Wednesday, April 29, 2015

Old Town White Coffee

Bulan ni adalah bulan yang paling bizi. 5 hari bekerja, cuma 2 hari jer mama dapat masuk ofis. Selebihnya berjemur tengah panas buat site inspection.

Setelah berpanas di bawah terik mentari, bermandikan peluh semasa site inspection, tibalah masa untuk memanjakan perut kat old town white coffee.

Minggu ni rasanya sebelah pagi memang panas ting2. Pastu dalam pukul 3 langit start mendung dan hujan lebat. Disebabkan panas, semua orang oder honey lemon ice dengan harapan dapat sejukkan badan. 

Spicy fish fillet rice. Nasi tu adalah nasi mentega atau omputehnya butter rice. Rasa not bad la. Sedap jugak. Sempat curi makan member sebelah punya.

Mee kari pilihan amoi ann. Dia pantang tak makan nasi sebab jaga badan. Dulu berat badan dia pernah mencapai 100kg lebih. Once dia stop amik nasi terus turun beratnya.

Mama jer yang tak insaf2 lagi. Masih jugak melantak nasi. Perut dan tekak melayu dah terbiasa makan nasi sejak azali lagi. Pilihan mama spicy chicken chop rice. Ayam tu disalut dengan telur rasanya then digoreng. Rasa dia crispy.

No comments:

Post a Comment