Tuesday, March 31, 2020

MCO Menu: Day 14

Hari last day MCO fasa 1. Esok sambung lagi MCO fasa 2 lagi 14 hari. Harap2 semua orang bertahan, mental stabil. Kena pandai2 cari aktiviti untuk mengelakkan kebosanan kat rumah.

Bagi mama, memasak adalah satu terapi untuk mama. Dalam sehari, 3 kali dok kat dapur. Tak sedar masa cepat jer bergerak. Pastu dapat plak anak2 kaki makan. Mama masak apa pun mesti licin diorang makan. Lagi la mama bersemangat nak masak. Pagi ni mama buatkan roti telur cheese sebab nak menghabiskan stok roti. Pastu masak jugak nasi goreng ikan dengan leftover nasi.

Time ni la perut mengidam nak makan macam2. Hari ni teringin sangat nak makan nasi kerabu. Gigih la memasaknya. Cuma ulam jer yang tak lengkap. Ada kacang panjang dan carrot jer. Tapi takde hal boleh jalan jer makan camtu pun.

Untuk minum petang mama buatkan kuih lapis. Kuih faveret hafiy ni. Mama suka cuba resepi yang mudah2 jer. Memang sengaja mama cari resepi yang bahan2 memang sedia ada dekat rumah.

Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan gula pasir
4 cawan santan (1 kotak santan campur dengan 3 cawan air)
1/4 sudu teh garam
Sedikit pewarna merah

Cara-cara:
1. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Gaul sebati adunan.


2. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian letak pewarna merah. Lagi satu bahagian biar warna putih jer.

3. Masukkan loyang yang telah disapu minyak ke dalam kukusan. Tuang adunan putih dalam loyang. Kukus selama 10 minit.


4. Setelah lapisan pertama masak, tuang lapisan bewarna pula. Kukus selama 10 minit. Selang seli proses ini sehingga adunan habis.


5. Setelah siap, sejukkan dahulu sebelum dipotong.

Monday, March 30, 2020

MCO Menu: Day 13

Masuk hari ke 13 MCO. Rasanya kita dah boleh adapt keadaan sekarang. Cikgu2 pun dah start kelas secara online, guna google classroom. Papa pun dah start buat kelas untuk twin. Lama2 cuti ni naik lemak plak dok tengok tv jer memanjang.

Dua hari lepas papa keluar beli barang dapur dan berjaya beli 2 bungkus roti gardenia. Tak sangka kan roti gardenia jadi hot item masa MCO. Pagi ni Hadif buat sandwich telur. Habislah sebungkus roti guna.

Hari ni masak mee sup. Anak2 dah bosan makan nasi. Plus mee tu tak boleh nak simpan lama sangat takut expired.

Untuk minum petang anak2 request nak makan burger. Mama buatkan burger ayam guna roti butterscotch. Tak kisahlah tak ada roti burger pun janji anak2 kenyang.

Sunday, March 29, 2020

MCO Menu: Day 12

Sepatutnya MCO akan tamat lagi dua hari tetapi extended another 14 days. Bertabahlah menghadapi dugaan pandemik covid19. Mak2 pun kena bertabah dengan karenah suami dan anak2 yang 24 jam asyik lapar jer. Masa twin kecik2 mama memang suka memasak. Masa tu bahan2 masakan sentiasa ada kat dapur. Gajet2 memasak, loyang pelbagai jenis ada. Bila mama tukar kerja, pindah rumah, kehidupan seharian menjadi lebih sibuk. Jadi masa untuk mencuba pelbagai resepi dah tak ada. 

Now bila ada peluang dok rumah mama selongkar semula peralatan memasak. Mengumpul semula resepi2 yang menarik untuk dicuba. Berbalik kepada menu breakfast hari ni adalah mee goreng. Pastu mama lambak jer telur dadar hancur kat atas mee. Kalau goreng telur mata, telur kuning tu diorang tak makan. Kalau goreng macam ni boleh plak diorang makan.

Lawan plak dengan teh panas. Nikmatnya dapat makan bersantai2 sambil bersembang dengan suami dan anak2. Hikmah daripada mco ni dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Kalau tak sebelum ni jumpa anak 2 jam jer sehari. Nak duduk bersembang2 tanya perkembangan diorang memang tak sempat.

Nasi hujan panas untuk makan tengahari dan dinner. Mama duetkan dengan lauk daging kurma dan ayam masak merah. Kalau ada acar timun kubis lagi sedap tapi stok sayur mama dan habis. Malas nak suruh papa keluar semata-mata nak beli sayur.

Tea time buat roti sosej lagi. Percubaan kali kedua nampak semenggah la sikit rupa. Yang ni version cili sos dengan mayonis.

Version ni plak letak cili sos dan cheesedale. Terhangus plak cheese tu. Kalau letak mozarella cheese sure lagi cantik rupa. 

Saturday, March 28, 2020

MCO Menu: Day 11

Sejak terperap kat rumah, hari dan tarikh pun dah lupa. Sedar tak sedar dah sampai weekend lagi. Macam mana agaknya suri rumah sepenuh masa menghabiskan masa seharian kat rumah.


