Thursday, April 30, 2015

Warung Kita Lagikk

Untuk kali ketiga datang ke warung kita. Memang berhantu la nasi mmanggey ni. Masa tulis ni pun kecur air liur dibuatnya.

Kali datang belah petang. Orang tak ramai. Tak perlu nak beratur. So next time kalau nak datang sini kena datang either pukul 11 pagi atau after 2 pm.

This time oder satu jer air kelapa. Lagi satu oder coconut shake. Tak larat nak habiskan air kelapa satu baldi sorang.

Satu baldi air kelapa bersamaan dengan 1 biji kelapa. Nanti waiter akan tanya samada nak tambah gula atau tidak. Ada orang suka minum air kelapa yang asli. Takmo tambah air gula dan ais.

For me, nasi ni biasa jer kalau takde sambal belacan. Sambal tu yang buat dia rasa sedap dan lengkap. Kalau takde sambal macam makan ayam goreng kuah kari jer biasa jer. Macam mana nak buat sambal belacan yang sedap ekk?

Wednesday, April 29, 2015

Old Town White Coffee

Bulan ni adalah bulan yang paling bizi. 5 hari bekerja, cuma 2 hari jer mama dapat masuk ofis. Selebihnya berjemur tengah panas buat site inspection.

Setelah berpanas di bawah terik mentari, bermandikan peluh semasa site inspection, tibalah masa untuk memanjakan perut kat old town white coffee.

Minggu ni rasanya sebelah pagi memang panas ting2. Pastu dalam pukul 3 langit start mendung dan hujan lebat. Disebabkan panas, semua orang oder honey lemon ice dengan harapan dapat sejukkan badan. 

Spicy fish fillet rice. Nasi tu adalah nasi mentega atau omputehnya butter rice. Rasa not bad la. Sedap jugak. Sempat curi makan member sebelah punya.

Mee kari pilihan amoi ann. Dia pantang tak makan nasi sebab jaga badan. Dulu berat badan dia pernah mencapai 100kg lebih. Once dia stop amik nasi terus turun beratnya.

Mama jer yang tak insaf2 lagi. Masih jugak melantak nasi. Perut dan tekak melayu dah terbiasa makan nasi sejak azali lagi. Pilihan mama spicy chicken chop rice. Ayam tu disalut dengan telur rasanya then digoreng. Rasa dia crispy.

Tuesday, April 28, 2015

Hafiy & Mama Vol II

Layan foto selpie mama dan hafiy. Aritu wat koleksi tudung hijau, kali ni koleksi tudung pink pula. Baru realised tudung mama banyak sangat ada suntikan warna pink.

Suka sangat selpie pakai fon oppo find 7. Bila amik muka sindri, automatik muka licin bak mutiara. Kamera fon ni auto jadi kamera 360.

Hafiy muka belum mandi. Malas nak layan mama berselpie la tu pandang tempat lain. Sebenarnya dia merajuk sebab nak kena tinggal. Mama nak keluar dating ngan papa.

Camni barulah hensem. Bila mama nak amik gambar hafiy pandang tepat ke arah kamera. Syabas betta.

Apala yang difikirkan tu hafiy sampai berkerut kening. Fikirkan masalah negara ke fikirkan kenapa la mama aku ni suka sangat amik gambar sendiri.

Haish hafiy ni mama ajak bergambar dia layan tidur plak. Sepanjang perjalanan dia tidur. Syok sangat kot tidur dalam kereta sejuk kena ekon.

Memang kaki tidur la hafiy ni. Kalau kat dalam kereta, pantang mama baringkan kat riba terus dibuai mimpi.

Banyaknya gambar mama ngan hafiy kat dalam kereta. Masa kat dalam kereta ni dikira private time untuk mama dan hafiy.

Monday, April 27, 2015

Hafiy @ 3 Months

Bambam mama dah berumur 3 bulan. Perkembangan fizikal hafiy amatlah memberangsangkan. Jika tiada aral, Insyaallah hujung bulan ni mama akan adakan majlis akikah untuk hafiy.


