Thursday, April 23, 2015

Nasi Mmanggey

Mmanggey bukan vanggey. Mmanggey dalam bahasa kelantan maksudnya memanggil manggil. Jadi bila makan tu kita rasa macam memanggil2 jer nak gi makan lagi.

Baru ahad lepas gi makan kat warung kita, hari ni papa ngajak ke sini lagi. Tapi kali ni dating berdua jer ngan papa. Gi makan pun awal gila, pukul 11 dah terpacak kat sini.

Semuanya sebab nak mengelakkan beratur panjang. Kena pergi before lunch hour. Kalau tak merasalah bersesak2 beratur panjang. Waktu ni orang tak ramai. Siap boleh pose lagi masa beratur.

Warung kita ni memang luas. Ada 3 seksyen tempat makan. Ada yang bumbung asbestos, bumbung nipah dan pangkin makan bersila. Pastu ada disediakan basikal dan mainan beroda tu untuk budak2 main.

First time tu kami dok kat area bumbung asbestos. Kali ni datang berdua bolehlah romantik2 makan bersila atas pangkin. Kat atas ni macam sejuk sikit sebab berangin sepoi sepoi.

Air kelapa satu baldi ni adalah bersamaan sebiji kelapa. Memang banyak airnya. Kembung perut nak menghabiskan. Next time kena beli satu, minum berdua. Baru lagi romantik.

Sengkak perut weih pagi ni. Dahla pagi tadi dah breakfast. Papa tak habaq nak gi makan sini awal2. Makan sambil duduk plak. Sesak nafas rasa penuh sangat perut.

Tak jelas plak menunya. Sini menu tak banyak. Cuma ada nasi mmanggey, nasi berlauk, nasi lemak ikan tongkol, coconut shake, abc oreo dan of course air kelapa baldi. Walaupun sikit jer menu, tapi semuanya killer menu.

Wednesday, April 22, 2015

Restoran Khyber Pass

Hari kedua training, kami jalan jauh sikit cari lunch. Apa yang mama perasan, kat sini banyak restoran berkonsepkan makanan arab.

Salah satunya restoran khyber pass ni. Tengok dari luar kedai macam ekslusif. Risau gak takut harga makanannya mahal. Tapi bila tengok menu, okla takde mahal. Harga standard bagi nasi arab.

Dekorasi kedai ni boleh tahan menarik. Cuma mama pelik kenapa tak ramai orang makan sini. Benda pertama terlintas difikiran, mesti makanan kat sini tak sedap.

Mama, nisa dan deja order chicken briyani set. Set ni termasuk dengan air. Boleh pilih samada sirap atau kordial oren. Kami bertiga sehati sejiwa pilih air sirap.

Set chicken briyani. Ada ayam masak briyani, salad, kuah dhal dan sos kaler putih. Mama tak pasti nama sos tu. Rasa macam yogurt. Nasi briyani ni plak sedap jer rasanya. Memang licin semua orang makan.

Mak yong ni jer yang makan lamb briyani. Taste orang mengandung ni lain macam skit. Wani pilih air oren. Makanan semuanya taste good. But tak faham kenapa tak ramai orang. Maybe penduduk sini dah bosan makan nasi arab.

Tuesday, April 21, 2015

Pizza Hut

Mama ada training pasal safety n health at work selama 2 hari. Training diadakan kat wisma iem, pj. Training ni mandatory untuk sesapa yang nak amik IR. 

Pagi ni adik bambam ikut papa hantar mama. Cikla tak dapat jaga hafiy arini. Nasib baik hafiy behave je masa on da way balik. Kalau tak susah papa nak drive.


Jangan tak tau semangat mama dok seat depan sekali. Masa kat u dulu jangan harap la nak dok depan. Padahal ni mama terpaksa dok depan sebab sampai lambat. Seat belakang semua dah occupied.


