Friday, May 1, 2015

Matahari Spa & Salon

After bersalin mama tak berurut langsung. Biasalah kan lepas bersalin badan rasa lesu. Pastu kenalah urut membetulkan segala urat2 yang putus masa bersalin tu.


Hari ni mama dah booked untuk berurut kat matahari spa. Rayyans bila dengar mama nak keluar cepat2 diorang tunggu kat pintu pagar.


Spa buka pukul 10 pagi. Jadi sebelum berspa, bawa rayyans breakfast dulu kat restoran maju ahmad. Dengan harapan lepas breakfast diorang takkan ngikut mama nak gi spa.


Tapi harapan jer la. Sampai sudah takmo balik rumah. Masakla kat dalam spa nak melayan kerenah diorang. Dah la pakej yang mama amik ni bakal makan masa 3.5 jam.


Dah tau memang diorang bakal bosan menunggu nanti. Jadi beli siap2 segala jajan untuk bekal nanti. Spa matahari ni adalah spa muslimah. No men allowed. But kids yang tak cukup umur ni berkecuali.

Mama amik pakej matahari yang berharga rm150. Ada sauna, lulur, mandi susu, urut tradisional dan percuma hair treatment. Tapi mama dapat free facial jugak. Rezeki.

First buat hair treatment. Rambut mama dicuci dan diletak ubat. Kemudian kepala kena tutup dengan shower cap. Pastu tukar baju pakai kain batik jer uols. Sebab tu la lelaki tak dibenarkan masuk dalam spa. Sebab customer kehulu kehilir berkemban jer.

Kedua, sauna. Nampak jer buruk tempat sauna ni. Tapi dia punya berpeluh boleh basah kain batik yang mama pakai. Before sauna, kena minum air banyak2. Kena dok dalam ni selama 30 minit.

Bila sauna liang roma semua terbuka. Memang sesuai la buat lulu badan pastu. Badan mama dilulur selama 30 minit. Habis kulit2 mati dan daki kena sental. Syoknya rasa orang dok belai2 kita kan.

Selepas badan dilulurkan kenalah mandi susu plak. Kasi bersih balik badan, buang daki2 dan kulit mati tadi. Berendamlah kat dalam ni another 30 minit. Boleh tahan kecut gak la kaki tangan. 

Lepas mandi susu, kena cuci rambut sekali dengan blow. Then urut badan lak selama 30 minit. Tukang urut orang Indonesia. Best sangat badan kena urut. Tak puas rasanya sebab hanya 30 minit kan. Next time jemput tukang urut datang rumah baru puas hati.

Last sekali buat facial. Best la muka dibelai, dicuci, diurut, dipakaikan mask dan dipicitkan jerawat. Si kembar asyik mengacau mama jer. Mentang2 la mama tak boleh gerak.


Walaupun katanya cuma amik masa 3.5 jam tapi pukul 3 petang baru siap semua. Kira2 5 jam jugak la. Overall memang puas hati la. Takdelah diorang ngam2 buat semua treatment dalam masa 30 minit setiap satu. Memang recommended n definitely mama akan datang lagi.

No comments:

Post a Comment