Mama yang masuk hari kesebelas ni dah habis idea nak masak apa. Pagi ni masak kwayteow goreng. Tu pun letak sosej dan kubis jer. Udang ke sotong ke memang tak ada stok.

Lunch masak ikan bawal emas steam dan kangkung belacan. Resepi bawal steam mama dapat dari 1 of chinese friend.

Mula2 sediakan minyak bawang putih. Cincang bawang putih dan goreng sampai garing. Ketepikan dulu. 

Kemudian, didihkan 1 sudu sos tiram, 5 sudu light soy sauce dan daun bawang. Ketepikan. 

Steam ikan dengan halia, cili dan daun bawang selama 10 minit. Kemudian buang air dalam bekas ikan. 

Tuang kuah kicap yang disediakan tadi. Kemudian sambung steam sehingga ikan masak (10 minit).

Bila nak makan, tuang minyak bawang putih tadi. Sedap di makan dengan nasi panas. Masakkan ni memang tak letak garam sebab sos tiram dan kicap tu dah masin.

Untuk minum petang mama buat kek marble kukus. Resepi ni pun dok lalu lalang kat fb.

Bahan-bahan:
6 biji telur
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula
1/2 cawan milo

Cara-cara:
1. Blend telur dan gula sampai berbuih. Masuk tepung gandum. Blend lagi sampai sebati. 

2. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian letak milo. Kacau rata.

3. Tuang adunan ke dalam loyang secara selang seli. Lorekkan ikut citarasa masing2. 

4. Kukus selama 20 minit (sehingga masak). 

5. Keluarkan kek dari loyang then potong le untuk dinikmati seisi keluarga. 

Friday, March 27, 2020

MCO Menu: Day 10

Kepuasan dah mama ni sebenarnya. Dah tak tau nak buat apa lagi dah selain memasak. Tak tau la berapa kilo berat bertambah during mco. Si hafiy pun badan macam dipam-pam. Risau baju seluar sekolah dah tak muat bila habis mco nanti.

Masuk hari kesepuluh dah rindu kat nasi lema teh tarik. Selalunya weekend makan nasi lemak beli kat gerai depan rumah. Ni anak-anak dah menyebut lama tak makan nasi lemak. Mama usahakan juga masak nasi lemak, sambal ikan bilis, ikan bilis goreng, telur rebus dan ulam timun.

Lunch just masak sayur lemak kubis dan sambal ikan kerisi. Ikan kerisi tu leftover semalam mama masakkan sambal. Dalam tempoh mco ni kena pandai ubah suai menu untuk mengelakkan pembaziran. Kita ni tak tau sampai bila lagi mco. Kalau keadaan tidak terkawal kemungkinan tempoh mco akan dipanjangkan lagi.

Roti sosej untuk minum petang. Asbab mco semua jenis masakan mama berpeluang mencuba. Resepi plak banyak jer dok lalu lalang kat fb. Resepi ni mama amik dari web Rasa.

Bahan-bahan:
1 paket yis mauripan
2 sudu besar gula
1 sudu besar mentega
1 sudu besar susu sejat
Garam secukup rasa
3/4 cawan air suam
2 1/2 cawan tepung gandum. 

Cara-cara:
1. Masukkan yis, garam dan gula ke dalam air suam. Biarkan sehingga yis kembang (dalam 10 minit).

2. Masukkan campuran yis ke dalam tepung dan mentega. Uli sampai menjadi doh. Kalau melekat, tambah tepung. Rehatkan doh selama 45 minit. 


3. Tumbuk2 doh tadi untuk buang angin. Ambil doh tadi dan leperkan untuk membalut sosej. Potong balutan sosej secara sekata tapi jangan sampai putus. 

4. Pintal potongan tersebut ke kiri dan kanan. Rupa tak semenggah maklumlah amatur.

5. Selesai memintal, sapu roti dengan sos cili dan mayonis. Bakar pada suhu 160 C selama 20 minit.

Thursday, March 26, 2020

MCO Menu: Day 09

MCO extend lagi 14 hari. Maksudnya sebulan la mama WFH. Tak tau la macam mana nak berdepan dengan hidup tak boleh keluar rumah. Kita biasa pagi2 dah keluar ke ofis. Ni tiba-tiba sebulan kena stay at home. Walau apa pun, ini semua untuk kebaikan kita. Kita follow jer apa2 arahan dari kerajaan. 

Masa ni la nak tunjuk bakat terpendam sebagai chef. Walaupun hanya nasi goreng bodoh, tetap masakan mama anak2 cakap sedap. Pagi2 kalau ada balance nasi semalam, memang akan jadi nasi goreng la untuk elakkan pembaziran.

Tengahari masak simple2 jer. Buat sup sayur, ikan kerisi goreng dan daging goreng leftover semalam.

Pagi tadi lepas breakfast terus prepare kek batik untuk minum petang. Kalau tak ada makanan kesian kat anak2 gelisah jer kelaparan.

