Thursday, September 27, 2012

Hardware Cafe

Minggu ni merupakan minggu terakhir Ina kat HRrunding. Bermula minggu depan, Ina akan bekerja di tempat baru. Alhamdulillah, rezeki Ina lebih murah kat company baru. Harap-harap rezeki kami kat sini pun akan lebih murah juga.

Jadi hari ni kami semua sepakat untuk lunch kat tempat yang special sikit bagi meraikan pemergian Ina. Kebetulan Mr B takde kat ofis sepanjang minggu, jadi dapatlah kami bergembira lama sikit. Hehehe..jangan tiru perangai ni ya.

Tempat yang dituju adalah Hardware Cafe yang terletak di Space U8. Kat Space U8 ni banyak choice western food plus lokasinya dekat dengan ofis kami. Sebelum ni kami tak pernah try makan kat sini walhal cafe ni dah lama buka. Mungkin sebab lokasinya kat tingkat paling atas, maka terlindung dari penglihatan kaki-kaki makan macam kami ni.

Mama jue yang suggestkan untuk lunch kat sini. Katanya Hardware Cafe ni pernah keluar dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan kat TV3. So, here we come. Apa salahnya mencuba makanan kat tempat baru. Kalau sedap, recommended. Kalau tak sedap, jawabnya ni yang pertama dan terakhirlah.

Kenapa nama Hardware Cafe? Sebabnya kat sebelah cafe ni ada kedai hardware. Owner cafe n hardware tu adalah orang yang sana. Nama-nama menu pun digabungkan nama makanan dengan nama perkasas pertukangan. Unik..

Dekorasi dinding cafe ni penuh dengan gambar makanan dan pelantar minyak. Apekehalnya gambar pelantar minyak kat dalam cafe ni? Kami siap interview owner tu. Rupanya husband dia kerja kat offshore. Patutlah banyak gambar pelantar minyak tu. 

Deretan pembasah tekak penyejuk perut kami. Diperkenalkan dari kiri adalah Hardware November (RM 6.40), Ice Lemon Tea (RM 3.60), 2 of Strawberry Pail (RM 5.90) dan Strawberry Staples (RM 7.90). 

Ini adalah Hardware Chicken Cheese Pasta (RM 14.90). Very thick n creamy rasa dia. Yang ni kena makan cepat-cepat sebab kalau dah sejuk tak sedap.

This is Hardware Bologneis Meat Ball (RM 14.50) yang diorder oleh orang yang diraikan, Ina. Sedap gak rasanya. 

Ini plak Salmon Fish Grill (RM 18.80). Kalau ikan-ikan ni of course Kak Hanim punya makanan la. Dia tu memang hantu makan ikan dan yang penting makanan tu mestilah tak pedas. Yang ni pun sedap.
 
Me n mama jue plak order BBQ Combo Chicken & Beef Rib (RM 24.50). Haaa..tengok badan la kan...mestilah order makanan yang portion besar. Ayam tu biasa jer rasanya tapi beef rib tu sedap. Manis-manis rasanya, sesuai dengan tekak mek kelate mama ni.



Overall, makanannya sedap kat tekak mama. Cuma pada pendapat mama, diorang kena improve dari segi masa penyediaan. Sebabnya kami terpaksa tunggu lama barulah dapat merasa makanan.Ini bukan nak kondem ke apa, cuma bagi pendapat yang ikhlas.

Thursday, September 20, 2012

Si Kembar Cherry Berry

Salam uolss...hmmm...dah lama gila mama tak bebel kat sini. Bukan apa...kebizian dan kemalasan melanda. Bizi dok translate report dari melayu nak diomputehkan. Pastu starting this week plak mama kena take over projek opismate yang tengah maternity leave. Bila amik projek orang ni paham-paham jer la..banyak benda yang kita nak kena study. Banyak benda yang tak faham. Tapi slowly la mama belajar. Nak tolak, bos yang suruh. Karang kalau menolak x psl2 dapat love letter suh benti kerja plak...

Masalah tempat kerja satu hal..tambah lagi dengan masalah anak-anak. Sepanjang minggu lepas mama memang tak cukup rehat. 2 kali amik 1/2 day sebab pengasuh call cakap Rayyans muntah-muntah, cherry berry. Susah hatinya mama bila anak-anak sakit. Mula-mula Hazim yang kena. Kul 3 pagi dia muntah. Then pagi selasa mama nak gi kerja tu dia dah start berak-berak. Habis tilam kena basuh n jemur coz mama tak sempat nak pakaikan pampers.

Pas 2 hari jangkit kat Hadif plak. Bila Hazim sakit mama boleh bertahan lagi, tapi masuk bab Hadif ni mama surrender. Hadif bila sakit mula dia merengek memanjang. Pastu ubat takmo makan. Setiap apa yang masuk dalam mulut mesti muntah balik, even air suam semata. 

Kesian anak mama..habis cengkung. Tiap-tiap hari ulang alik gi klinik. Try different klinik kot-kot ada kesan. Tapi hampagas. Last-last doktor bagi surat refer ke hospital..suspected rota virus dari air paip. Haiii...rasanya mama tak pernah bagi diorang minum air mentah. Tapi kalau dah nak terkena penyakit, redha jer la. Sempatlah melepak satu malam kat hospital, masuk air 2,3 botol. Harap-harap pasni anak-anak mama sihat la hendaknya dan dijauhi dari segala penyakit.