Budak tecit ni dah pandai senyum, suka sangat senyum bila sembang ngan orang. Amat tak suka bila dibaringkan. Nak orang pegang, riba jer sepanjang masa.


Nampak tanda2 berusaha untuk meniarap. Dah pandai sengetkan badan dan tegakkan kepala. Maybe sebab badan berat, susah dia nak pusing badan.


Bila susah nak tidur, mama kena nyanyi kan lagu twinkle little star sambil berbuai. Barulah senang nak tidur. Omputih sungguh lagu mu wahai bambam. 

Sekarang ni makin susah nak tidur. Asyik nak sembang jer. So mama terpaksa beli buai. Kalau tak tidur sekejap2 jer. Tu pun mama kena tunggu kat sebelah. Kalau mama bangun, dia terus buka mata.

Sunday, April 26, 2015

Bodyguards

Mama ada 3 bodyguards cilik yang setia mengekor ke mana sahaja mama pergi. Merekalah bidadara syurga mama.

Si kembar yang menjadikan mama seorang ibu. Kenangan yang amat bermakna dalam hidup mama. Kemudian lahirnya hafiy sebagai pelengkap hidup kami.

Inilah 3 orang askar harapan mama untuk menjaga dan membela nasib mama bila mama tua nanti. Jika ditakdirkan berjauhan, semoga mama akan sentiasa dekat di hati diorang.

Buat hazim, hadif dan hafiy.. ketahuilah mama amat menyayangi korang bertiga. Koranglah harta mama dunia dan akhirat.

Saturday, April 25, 2015

Pizza Hut

Hari ni kuar dating ngan boyfren mama. Plannya nak ke sg buloh mall. Nak cari kedai fon sebab nak repair fon papa. Bateri wat hal bila caj x masuk2.


Budak bambam kena tinggal ngan cikla. Ciknik cakap bambam muka takde perasaan. Sama jer reaksi muka sepanjang masa.


Nak gi sg buloh jer pun tapi siap kena benti petronas. Bf nak berak la pulak. Baru kuar rumah dah mencari toilet. Sebelum keluar melantak nasi lemak dulu tadi.


Sedihnya fon samsung s4 tu kalau nak repair kena bayar rm500 sebab board dah rosak katanya. Bukan masalah bateri atau charger. Memang tidakla nak bayar mahal2. Baik beli baru jer.

Untuk mengubat hati yang lara, moh la kita meriangkan perut kat pizza hut. Order set untuk berdua. Barulah romantik makan sharing suap menyuap ngan bf.

Set ni ada satu regular pizza dan pasta. Mama pilih sesame prawn spagheti. Sedap weih rupanya. Selama ni asyik oder carbonara jer. Tak berani nak oder benda lain takut rasa mengecewakan.

First time makan udang after beranak ni. Harap takde kesan apa. Risau gak takut gatal atau hafiy sensitip dengan seafood.

Pizza plak as usual hawaiian chicken la. Matikla berat badan naik balik pasni. Dok marathon makan sedap cover tempoh berpantang 2 bulan.

Friday, April 24, 2015

Cubic World

Lunch tengahari tadi mama ke cubic world. Melayankan tekak anak dara yang dah lama mengidam nak makan chicken chop.


Si dara, wani dan lala yang mengidam nak makan chicken chop. Mengidam mengalahkan pompuan mengandung.


Kat sini takde pilihan lain kalau nak makan western food. Cuma ada cubic world jer. Better la dari takde langsung kan.


Senyum meleret ha dapat makan yang diidamkan. Diorang ni kalau pregnant nanti tak tau la camna gaya mengidamnya.


Wani dan lala makan grilled chicken chop and spaghetti with blackpepper sauce.


Mama plak makan grilled chicken chop with lemon sauce. Sedap sos tu. Lemak2 masam rasanya. 