Mama sebenarnya bukan nak cita pasal training, tapi nak cerita pasal makan. Kat training depa cuma provide food untuk minum pagi dan petang sahaja. Jadi lunch kami kena jjcm la.


Berdepan ngan wisma iem ni cuma ada pizza dan restoran mamak. Masing2 decide nak makan pizza. Mama on jer sebab dah lama tak makan kat pizza hut.

Deja makan lasagna, wani plak makan pizza. Nasib baik servis tak lama sangat sebab kami cuma ada sejam jer masa untuk lunch.

Mama n nisa makan spaghetti creamy mushroom. Tapi spaghetti ni tak sedap sangat. Tak berasa garamnya. Jadi bila makan terasa muak sangat.

Monday, April 20, 2015

PappaRich

Pagi ni inspection kat taman sentosa. Pastu petang ni plak sambung kat pulau indah. Jadi kita lunch kat bandar bukit tinggi jer la. Senang. Tengah2 locationnya.

Nak masuk aeon jusco bukit tinggi malas nak parking plak. Pusing2 kat luar nampak paparich. So decide lunch sini jer sementara tunggu inspection petang ni. 

Mama makan nasi rich with fried chicken and sweet & spicy sambal sotong. Nasi tu yang menarik hati sebab bentuk piramid. Rasanya biasa2 jer.

Papa plak amik set pappa chicken rice. Ada ayam steam dan taugeh. Pastu order plak pappa steam cake with gula melaka atau melayunya apam gula melaka. Sedap gebu2 apamnya.

Sunday, April 19, 2015

Warung Kita

1st outing anak beranak selepas mama habis pantang. Dah lama mama pendam niat nak makan kat warung kita yang terletak kat kg melayu sungai buloh.

Restoran ni baru jer buka penghujung tahun lepas. Masa tu mama tak berkesempatan nak jjcm kat sini. Pastu masa dalam pantang ramai kawan2 upload gambar makan sini.

Mama tahankan jer nafsu sebab pantang. So bila dah habis pantang ni kita qada la mana2 yang terliur masa dalam pantang. Makanya hari ni gigihla angkut anak2 cari kedai tu.

Plan asal nak keluar rumah pukul 10 pagi sebab dengar citer kalau pergi time peak hour kena beratur panjang. Tapi dengan anak tiga ni sudahnya pukul 11 lebih baru keluar rumah.

Sampai sg buloh dalam pukul 12. Orang tengah makin ramai. Ada dua lane yang tengah beratur nak bungkus nasi. Tilah terus g beratur kat tempat nasi.

Mama plak beratur kat tempat air. Papa dengan kids chop meja. Kalau nak datang makan kena datang 3 orang baru smooth. Sini konsep seme layan diri. Beratur, oder, amik makanan, bayar n makan.

Specialty kat sini adalah air nyiur baldi (rm3.50) dan coconut shake (rm3). Harga jatuh kategori mampu milik la. Nasib baik beratur kat tempat air tak lama sangat.

Mama n papa minum air nyiur n kids pilih coconut shake. Selain tu, ada gak abc tapi kami tak cuba kali ni. Air lain macam sirap, teh o pun ada tapi tak banyak choices la.

Haa ko minum dalam baldi. Buruk lantak rupanya. Kalau zaman atuk nenek kita dulu kalau minum dalam baldi sure dah kena pelangkung. Takde orang nak buat menantu nanti.

Inilah dia nasi manngey yang buat mama tak lena tidur. Nasi kukus berkuahkan kari ayam dan berlaukkan ayam cincang goreng kunyit serta sambal belacan yang memang kick. Ayam tu sentiasa digoreng panas. Harga sebungkus rm4.50.

Nasi tu memang dibungkus walaupun dok makan kat kedai. Sini konsep plateless. Puas hati dapat makan walaupun berpeluh ketiak. Cuaca panas betul arini tapi tetaplah gigih mengharung semua rintangan. Hahha.. dasar kuat makan sangattt.

