Thursday, February 6, 2014

Cubic World

Lama tak update cerita versi jalan jalan cari makan. Kat area ofis mama ni tak banyak sangat kedai makan. Kalau ada pun jauh. Malas nak keluar jauh2. Kalau dulu papa dekat, bolehlah mengada2 dengan papa gi makan kat tempat jauh sikit. 

Macam rindu plak moments pagi2 breakfast sama ngan papa, lunch pun sama dan dinner pun sama2. Sekarang waktu dinner jer peluang nak makan sama2. Tu pun kadang2 makan tak serentak. Sebab either one akan suapkan rayyans dulu.

Berbalik kepada cerita jjcm kita. Kalau tekak mama mengidam western food, mama akan ke cubic world. Dalam seminggu sekurang kurangnya sekali mama akan makan kat sini. Meh kita tengok gambar makanan plak.

Spagethi bologneise.

Spagethi carbonara.

Spagethi aglio olio.

Wantan mee with crispy chicken. Ala2 ayam uncle bob.

Harga food plak antara 7.90 hingga 11.90 untuk satu set dengan ice lemon tea dan kacang panggang. Dari segi rasa, semuanya sedap2. 

Sunday, February 2, 2014

Melaka : Si Hitam Sakit

On da way balik dari melaka, selepas simpang ampat tetiba alarm kereta berbunyi. Automatik, rpm terus turun ke 0. Enjin start semput2. Papa sempat ke tepi dan kereta mati kat tepi jalan.


Berbekalkan no toll free yang ada kat kad touch n go, papa call plus. Dalam setengah jam tow truck plus sampai dan tarik kereta kami ke hentian pedas linggi. First time dalam hidup kete kene tarik tow truck.

Masalahnya kebanyakkan bengkel tutup sebab raya cina. Lagi satu masalah, kalau kereta tak siap repair hari tu jugak, macam mana papa nak ulang alik tengok kereta kat sana.

Setelah ditimbang tara, kami decide bawa kete balik ke shah alam. Papa call anak sedara dia, si epol tanya contact tow truck. Si epol tu memang banyak kontek orang2 bengkel ni. 


Setelah beberapa call dibuat, setelah berpuas hati dengan harga, dapatlah tow truck dari seremban ni. Sejam jugak menunggu baru tow truck ni sampai sebab highway jem. 


Pastu yang datang plak cuma driver lori sorang jer. Mula tu terfikir gak camna budak ni nak naikkan kete kat atas lori sorang2. Macam tak konfiden dia boleh naikkan kete tu. 


Rupanya budak ni memang expert. Dah memang keje dia kan. Kejap jer dia setting naikkan kete. Paling susah mama rasa nak centerkan kereta tu kat tengah2 lori.


Pastu bermulalah perjalanan kami balik ke shah alam. Mama n hazim dok depan dalam lori. 

Papa n hadif plak dok dalam kereta atas lori. Gayat woii.. Hadif siap bleh tidur lagi sepanjang perjalanan.


Akhirnya setelah 3 jam perjalanan sampailah kami ke usj. Bengkel ni recommended by epol gak. Walaupun bengkel tengah bercuti tapi owner tu baik hati datang gak kat bengkel semata2 nak amik kete kami. 


Owner yang pakai baju merah kepala botak. Owner bengkel ni nama ah guan tapi muka cam india. Rupanya dia chindian. 4 hari jugakla amik masa baru siap kete ni. 

Sedikit tips jika kereta breakdown dekat highway:

Jangan panik. Call plus. Sentiasa simpan no plus kat dalam kereta. Kenalpasti betul2 area ketika kereta rosak. Senang nak bagi direction kat plus.

Tunggu sehingga plus datang dengan kenderaan plus. Jangan layan sesiapa selain dari plus. Ada kes pemandu kena bayar sampai beratus ringgit hanya untuk tukar tayar pancit.

Kat highway sentiasa ada informer2 tow truck. Masa kami kena ni, ada beberapa tow truck yang datang approach. Siap cakap plus yang hantar diorang. Nasib baik papa tak mudah termakan kata2.

Siap offer murah gila tapi dengan syarat bawa kereta ke bengkel diorang. Masa tu bersedialah dengan harga merepair kereta yang tak munasabah.

Ada kes kereta dah dinaikkan atas lori dan dihantar ke bengkel pilihan kita. Bila sampai kat bengkel diorang tak nak turunkan kereta selagi tak bayar harga yang diorang naikkan.

Begitulah manusia sekarang ni, suka mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain. Tapi mama bersyukur tuhan permudahkan urusan kami masa ni.

Melaka : Photo Session

Akhirnya tibalah hari terakhir kami berfamily day. Berat rasa hati nak berpisah. Bukan senang nak berkumpul adik bradik sejak masing2 dah berumahtangga.

