Sunday, June 21, 2015

Salam Ramadhan

Alhamdulillah masuk hari ke4 puasa. Setakat ni berjaya puasa penuh lagi. Dah beberapa tahun since melahirkan kembar mama puasa penuh sebab tak peot. Tapi after bersalinkan hafiy, dah back to normal. Nampak gaya tahun ni memang ada yang kena ganti puasa.

1st day puasa masak simple2 ja. Kari ayam, ayam goreng kunyit n kailan goreng. Pastu buat roti sosej atas permintaan budak tak puasa tapi gaya mengalahkan orang puasa. 

2nd day ajak cikla berbuka kat umah kami. Mujurla ada adik beradik yang dok dekat. Dapatla melepaskan kerinduan dekat mak ayah kat kampung.

Menu hari ni semuanya made in pasar ramadhan. Kalau dah pergi pasar memang macam2 la yang dibeli. Nafsu2.

Hari ketiga masak sendiri. Masak ikan bawal emas 3  rasa n daging goreng kunyit. Masak macam ni pun makan bertambah2. Kadang yang simple tu lagi elok. Perut tak terkejut terima macam2 makanan.

Daging goreng kunyit ni feveret si kembar. Diorang jenis makan nasi berlauk kering. Masa orang nak buka dia pun sibuk nak makan gak, tapi nak tunggu azan dulu. Walhal dah sehari suntuk kejanya melantak jer.

Desert durian crepe mama order dari orang puncak alam. Harga dc ni rm 11 untuk 6 ketul. Menu untuk hari ni plak masih samar2 lagi. Macam nak buat percik, tapi macam nak masak padprik gak..

No comments:

Post a Comment