Saturday, April 18, 2015

Carrot Cheese Cupcake

Resepi kek ni agak senang. Bahan2 simple dan tak banyak. Semua bahan ni memang dah sedia ada kat dapur mama. Resipi carrot cheese cupcake ni mama dapat dari homekreation.

Bahan:

250g Tepung Gandum*
1 sb Baking Powder*
2 sb Gula Kastor* (* campur)
1 bj Telur
1/2 st Garam
200ml Susu Cair
2 sb Mentega Tawar - cairkan
100g Karot Parut
50g Keju Cheddar Parut

Cara-cara:

Pukul ringan telur, garam, susu & mentega.

Ayak campuran tepung gandum, baking powder dan gula kastor.

Masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi sehingga sebati.

Masukkan karot dan kacau rata.

Kemudian masukkan keju dan kacau rata.

Sudukan ke dlm cawan kertas.

Bakar 190C selama 20 minit sehingga masak.

Makan ketika panas. Resipi ni baik untuk kesihatan sebab kurang gula.

Friday, April 10, 2015

JM Beriani

Dua hari sudah makan nasi mandhi kat restoran saba. Hari ni mak yong ngajak makan nasi beriani kat jm beriani plak. Tu mama cakap kenan pak arab agaknya.

Kami ke jm beriani kat tesco ampang. Dekat jer ngan opis. Lagipun hari jumaat lunch hour panjang. Pas makan dapatla cuci2 mata kejap.

Senyum lebar mak yong sorang ni dapat makan apa yang diidamkan. Harap2 pas makan jangan la muntah. Kesian badan lembik tak cukup tenaga.

Kami semua makan set nasi beriani ayam masak merah except mak yong amik beriani kambing. Setiap set disertakan dengan acar buah dan air sirap.

Harga satu set 15++ tambah plak ngan gst jadilah harga dalam rm16. Hurm.. nak makan sekarang xleh nak tekak besar sangat. Harga semua naik. 

Tuesday, April 7, 2015

Restoran Saba

Lamaaaa sangat tak update jalan2 cari makan. Almaklumlah 2 bulan asyik makan ikan bakar jer. Bila dah habis pantang barula panjang langkah. Tapi tak boleh mendadak sangat takut perut kena kejutan budaya.

Normally mama makan kat restoran saba cyberjaya. Kali ni makan kat dataran jelatek. Baru tau kat sini pun ada restoran saba. Mama datang dengan opismate time lunch hour. 

Ni pun sebab ada mak buyung mengidam nak makan nasi arab. Wani yang tudung purple tu tengah mengandung anak pertama. Sekarang ni baru 2 bulan. Jadi tengah mabuk2 loya. Makan apa pun muntah except nasi arab. Haha..kenan pak arab kot ni.

Semua orang makan nasi mandhi chicken. Rasa memang takde beza dengan branh kat cyberjaya. Nikmatnya lahai lama betul tak makan kan. Layan plak dengan air barbican strawberry. Sejuk tekak di kala cuaca panas berdenting.

Wednesday, April 1, 2015

Hafiy & Mama

Layan gambar2 selfie mama dan hafiy. Kat dalam kereta masa yang paling sesuai nak selfie. Kalau kat umah abang2 confirm nak menyelit jugak.

Hafiy ni bila berdua ngan papa jer kat dalam kereta elok jer dia baring dalam car seat. Tapi bila nampak jer muka mama, terus mulut berbunyi minta diangkat.

Camna la keadaan bila travel balik kampung nanti. Buatnya nak beriba sepanjang jalan, kebas bontot hoi 8 jam nak sampai kat kampung.

Butang baju terbuka tu hafiy oi. Perut dah muncit sangat ke tu. Sekarang ni riba kejap jer pun dah terasa lenguhnya. Tak kisah la janji anak mama sihat walafiat.

Kebetulan la plak tiap kali selfie ngan hafiy mama pakai tudung hijau. Pasni nak wat koleksi selfie tudung pink plak.