Selamat tahun baru 2017. Semakin menginjak usia kita setahun lagi. Tahun ni usia mama dah 37 tahun. Semakin mendekati 4 series. Harap2 semua yang mama impikan menjadi kenyataan.
Azam mama tahun ni cuma mahu hidup yang tenang dan selesa di samping suami, anak2 dan family tercinta. Sekarang dah tak terfikir azam yang berunsurkan materialistik.
Kami ke aeon jusco shah alam untuk last minute shopping barang2 keperluan persekolahan rayyan. Top up mana ada yang terkurang. Di samping tu dapat bawa anak2 jalan2 sebelum start sesi persekolahan.
Sebelum mencari barang2, perut pun haruslah diisi terlebih dahulu. Actually banyak sangat tempat makan kat aeon. Kalini kami pilih teh tarik place. Next time kita cuba kedai lain pula.
Hadif, sejak cuti sekolah bersemangat betul badan. Mana taknya, bila kat umah asyik makan jer. Mata tu dah sepet sangat dah bila senyum. Kena tolak dengan pipi gebu. Dah start sekolah nanti turun la balik berat sebab kepenatan.
Makan kat dalam mall pun cari nasi lemak jugak. Baik makan kat umah jer ye dak? Dah itu jer menu yang available. Sapa suruh datang sesubuh hari. Kedai pun baru nak bukak.
Menu rayyan seperti biasalah, roti canai. Masing2 makan kenmain laju. Mana taknya, kepala asyik fikir tak sabar2 nak main. Kali ni mama bagi chance. Dah start sekolah nanti jangan haraplah ya.
No comments:
Post a Comment