Saturday, September 20, 2014

Teluk Intan : Menara Condong

Hari ni kami ikut papa balik teluk intan. Saja jalan2 balik tengok padi dan melawat kakak papa. Lagipun papa mengidam nak makan mee rebus mastan ghani.

Kalau balik teluk intan kami prefer ikut jalan lama. Ikut kuala selangor. Mama suka sebab sepanjang jalan ada orang berniaga. Boleh benti beli jagung, jambu, mangga...hehhe..I loike..

Lepas singgah kat kampung, kami ke pekan teluk intan sebab papa nak makan mee rebus tu. Sambil2 tu kami melawat menara condong.

Cuaca panas terik sangat hari ni. Rayyan nak buka mata pun susah. Diorang ni dah laa ada penyakit silau.

Pintu masuk menara. Actually dah banyak kali kami ke sini. Cumanya tak pernah lagi kami datang waktu malam. Mama teringin nak tengok menara ni tukar2 lampu bila malam.

Pernah la bermalam kat teluk intan sebab plan nak tengok lampu. Tapi takde rezeki kami sebab malam tu hujan selebat lebatnya.

Sebelum masuk kita signed guest book dulu. Tanda kami menjejakkan kaki ke menara kebanggaan teluk intan.

Gigih mak buyung yang tengah ngandung 5 bulan ni nak manjat menara.

Mak buyung setakat pusing2 kat tingkat bawah jer. Tak larat nak panjat tangga sampai ke tingkat atas.

Seram mak yong tengok tangga berpusing2 ni. Rayyans siap ada adegan gayat lagi kat atas tangga ni.

Kejap jer kami kat menara sebab rayyans nak merengek lapar. Tadi mak pak jer yang makan mee rebus. Anak nengok jer sebab diorang tak suka.

Langsung kami ke pizza hut. Yang ni confirm rayyans suka makan.

Cuma diorang berdua jer makan. Just order kids meal yang ada pizza small, air soya dan aiskrim untuk diorang.

Mama n papa just order drinks jer sebab kami masih kekenyangan makan mee rebus tadi.

Sebelum makan kita baca doa dulu. Bismillah...

No comments:

Post a Comment