Thursday, April 23, 2015

Ali Rojak Dan Cendol

Hampir petang barulah setel semua urusan. On da way balik, singgah kat ali rojak dan cendol kat roundabout puncak alam.

Pekena cendol ketika cuaca panas terik sesuai sangat. Makan lak bawah pokok dengan angin sepoi2. Macam digam2 jer mata.

Papa ni dah gian la tu sebab masa mama pantang dia pun ikut pantang sekali. Dah lama tak minum ais.

Bila dah dok sini macam tak syok plak makan cendol sesaja. Orderlah rojak sebagai penyedap tekak.

Boleh tahan la rasa rojaknya. Makan tak muak. Memang serasi bersama dengan cendol tu.

Nasi Mmanggey

Mmanggey bukan vanggey. Mmanggey dalam bahasa kelantan maksudnya memanggil manggil. Jadi bila makan tu kita rasa macam memanggil2 jer nak gi makan lagi.

Baru ahad lepas gi makan kat warung kita, hari ni papa ngajak ke sini lagi. Tapi kali ni dating berdua jer ngan papa. Gi makan pun awal gila, pukul 11 dah terpacak kat sini.

Semuanya sebab nak mengelakkan beratur panjang. Kena pergi before lunch hour. Kalau tak merasalah bersesak2 beratur panjang. Waktu ni orang tak ramai. Siap boleh pose lagi masa beratur.

Warung kita ni memang luas. Ada 3 seksyen tempat makan. Ada yang bumbung asbestos, bumbung nipah dan pangkin makan bersila. Pastu ada disediakan basikal dan mainan beroda tu untuk budak2 main.

First time tu kami dok kat area bumbung asbestos. Kali ni datang berdua bolehlah romantik2 makan bersila atas pangkin. Kat atas ni macam sejuk sikit sebab berangin sepoi sepoi.

Air kelapa satu baldi ni adalah bersamaan sebiji kelapa. Memang banyak airnya. Kembung perut nak menghabiskan. Next time kena beli satu, minum berdua. Baru lagi romantik.

Sengkak perut weih pagi ni. Dahla pagi tadi dah breakfast. Papa tak habaq nak gi makan sini awal2. Makan sambil duduk plak. Sesak nafas rasa penuh sangat perut.

Tak jelas plak menunya. Sini menu tak banyak. Cuma ada nasi mmanggey, nasi berlauk, nasi lemak ikan tongkol, coconut shake, abc oreo dan of course air kelapa baldi. Walaupun sikit jer menu, tapi semuanya killer menu.

Wednesday, April 22, 2015

Restoran Khyber Pass

Hari kedua training, kami jalan jauh sikit cari lunch. Apa yang mama perasan, kat sini banyak restoran berkonsepkan makanan arab.

Salah satunya restoran khyber pass ni. Tengok dari luar kedai macam ekslusif. Risau gak takut harga makanannya mahal. Tapi bila tengok menu, okla takde mahal. Harga standard bagi nasi arab.

Dekorasi kedai ni boleh tahan menarik. Cuma mama pelik kenapa tak ramai orang makan sini. Benda pertama terlintas difikiran, mesti makanan kat sini tak sedap.

Mama, nisa dan deja order chicken briyani set. Set ni termasuk dengan air. Boleh pilih samada sirap atau kordial oren. Kami bertiga sehati sejiwa pilih air sirap.

Set chicken briyani. Ada ayam masak briyani, salad, kuah dhal dan sos kaler putih. Mama tak pasti nama sos tu. Rasa macam yogurt. Nasi briyani ni plak sedap jer rasanya. Memang licin semua orang makan.

Mak yong ni jer yang makan lamb briyani. Taste orang mengandung ni lain macam skit. Wani pilih air oren. Makanan semuanya taste good. But tak faham kenapa tak ramai orang. Maybe penduduk sini dah bosan makan nasi arab.