Nak buat kek batik ni senang jer. 1 paket biskut marie patah-patahkan, 1 tin susu pekat, 1 paket kecil milo dan 1 ketul buttercup. Cairkan butter dalam kuali, masukkan milo dan susu pekat. Dah sebati masukkan biskut marie. Lepas tu sejukkan dalam peti ais.

Untuk dinner masing-masing dah tak lalu nak mengadap nasi. So mama alter sup sayur tengahari tadi jadikan kuah kwayteow ladna. Sup sayur tu masukkan bancuhan tepung jagung bagi pekat sikit. Kwayteow tu goreng dengan telur dulu. Licin pinggan semua orang makan.

Wednesday, March 25, 2020

MCO Menu: Day 08

Time mco ni la terasa nak makan macam2 especially makanan masa kecik2 dulu, makanan kelantan.

Malam tadi gigih kukus laksam sebab teringin sangat nak makan. Buat 1 paket tepung beras jer. Jadi la untuk kami breakfast anak beranak. Laksam ni yang malasnya nak mengukus tu satu2. Nak menunggu lama. 

Kuah laksam pun siap masak malam tadi. Pagi ni bangun boleh terus sarapan. Buat sendiri puas hati nak ejas kepekatan kuah tu ikut citarasa kita. 

Cuma ulam tu jer yang x lengkap. Ada timun dan kacang panjang jer. Tapi tu pun dah bersyukur sangat dah dapat sediakan breakfast untuk kami sekeluarga. 

Lauk lunch masak sambal udang dengan daging goreng kunyit.

After lunch si bongsu mama ajak buat blueberry cup cakes lagi. Nasib baik la tepung segera banyak. Tambah telur, air dan minyak siap untuk dibakar.

Tuesday, March 24, 2020

MCO Menu: Day 07

Dah seminggu mco terperap kat rumah. Naik biol dah rasa. Harap2 mama putih la lepas ni. Lama berkurung kat rumah. Kalau tak muka sunburn asyik pergi site jer. 

Nak masak pun dah tak ada idea. Nasib baiklah banyak grup wasap. Saling2 tukar idea menu masakan. Pagi ni kami makan nasi goreng dengan milo panas.

Menu lunch kari tulang kambing, ikan kerisi goreng, sambal belacan dan ulam timun.

Menu tea time mama buat roti puri untuk makan dengan kari tulang tadi. Anak2 memang suka sangat makan roti puri. Cuma mama jer yang dah lama tak masak. 

Resepi roti puri untuk rujukan masa depan. 

Bahan - bahan:
4 cawan tepung gandum
6 sudu minyak masak
2 sudu gula
1 paket yis mauripan
2 sudu teh garam
1 cawan air suam

Cara - cara:
1. Larutkan gula dan yis dalam air suam. Tunggu sehingga yis mengembang (dalam 10 minit).

2. Satukan tepung gandum, minyak dan garam dalam bekas.

3. Masukkan campuran yis ke dalam tepung gandum. Uli sehingga doh tidak melekat. 

4. Bulatkan doh sebesar bola pingpong. Perap dalam 30 minit. 

5. Ambil doh dan gelek nipis. Mama tepuk2 dengan tangan jer biar nipis. 

6. Panaskan minyak masak dan masukkan sekeping doh. Simbah minyak atas doh supaya doh kembang. 

7. Pastikan minyak sentiasa panas. Gunakan api sederhana. 

Monday, March 23, 2020

MCO Menu: Day 06

Bangun pagi2 terus jerang bubur atas dapur gas. Mama guna beras hancur, memang khas untuk buat bubur. Mama beli beras tu kat kelantan. Kat sini tak tau la ada jual ke tak. 

Bubur nasi berlaukkan ikan bilis goreng dan pekasam daging. Sup tu balance sup nasi ayam semalam.

Pekasam daging mama beli dengan kawan ofis before mco lagi. Tapi dok terperap jer kat dalam peti sejuk. La ni baru ada kesempatan nak masak. Pekasam daging tu goreng dulu dalam minyak. Agak2 nak masak campak bawang dan kacang. Goreng sekejap then boleh la angkat. 

Sedap hoi pekasam lawan bubur nasi. Semangkuk tak cukup. Menyesal pulak beli satu paket jer. Ye la masa tu mana nak tau ada covid19 dan nak kena mco bagai. 

Lunch masak gulai ikan tongkol, tempe goreng, bergedil dan budu. Rajin gila mama menggentel bergedil tu. Asalnya nak buat makan dengan bubur pagi tadi tapi kemalasan nak gentel. 

Ni namanya gulai nasi berlauk kelantan. Ikan tongkol tu rebus dulu letak asam keping, garam dan nise kelantan. Lada solok tu yang nenek bawa dari Kampung last week.

Petang layan cucur bilis dengan keropok goreng. Keropok tu papa beli kat sini jer. Stok keropok dari kampung dah habis. Lupa nak suruh nenek bawa tempoh hari.