Friday, September 7, 2012

Belated Birthday Gift From Mama

Birthday anakanda berdua jatuh bulan puasa, which is budget time tu menjurus untuk persiapan raya jer. So after raya barulah mama terkedek-kedek nak beli present untuk diorang. Kali ni Hazim dan hadif berjaya mengepow mama hadiah yang teramat mahal...

Gara-gara konvoi raya, setiap hari diorang dok minta motor. Kesian plak tengok diorang. Sudahnya melayang RM500 semata-mata nak memenuhi permintaan buah hati mama ni. Huhuhu...duit tu dah boleh beli 3 ketul gold bar dah.

Tapi takpela, janji anak-anak mama happy. Mama sanggup buat apa sahaja untuk menggembirakan hati anak-anak mama. Cumanya, walaupun dah beli seketul sorang, kadang-kadang berebut jugak. Motor ni kaler lain-lain sebab takde yang kaler sama.

Tak tau la motor ni boleh bertahan sampai bila. Ikut kata aunty yang jual tu, boleh main sampai umur 8 tahun. Tapi, masih bernafaskah motor ni bila umur diorang dah 8 tahun??? Wait n see...

Saturday, September 1, 2012

15 Syawal

Pagi ni check handfon tengok ada dua sms. Satu dari En Zul jemput mama beraya kat umah dia. Sms lagi satu dari aunty tasya, tanya nak pergi tak ke open house en zul tu. Hmmm..bosan gak cuti 3 hari ni tak kemana-mana. 

So mama set plan dengan aunty tasya nak beraya ke rumah en zul coz mama tak tau jalan nak ke kajang. Aunty tasya ada GPS, so confident skit. Call mama jue ajak konvoi sekali, fon plak tak berangkat. 

Mama n aunty tasya plan jumpa kat tol bt 3 pukul 12 tghari. On da way tu, mama jue call n cakap nak join sekali. So weols tunggu la ketibaan mama jue sekeluarga kat tol bt 3. Then baru konvoi 3 biji kereta ke rumah en zul kat Taman Taming Impian, Kajang.

Sampai jer umah en zul, tanpa membuang masa kami terus menjamu selera. Antara hidangan istimewa, satay, sup tulang, rendang daging, sambal sotong, nasi impit, ayam goreng berempah, mihun goreng, nasi putih pun ada. Kenyang la makan sebab masing-masing belum makan tengahari lagi.

Lepas makan sembang ngan tuan rumah (sambil mulut masih mengunyah). Tuan rumah yang pakai baju coklat tu. Haishh mata pejam lak. Terpaksa letak gak gambar ni sebab ni satu-satunya gambar yang ada muka tuan rumah. Yang lain semua muka pengketedarah.

Gambar food langsung tak sempat nak snap. Masing-masing sibuk melayan selera. Habis makan baru teringat nak buat keluar kamera. So yang ada gambar posing mosing kami jer la yer.

Lama jugaklah dok melepak umah en zul sebab masing-masing takde hala tuju. Tetiba mama jue keluarkan cadangan nak beraya ke rumah sepupunya kat semenyih. Alang-alang kami dah kat kajang, dah dekat sangat nak ke Semenyih. Masing-masing setuju jer nak konvoi beraya ke sana, walhal tak kenal pun sapa sepupu mama jue tu.

Sebelum beransur, sempatlah berbuaian dulu kat depan umah en zul ni demi melayan permintaan anak-anak. Waaa...kalaulah buai tu boleh berkata-kata..mesti tengah menangis dek keberatan makhluk-makhluk yang menumpang kat atasnya.

Inilah aunty sue, sepupu kepada mama jue tuan rumah kedua kami beraya hari ni. Cantik sangat rumah aunty sue ni. Berkenan mama dengan decorationnya.**verangan nak ada umah camni jugak**

Si Rayyans plak asyik dok main ngan motor dan kereta anak aunty sue. Sampai nangis berebut kereta dengan Afif. Sib baiklah anak aunty sue takde kat rumah. Kalau tak jangan haraplah nak conquer mainan orang.

Tapi nasib baik juga ada mainan-mainan ni. Diorang kusyuk main, tak kacau mama. Dapatlah mama bersembang dan makan dengan tenang.

Suka laki bini dapat makan. Almaklumlah, jarang dapat peluang gini. Selalunya sibuk dok menengok anak yang aktif semacam. Best gak beraya dapat makan karipap dan mee goreng. Pekena plak teh o madu suam...fuhhhh....

Masing-masing dah buat macam rumah sendiri dah. Hehehe..selesa betul suasana kat sini. Tuan rumah pun ramah jer melayan kami.

Lama jugaklah kami melepak kat sini. Sampai Rayyans menjerit tak nak balik sebab sayang nak tinggalkan mainan yang ada kat sini. Next location adalah ke rumah kakak ipar aunty tasya kat putrajaya lak. Best jugak sekali sekala buat gila, konvoi beraya ke rumah orang yang kita tak kenal.