Pagi ni semua sudah bersiap sedia untuk check out dan meneruskan perjalanan pulang ke rumah masing2. 

Kami sekeluarga dan cikla akan pulang ke kl manakala ciknik n pakda menuju ke jb. Entah bila lagi boleh berkumpul camni.

Sebelum check out wajib ada sesi berfotografi. Our family; mama, papa, hazim rayyan dan hadif rayyan. Macam2 gelagat si kembar ni bila takmo bergambar.

Percubaan pertama cikla nak amik gambar sekeluarga tak berjaya. Ada dua ketul anak buah yang dok menempel kat situ.

Kali ni baru la berjaya amik gambar 3 beranak; cikla, pcik nasir dan nur dhia arissa.

Makda dan anak2; nurin adlina, danish aiman dan nur adreana. Terselit di situ hazim rayyan. 

Adrea with paksu mat, bapa sedara kesayangan anak2 buah yang masih maintain single.

Alhamdulillah, walaupun dipisahkan dengan jarak beratus km, hubungan kekeluargaan ini tidak akan putus. 

Saturday, February 1, 2014

Melaka : A Famosa Water Theme Park

Hari kedua di melaka, pepagi lagi dah keluar homestay menuju ke a famosa water theme park. Pergi awal sebab nak dapatkan parking dekat pintu masuk.


Ini kali ketiga kami ke a famosa tapi kali pertama masuk ke water park. Sebelum ni dua2 kali masuk ke animal safari. 


Sebelum masuk pose dulu dengan bunga sakura, decoration sempena chinese new year.


Harga tiket untuk dewasa rm41 dan kanak2 rm36. Harga ni termasuk dengan set lunch samada nasi lauk kari ayam atau masak kicap dan setin air soya.

Selain tu dapat voucher rm5 yang boleh digunakan di kedai souvenier dengan terms n condition. Bagi setiap pembelian more than rm20 jer boleh guna voucher tu.


Bila masuk dalam water park, kami ke kaunter sewaan pelampung, loker dan cabbana. Loker kecil rm4 dan loker besar rm12. Loker kat sini bila dah letak barang n kunci tak boleh nak buka tutup banyak kali. 

Kalau buka nak amik barang, then kena beli token lain kalau nak tutup balik. Which is for me sangatlah tak patut. Kalau kat lost world lokernya boleh dibuka tutup beratus kali.


Untuk pelampung pula kami sewa dua biji double tube. Harga sewa satu pelampung rm10 + deposit rm10. Kalau tak pulang balik pelampung tu nanti deposit kira burn. Pelampung single pun ada. Harga sewa rm8 + deposit rm8.

Cabbana no 6 ni kami punya. Sewa untuk sehari rm130 plus deposit rm50. Bila hantar kunci cabbana nanti akan dapat balik deposit rm50 tu.


A famosa terbahagi kepada 3 section iaitu kids, family n adventure. Section untuk family ada sandy beach, wave pool dan lazy river.


Ini pemandangan depan cabana iaitu bahagian wave pool.  

Si papa meneman anak bujang mandi kat wave pool.


Kids mendugong dalam wave pool. Waktu pagi tak ramai orang. 


Membawa ke tengahari penuh orang dalam ni sampai ombak pun tak berasa.

Ni bahagian sandy beach, depan wave pool tu jer. Tak tau camna uncle boleh dok bercanda cam ni. Panas berdenting kot pasir tu.


Anak2 pun sama dok ralit main pasir. Diorang ni jarang2 jumpa pasir. 


Sekali jumpa macam jakun la. Nasib baik pasir ni bersih gak.

Sanggup berjemur panas. Time ni takde plak komplen mata silau si hadif tu.


Ni bahagian lazy river. Tang mana yang lazy pun tak tau. 


Maybe yang dok atas pelampung tu yang lazy.

Sebab orang lain kena tolak pelampung tu.

Untuk section adventure ada slides dan slides ice cream ni. Besar gila kon ice cream. Nak naik slides ni berat kene bawah 85kg. Pastu guna pelampung khas yang disediakan. *Pict from afamosa website*.

Untuk kanak2 pula ada Kids adventure play pool dan arabian village.


Ini adalah area kids adventure play pool.  *pict from afamosa resort website*.


Ini plak bahagian arabian village. Kami spent most of the time kat sini sebab area dia redup.


Seronok anak bujang dapat main gelongsor. Ajak makan pun tak nak tinggal kolam.

Bosan main gelongsor, buat terjunam ke dalam air plak. Naik kecut jari jemari.

Cubaan mengayuh sampan oleh kapten hadif.

Dua beranak tengah bertanding menahan nafas dalam air.

Dah penat lepak sekejap. Orang lain takde pun nak main sampai ke dalam mangkuk ni.

Patung ular tedung hijau yang berjaya menakutkan rayyans.

Overall we had a good time here. On da way balik si kembar terlentok tidur kepenatan.