berapa suka cheesecake. Kalau tak empat2 ketul dia nak makan sorang.

Saturday, November 3, 2018

Cucu Baru

Khamis lepas, 1/11/18 tilah dah selamat melahirkan anak yang kedua which is cucu kelima kami. Yang kedua ni pun baby girl. Tapi yang paling bestnya, tarikh lahir anak kedua sama dengan tarikh lahir anak pertama.

Hari ni mama dan kakak2 rayyans berpakat untuk melawat tilah kat rumah. Untung bersalin normal tak perlu tinggal lama2 kat hospital. If ibu dan baby ok lepas sehari boleh keluar wad.

Baik sungguh si kecik ni. Walaupun orang ramai, rumah riuh rendah dia boleh relax je tidur. Kalau sesetengah baby mesti dah terkejut dan menangis. Ni tangan tak berbedung pun dia takde nak tersentap2 pun. Dua kali mama riba dia, dua2 kali dia berak kat riba mama.

Ada budak jeles bila mama pegang baby. Seboleh bolehnya dia menyelit antara mama dan baby. Bila mama tanya 'hafiy boleh tak mama nak baby girl macam baby kakak tilah'. Dia jawab 'boleh ma. Esok kita beli kat kedai 2 ringgit' 🤣

Next year kami bakal dapat lagi sorang cucu baru. Kali ni kakak dayah pulak expecting bulan 1 tahun depan. Harap2 semua berada dalam keadaan yang baik. Semoga family kami terus berkembang dan bahagia.

Friday, November 2, 2018

Steamboat

Balik ofis tadi jem teruk gila. Maybe sebab orang ramai nak balik kampung sempena cuti deepavali selasa ni. Pastu tambah plak dengan hujan lebat. Lagilah bertambah2 jem jalan.

Sampai rumah pukul 930 malam. Anak2 dah kelaparan. Nak berhenti makan macam tak de mood sebab penat nak tempuh jem. Jadi dinner mama masak apa yang cepat jer la. Janji anak2 boleh makan dan perut kenyang.

Nak masak beria takes time pulak nak defrostkan segala binatang dalam peti sejuk. Mau kena tunggu sejam baru boleh masak. Tak boleh jadi ni nak tunggu lama2. Alamaknya anak2 tertidur kelaparan.

Belek2 peti sejuk terus mai idea nak buat steamboat. Bahan2 pun boleh la setakat nak makan kami 5 beranak. Bahan2 pun ala kadar jer. Mama guna sosej, fish ball, meat ball, telur dan megi siam. Janji semua benda ni anak2 makan. Sayur mayur nan hado.

Mama malas nak keluarkan periuk steamboat. So guna rice cooker jer. Sup tu mama campurkan perencah tomyam dengan kiub ayam. Mula2 tumis bawang putih sampai garing, masukkan kiub ayam dan perencah tomyam. 

Biarkan mendidih dan barulah masukkan segala bahan2 steamboat. Berselera jugak makan macam ni dalam cuaca sejuk. Habis 5 peket megi kami makan.

Thursday, November 1, 2018

Saba Restaurant

Hari ni mama ke putrajaya ada meeting berkenaan projek terbengkalai. Habis meeting sedang elok tengahari. Jadi mama singgah kat cyberjaya untuk lunch.

Kalau ke sini wajib singgah kat saba restaurant. Nasi arab kat saba memang kena dengan tekak mama. 

Lama betul tak makan kat sini. Buku menu pun dah berubah kepada yang lebih simple.

Kami order kabsah chicken dan mandhi chicken. Kalau hari jumaat boleh makan buffet. Lagi best sebab boleh rasa semua jenis masakan ayam.

Kabsah chicken di sebalik nasi yang menimbun. Banyak betul nasinya. Kami makan sepinggan je nasi. Lagi sepinggan minta tapau siap2. Dah selalu makan kat sini jadi dah boleh agak takkan habis sepinggan nasi.

Mama lebih suka mandhi chicken. Ayam dia lembut betul. Camna diorang masak ek ayam jadi lembut tapi rupa fizikal tak hancur. Masih maintain rupa ayam.

Cuma tang air tu sebelum ni mama selalu minum air barbican. Tapi sekarang dah tukar jenama lain. Mama order perisa strawberry. Mama prefer air barbican lagi sebab yang ni rasa macam terlebih masam kot.