Saturday, May 16, 2015

Happy Teacher's Day

Selamat hari guru buat semua cikgu2 yang pernah mendidik mama. Guru pertama yang mengajar mama adalah bonda dan ayahanda tercinta. 

Kemudian pendidikan formal bermula di sek. keb. Gong Manak (darjah 1-6), sek menengah cherang ruku (ting. 1-3), mrsm kuala terengganu (ting. 4-5), utm skudai (degree) dan uitm shah alam (master degree).

Bila anak dah sekolah, anak2 plak yang eksited nak celebrate hari guru. Pagi ni rayyans ajak mama buat kad hari guru untuk teachers kat tadika. Berbekalkan bahan2 yang sediada kat rumah, terhasil la kad simple ni untuk teacher diorang. 

Tetiba malam ni dapat wasap dari prinsipal isnin depan ada teachers day celebration. Siap ada dress code. Macam nak raya plak kena pakai baju melayu. Sedang eloklah rayyans dah siapkan kad. Plan esok nak cari sedikit cenderahati untuk teachers.

Friday, May 15, 2015

CA Meeting

Pagi tadi ada staff meeting, monthly meeting. Mama bukan nak cita pasal agenda meeting, tapi nak cita pasal makan.

Meeting hari ni merangkap farewell party untuk hafiz. Baru jer 6 bulan dia kerja sini dah benti dah. Hafiz dapat offer lagi best dari company oil n gas. Haruslah say bye bye kat sini.

Pastu ada celebration untuk staf yang lahir bulan lima. Ramai tu baby may. Bak kata salah sorang collegue mama tadi, aunty n uncle may. Mama la salah sorangnya. 


So tadi ada upacara cake cutting. Kek tiramisu from secret recipe.

Bukan setakat potong kek jer, mama siap dapat small gift on my birthday. Nak tau apa yang mama dapat?

Lollipop uols. Jadilah kan ada yang ingat kat birthday kita. Terima kasih kepada semua opismate yang meraikan birthday mama.

Thursday, May 14, 2015

Riza Rich

Hangat betul kan cuaca sekarang ni. Walaupun sesekali hujan turun, masih tak mampu nak menyejukkan bumi puncak alam ni. Tidur dalam aircond pun macam tak sejuk sangat. 

Lagi2 mama yang kerja direct kena matahari. Setiap hari keluar ke site buat inspection. Panas tu toksah cakapla. Muka dah burn balik. Pantang 2 bulan, muka baru jer nak ok. Ni dok berjemur tengah panas, muka sunburn balik.

Bila cuaca panas ni hausnya lahai tuhan jer yang tau. Hajat hati nak maintain tak nak minum ais tapi kelaut jugak. Tak tahan rasanya bila panas2 ni tak telan ais. After inspection, singgah riza rich pekena ais laici dulu. Nyamannya tekak dan perutku.

Kalau dah singgah, takkan nak minum saja. Haruslah makan tosai barang sekeping dua. Hahaha.. dasar pengmakan sangat. Eh... tosai dikira health food kan? Nak jugak la sedapkan ati. Pastu malam melantak nasi jugak.

Monday, May 11, 2015

Its Our Birthday

Alhamdulillah syukur ya Allah dipanjangkan umur setahun lagi. Tahun ketujuh kami sambut birthday bersama sebagai suami isteri. Perancangan terbaik dari Allah, mempertemukan kami yang berkongsi tarikh lahir yang sama.

Hajat hati nak cuti hari ni tapi tak kesampaian sebab kena attend meeting. So pepagi birthday hubby keluar hantar birthday wifey ke klang. Plan nak celebrate birthday dengan anak2 kita postpone ke malam nanti.

Tengahari si suami datang jemput isteri bersama dengan jambangan ros ini. Terkedu dan terharu isteri rasa. Terima kasih encik suami sebab dah menggembirakan hati isteri.

Tiada apa yang dipinta, cuma mengharapkan diberikan kesihatan yang baik, jodoh yang berpanjangan, rezeki yang mencukupi, keluarga yang bahagia dan anak2 yang soleh. Semoga kami sentiasa di bawah rahmat Allah.

Thursday, May 7, 2015

How Old Do I Look

Terjebak gak main bendalah ni. Saja suka2, ngetest tengok awek mudo ko awok tuo. Mama cuba test 5 gambar. Macam2 umur mama yang diteka. 


Paling win tu la, umur dah 50. Dah veteran dah ahkak. Yang umur 37 dan 32 tu oklah range umur sekarang, 3 series. Paling tak menahan yang umur 19 tahun. Aduh.. perasan muda habis dah ni. 

Wah kellas umur muda belia lagi. Letak gambar 360 memang la dapat umur jauh lagi muda dari umur sebenar. Cuba letak gambar yang nampak kedut2 kat muka. Confirm umur yang diteka lagi tua dari umur sebenar.

Second trial, papa dah 50 series. Yang penting I tetap maintain 20 series. Haish.. ralit betul main bendalah ni. 

