Sunday, April 19, 2015

Warung Kita

1st outing anak beranak selepas mama habis pantang. Dah lama mama pendam niat nak makan kat warung kita yang terletak kat kg melayu sungai buloh.

Restoran ni baru jer buka penghujung tahun lepas. Masa tu mama tak berkesempatan nak jjcm kat sini. Pastu masa dalam pantang ramai kawan2 upload gambar makan sini.

Mama tahankan jer nafsu sebab pantang. So bila dah habis pantang ni kita qada la mana2 yang terliur masa dalam pantang. Makanya hari ni gigihla angkut anak2 cari kedai tu.

Plan asal nak keluar rumah pukul 10 pagi sebab dengar citer kalau pergi time peak hour kena beratur panjang. Tapi dengan anak tiga ni sudahnya pukul 11 lebih baru keluar rumah.

Sampai sg buloh dalam pukul 12. Orang tengah makin ramai. Ada dua lane yang tengah beratur nak bungkus nasi. Tilah terus g beratur kat tempat nasi.

Mama plak beratur kat tempat air. Papa dengan kids chop meja. Kalau nak datang makan kena datang 3 orang baru smooth. Sini konsep seme layan diri. Beratur, oder, amik makanan, bayar n makan.

Specialty kat sini adalah air nyiur baldi (rm3.50) dan coconut shake (rm3). Harga jatuh kategori mampu milik la. Nasib baik beratur kat tempat air tak lama sangat.

Mama n papa minum air nyiur n kids pilih coconut shake. Selain tu, ada gak abc tapi kami tak cuba kali ni. Air lain macam sirap, teh o pun ada tapi tak banyak choices la.

Haa ko minum dalam baldi. Buruk lantak rupanya. Kalau zaman atuk nenek kita dulu kalau minum dalam baldi sure dah kena pelangkung. Takde orang nak buat menantu nanti.

Inilah dia nasi manngey yang buat mama tak lena tidur. Nasi kukus berkuahkan kari ayam dan berlaukkan ayam cincang goreng kunyit serta sambal belacan yang memang kick. Ayam tu sentiasa digoreng panas. Harga sebungkus rm4.50.

Nasi tu memang dibungkus walaupun dok makan kat kedai. Sini konsep plateless. Puas hati dapat makan walaupun berpeluh ketiak. Cuaca panas betul arini tapi tetaplah gigih mengharung semua rintangan. Hahha.. dasar kuat makan sangattt.

No comments:

Post a Comment