Sunday, October 26, 2014

Puncak Alam : Pak Hailam Kopitiam

Sampai puncak alam tak terus balik umah. Mak yong terasa nak mengopi dulu. 

Singgah tesco langsung ke pak hailam kopitiam. Kita minum petang dulu.

Konon nak minum petang order lite2 jer tapi dalam mimpi la. Siap order nasi ayam bbq lagi.

Ni mama panggil roti goyang. Sebab telur kuning yang separuh masak tu akan bergoyang2 kat atas roti.

Order jugak roti bakar. Tu dalam gelas nescafe ais tapi tak berapa nak kick.

Pas makan masuk tesco jap nak shopping barang dapur. Dah lama betul tak masak.

Ipoh : Pizza Hut

Seperti yang dijangkakan, papa naik dengan tangan kosong. Katanya kat bawah cuma ada restoran mamak. Tak beli sebab tak selera nengok lauknya.

Lepas check out menggelupur la cari tempat makan. Kita brunch terus.

Rayyans biasalah bila tanya diorang nak makan apa, jawapannya either kfc or pizza. 

Kali ni moh ler kita ke pizza yeop. Teman dah gigil lutut kelaparan.


Senyum lebar dapat apa yang dihajati. Mata mana mata? Apsal sepet benau ni?

The drinks. From left; tropicana twister apple, ice lemon tea n air soya.

Creamy fondue. Sedap bangat bendalah ni. Sup dia tu pekat likat sangat. Mula2 order satu set jer.

Pastu berebut dengan anak2 makan. Tambah order lagi satu set. Yang buat rasa macam sedap gila sebab kami tengah lapar kot.

Rayyans berjaya habiskan pizza set yang kecik ni sorang satu. Makin tembun la anak bujang mama.

Ipoh : Grandview Hotel

Tetiba semalam papa suruh kemas baju sebab nak bawa kami jalan2 kat ipoh. On da way, baru call hotel booked bilik. Nasib baik ada bilik kosong.

Seperti biasa, kami stay kat hotel Grandview. Sebab utamanya kat depan hotel ada pasar karat setiap pagi ahad. Memang feveret papa cuci mata kat pasar karat.

Mama n rayyans stay kat bilik jer masa papa ke pasar karat. Mama tak larat nak jalan ditambah dengan cuaca panas.

Papa kalau dah dapat cuci mata kat pasar karat terus tak ingat dunia. Dia turun sejak matahari belum keluar lagi sampai pukul 11 tak balik2.

Naik kebulur anak bini kat bilik tak breakfast lagi. Ini memang boleh mendatangkan amarah. Lagi haru kalau dia naik karang tak beli apa2.

Sudahnya kami kat bilik terus siap2 untuk check out. Melayankan rayyans tunggang terbalik bilik. Cadar tercabut ntah ke mana semuanya.

Telefon pun dah pindah tempat dek jadi props diorang berdua berlakon konon2 nak gi opis.

Ngam2 time nak check out baru nampak batang hidung papa. Lagi sadis, berjam2 kat pasar karat dia tak beli apa apapun :-(.

Haish mengenangkan mama tengah ngandung, so tokleh nak marah lebih2. Nanti anak dalam perut bengkeng.

Nasiblah tahap kesabaran binik tinggi. Lau tak ada yang tukar jadi harimau jadian.

Thursday, October 23, 2014

Klang : Ayam Penyet AP

Cuti deepavali kami gi tawaf gm klang. Nak cari barang keperluan baby HR sementara mama masih gagah nak berjalan.

Setiap kali je gm klang, rayyans confirm mengamuk nak mainan. Mama bagi pilhan kat diorang samada nak mainan atau baju spiderman.

Dua2 sebulat suara nak baju spiderman. Kat dalam kedai tu jugak diorang tukar baju.

Bila dapat baju terus lupa mainan. Selamat duit mama.

After shopping perut pun mula la berlagu. Dah hampir waktu makan tengahari. Memang patut la lapar.

Kami ke restoran ayam penyet ap.