Wednesday, May 6, 2015

Aida Seafood

Semalam balik dari ofis terus singgah untuk dinner. Kedai ni adalah kedai siam kegemaran kami kalau kat puncak alam. Letaknya kat tepi jalan sg buloh - kuala selangor. Opposite bandar seri coalfield, sebelah masjid dan gerai buah.

Risau gak nak makan kat luar takut hafiy meragam. Tapi redha jer la sebab rayyans nak merengek lapar. Kalau balik rumah nak masak segala, entah pukul berapa baru boleh makan.

Tapi surprised jugak hafiy ok jer sepanjang kami makan. Siap dia boleh berak lagi kat situ. Nampak dia excited bila kat luar. Mata melilau pandang kereta lalu lalang. Good boy. Senang mama nak bawak makan kat luar nanti.

Lama betul tak makan masakan thai ni. Menu kami ikan kembung 3 rasa, ayam goreng kunyit, sup ekor, kailan ikan masin, telur dadar dan daging masak merah. Kenmain banyak menunya nak melantak.

Rayyans makan bertambah. Tak cukup sepinggan nasi. Memang betul2 lapar agaknya. Kami dok kat pangkin ni senang nak bersila riba hafiy. Sebelum mama bersalin, area ni masih dalam pembinaan.

Tuesday, May 5, 2015

Sports Day

Hari ahad ni sekolah rayyans akan mengadakan hari sukan. Pihak sekolah pun dah hantar acknowledgement untuk parents. Then the next day nya, sekolah diisytiharkan cuti. 

Terpaksa la mama apply cuti hari isnin tu. Kebetulan that day adalah birthday mama n papa. Memang elok sangatlah kalau mama amik cuti. Boleh celebrate birthday dengan anak2.

Hazim rumah purple manakala hadif rumah hijau. Diorang dapat tshirt baru sempena sports day. Sepanjang minggu ni rayyans akan berlatih acara sukan. 

Mama tak pasti diorang masuk acara apa. Bila mama suruh diorang tunjuk apa yang diorang berlatih kat sekolah, diorang gi menari chicken dance.

Monday, May 4, 2015

Homeworks

Cuti bersambung 4 hari ni kami tak ke mana2 pun. Just melepek jer kat rumah. Malas nas mengadap jem sejak ada anak kecik ni. Tak larat nak melayan baby meragam dalam kereta.

Si kembar plak banyak homeworks yang cikgu bekalkan sepanjang cuti ni. Tugas mengajar rayyans, kakak tilah dah ambil alih. Mama cuma concentrate kat hafiy. Tu jari semua terangkat sebab tengah mengira, menyiapkan homework matematik.

Lagipun cikla ada kat rumah kami start hari rabu before cuti lagi. P.cik nasir outstation ke terengganu. Cikla takut nak dok rumah diorang, jadi datang stay kat umah kami. Sukalah hadif, hazim dan arissa ada geng.

Bila dah penat belajar, layan tv tengok kartun. Remote tv tu asyik kat tangan diorang jer. Tak dapat mama tengok cita mama jugak. Yang si hadif tu pantang nampak safety helmet mama. Asyik terletak kat kepala dia jer.

Hadif cakap dia nak kerja site macam mama. Nak sebut engineer tak pandai. Insyaallah, cita2 dah ada. Cuma kena belajar rajin2, berusaha sampai tercapai cita2 tu. Mama doakan anak2 mama semua menjadi orang yang berjaya.

Sunday, May 3, 2015

Demam Denggi

Malam tadi angah admitted sebab demam denggi. Dia demam dah 5 hari tak kebah2. Semalam dah start keluar bintik2 merah kat badan. Takut melarat, dia menyerah diri kat hospital.

Pagi ni kami ziarah angah kat putra medical centre. Hospital ni terletak kat bukit rahman putra, sg buloh.

Si kembar ni sibuknya mengikut mama dan papa nak tengok angah. Hafiy mama tinggal kat cikla jaga. Nasiblah hospital swasta budak2 boleh masuk. Kalau hospital sg buloh tak dapeklah lepas.

Antara keempat2 anak perempuan papa, cuma tilah sorang jer lagi tak kena demam denggi. Along, angah dan dayah dah merasa. Harap2 tilah terselamat.

Bacaan platlet darah angah masih rendah. Tak pasti sampai bila kena tahan wad. Harap2 dapat sembuh dengan cepat. Risau kalau2 dapat denggi berdarah yang merbahaya tu.

After melawat angah, dah alang2 kat sg buloh papa terus bawak lunch kat warung kita. Againnn.. Kali keempat dalam masa hanya 2 minggu. Habis sebungkus sorang si kembar makan.

Kali ni selain air kelapa dan coconut shake, mama cuba abc oreo. Nampak gaya mama kena belajar menu ni sebab dah jadi favourite food papa. Barulah boleh amik hati suami.

Saturday, May 2, 2015

Pulut Durian

Mama ni pas beranak pun mengidam lagi. Kali ni mengidam nak makan pulut durian plak. Rasanya dah setahun lebih tak makan pulut durian.

