Last check point sebelum kami meninggalkan bumi cameron yang indah ni. Mulanya berhenti semata mata mencari toilet. Si kembar nak verak.
Selama ni lalu kat depan ni tak pernah nak berhenti. Sebab dari luar nampak macam chinese food court.
Rupanya kat belakang ada dunia tersembunyi. Tu la.. lain kali dont judge a book by its cover.
Di belakang food court ni macam2 lg ada. Nampak tak hydragea yang macam mama beli dah tukar kaler dari hijau ke biru.
Bunga kekwa macam2 kaler tengah berkembang dengan mekar.
Orange version. Geram jer rasa nak guling2 nyanyi lagu hindustan.
Eye cathcy..very bright pink. Mama selalu membayangkan bestnya kalau rumah dikelilingi bunga pelbagai warna.
Si kembar tak pandai nak menghargai bunga dan alam lagi. Yang diorang nampak just mainan.
Pokok markisa tengah lebat berbuah.
Saujana mata memandang. Lumrah manusia ni memang suka melihat benda2 yang indah kan.
Bukan setakat taman bunga, ada jugak kedai souvenier kat dalam ni. House of lavender namanya.
Bertepatan dengan nama kedai, semua barang yang dijual berasakan haruman lavender. Suka dekorasi kedai yang purplelish.
Kat tingkap kedai di tanam dengan pokok bunga. Owh.. feeling dok overseas.
Outside kedai disediakan bench buat pengunjung relax2 sambil menikmati udara yang sejuk dan segar.
Dinding yang kalerful. Kat belakang dinding tu macam ada construction tengah berjalan. Tak pasti pasni ada apa plak kat sebelah sana.
Percubaan mengambil potrait keluarga. Sampai sudah tak dapat gambar yang perfect sebab sorang pandang sana, sorang pandang sini.
Tak kisahla walaupun tak dapat gambar yang perfect, janji hidup mama dah perfect dengan kehadiran kalian berdua. Bye bye cameron. Till we meet again.