Untuk rayyans mama orderkan kids meal. Ada nugget, smiley potato dan icecream.

While mama n papa dua2 amik ikan bawal penyet.

Mama suruh papa pilih lauk lain tapi papa tetap nak pilih ikan bawal gak.

After lunch terus gerak balik rumah. Tak sampai 10 minit spidermen mama dah terlentok lena.

Sampai kesudah la tak nak tukar baju. Siap praktis tangan nak keluarkan spider web.

Untung beli baju ni boleh bertahan lama. Kalau beli mainan tadi confirm jahanam sebelum sampai rumah.

Sunday, September 21, 2014

Manjung : Ritz Garden Hotel

Kebiasaannya bila balik teluk intan kami stay dekat hotel grand court teluk intan. Tapi kali ni papa bawa kami ke manjung.

Kami stay dekat hotel ritz garden. Hotel ni agak baru. Ianya adalah bangunan blok kedai yang dijadikan hotel. Kat bawah hotel ada shopping complex, kedai makan.

Disebabkan walk in jer, cuma ada bilik yang satu katil jer. Redha jer la malam ni bersempit empat beranak tidur. Nasib baiklah katilnya saiz king.

Bilik ni didatangkan dengan breakfast sekali. Pilihan makanan banyak juga. Mama tak terambik plak gambar food.

Kami stay satu malam jer. Esok pagi terus check out. Kami jalan2 kat lumut dulu sebelum gerak balik puncak alam.

Rayyans suka jer dapat tidur hotel walaupun kat sini takde swimming pool. Janji dapat tidur hotel.

On da way back, singgah kat satu rnr untuk lunch. Mama dah lupa nama tempatnya. Yang best kat sini makanannya sedap2. Seafood fresh.

Mama cuma ratah lauk jer. Kerang dan udang gebu2. Puas hati mak yong makan.

Saturday, September 20, 2014

Teluk Intan : Menara Condong

Hari ni kami ikut papa balik teluk intan. Saja jalan2 balik tengok padi dan melawat kakak papa. Lagipun papa mengidam nak makan mee rebus mastan ghani.

Kalau balik teluk intan kami prefer ikut jalan lama. Ikut kuala selangor. Mama suka sebab sepanjang jalan ada orang berniaga. Boleh benti beli jagung, jambu, mangga...hehhe..I loike..

Lepas singgah kat kampung, kami ke pekan teluk intan sebab papa nak makan mee rebus tu. Sambil2 tu kami melawat menara condong.

Cuaca panas terik sangat hari ni. Rayyan nak buka mata pun susah. Diorang ni dah laa ada penyakit silau.

Pintu masuk menara. Actually dah banyak kali kami ke sini. Cumanya tak pernah lagi kami datang waktu malam. Mama teringin nak tengok menara ni tukar2 lampu bila malam.

Pernah la bermalam kat teluk intan sebab plan nak tengok lampu. Tapi takde rezeki kami sebab malam tu hujan selebat lebatnya.

Sebelum masuk kita signed guest book dulu. Tanda kami menjejakkan kaki ke menara kebanggaan teluk intan.

Gigih mak buyung yang tengah ngandung 5 bulan ni nak manjat menara.

Mak buyung setakat pusing2 kat tingkat bawah jer. Tak larat nak panjat tangga sampai ke tingkat atas.

Seram mak yong tengok tangga berpusing2 ni. Rayyans siap ada adegan gayat lagi kat atas tangga ni.

Kejap jer kami kat menara sebab rayyans nak merengek lapar. Tadi mak pak jer yang makan mee rebus. Anak nengok jer sebab diorang tak suka.

Langsung kami ke pizza hut. Yang ni confirm rayyans suka makan.

Cuma diorang berdua jer makan. Just order kids meal yang ada pizza small, air soya dan aiskrim untuk diorang.

Mama n papa just order drinks jer sebab kami masih kekenyangan makan mee rebus tadi.

Sebelum makan kita baca doa dulu. Bismillah...