Dahla sekarang ni bukan musim durian. Satu tupperware ni bersamaan dengan 3 biji durian. Harganya rm90. Redha jer la teringin punya pasal kan.

Masak pulut, santan pastu makan dengan durian. Jangan lupa tabur gula secukup rasa. Alhamdulillah, lepas tekak mengidam. Jangan hafiy kembung perut dah. Pulut kan angin katanya.

Friday, May 1, 2015

Jeles

Ada budak jeles tengok mama buat hair treatment. Dia pun nak jugak potong rambut. Rambut pun dah panjang sangat. Last potong before mama bersalin lagi. Ni dah 3 bulan kot mama beranak.


Mula tu nak suh akak kat matahari spa tu jer potong tapi akak tu tak konfiden sebab tak biasa potong rambut lelaki. Sudahnya kami ke kedai favourite diorang jer la.

First time ni mama bawa anak teruna potong rambut tanpa papa. Risau gak takut salah potong. Bila bangla tu tanya potong untuk sekolah ke, mama ah ah kan jer. Tau la tukang gunting tu nak potong camna.

Rawatan Resdung

Kat matahari spa ni ada juga treatment untuk resdung. Murah jer harganya. Cuma rm10. Kat sini guna teknik yang asapkan kat muka.

Tilah memang ada resdung yang agak kuat. Jadi sementara tunggu mama dia buat rawatan untuk resdung. Mula2 muka kena bersihkan dulu.

Kemudian muka diasapkan. Kasi keluar semua hama2 yang berselindung di sebalik kulit. Kulit orang resdung ni sensitip. Bila makan seafood habis kuar semua jerawat.

Yang putih2 berkabus kat muka tu la hamanya. Memang banyak yang keluar. Tilah cakap sepanjang muka kena asap tu rasa pedih2.

Kemudian muka diberikan rawatan facial. Dicuci dan dipakaikan mask. Berbaloi2 bayar rm10 jer. Rawatan resdung ni kena sentiasa buat. Barulah hama tu akan makin berkurangan.

Matahari Spa & Salon

After bersalin mama tak berurut langsung. Biasalah kan lepas bersalin badan rasa lesu. Pastu kenalah urut membetulkan segala urat2 yang putus masa bersalin tu.


Hari ni mama dah booked untuk berurut kat matahari spa. Rayyans bila dengar mama nak keluar cepat2 diorang tunggu kat pintu pagar.


Spa buka pukul 10 pagi. Jadi sebelum berspa, bawa rayyans breakfast dulu kat restoran maju ahmad. Dengan harapan lepas breakfast diorang takkan ngikut mama nak gi spa.


Tapi harapan jer la. Sampai sudah takmo balik rumah. Masakla kat dalam spa nak melayan kerenah diorang. Dah la pakej yang mama amik ni bakal makan masa 3.5 jam.


Dah tau memang diorang bakal bosan menunggu nanti. Jadi beli siap2 segala jajan untuk bekal nanti. Spa matahari ni adalah spa muslimah. No men allowed. But kids yang tak cukup umur ni berkecuali.

Mama amik pakej matahari yang berharga rm150. Ada sauna, lulur, mandi susu, urut tradisional dan percuma hair treatment. Tapi mama dapat free facial jugak. Rezeki.

First buat hair treatment. Rambut mama dicuci dan diletak ubat. Kemudian kepala kena tutup dengan shower cap. Pastu tukar baju pakai kain batik jer uols. Sebab tu la lelaki tak dibenarkan masuk dalam spa. Sebab customer kehulu kehilir berkemban jer.

Kedua, sauna. Nampak jer buruk tempat sauna ni. Tapi dia punya berpeluh boleh basah kain batik yang mama pakai. Before sauna, kena minum air banyak2. Kena dok dalam ni selama 30 minit.

Bila sauna liang roma semua terbuka. Memang sesuai la buat lulu badan pastu. Badan mama dilulur selama 30 minit. Habis kulit2 mati dan daki kena sental. Syoknya rasa orang dok belai2 kita kan.

Selepas badan dilulurkan kenalah mandi susu plak. Kasi bersih balik badan, buang daki2 dan kulit mati tadi. Berendamlah kat dalam ni another 30 minit. Boleh tahan kecut gak la kaki tangan. 

Lepas mandi susu, kena cuci rambut sekali dengan blow. Then urut badan lak selama 30 minit. Tukang urut orang Indonesia. Best sangat badan kena urut. Tak puas rasanya sebab hanya 30 minit kan. Next time jemput tukang urut datang rumah baru puas hati.

Last sekali buat facial. Best la muka dibelai, dicuci, diurut, dipakaikan mask dan dipicitkan jerawat. Si kembar asyik mengacau mama jer. Mentang2 la mama tak boleh gerak.


Walaupun katanya cuma amik masa 3.5 jam tapi pukul 3 petang baru siap semua. Kira2 5 jam jugak la. Overall memang puas hati la. Takdelah diorang ngam2 buat semua treatment dalam masa 30 minit setiap satu. Memang recommended n definitely mama akan datang lagi.