Friday, September 7, 2012

Belated Birthday Gift From Mama

Birthday anakanda berdua jatuh bulan puasa, which is budget time tu menjurus untuk persiapan raya jer. So after raya barulah mama terkedek-kedek nak beli present untuk diorang. Kali ni Hazim dan hadif berjaya mengepow mama hadiah yang teramat mahal...

Gara-gara konvoi raya, setiap hari diorang dok minta motor. Kesian plak tengok diorang. Sudahnya melayang RM500 semata-mata nak memenuhi permintaan buah hati mama ni. Huhuhu...duit tu dah boleh beli 3 ketul gold bar dah.

Tapi takpela, janji anak-anak mama happy. Mama sanggup buat apa sahaja untuk menggembirakan hati anak-anak mama. Cumanya, walaupun dah beli seketul sorang, kadang-kadang berebut jugak. Motor ni kaler lain-lain sebab takde yang kaler sama.

Tak tau la motor ni boleh bertahan sampai bila. Ikut kata aunty yang jual tu, boleh main sampai umur 8 tahun. Tapi, masih bernafaskah motor ni bila umur diorang dah 8 tahun??? Wait n see...

No comments:

Post a Comment