Akhirnya hari yg ditunggu2 oleh warga HRrunding tiba jua..KK here we comes. Kain baju 2 hari lps dh siap packing...excited la katakan. weolsz satu ofis dh plan awl2 untuk pakai baju sedondon, kaler purple. so masing2 sibukla dok mencari baju purple. Our flight to KK at 6.45 am....so we need to be at the lcct by 4.30. OMG...kul brapa nak kene bangun ni??? hahhahaha..KK punya psl, kul 3 pg pun sanggup bangun.
Rayyans yg dh bersiap sedia @ 3 am
Percutian weolsz kali ni diuruskan oleh UNS travel...so Mr B just keluarkan duit n xyah pening2 kepala nk pikir aktiviti kat sana. semua dh diuruskan oleh team leader, ms Mas Sultan. masa weolsz sampai kat lcct, mas sultan dh sampai dulu...coz dia nak kene uruskan soal tiket n urusan check in.
Rayyans with mas sultan
by 530...semua org dh sampai. so weolsz terus dgn aktiviti check in
tengah menunggu urusan kaunter diselesaikan
after everything semua settle, bersediala weolsz untuk terbang. Rayyans at first very excited tengok kapal terbang. This is their 1st experience naik belon besi ni. actually mama sedikit bimbang bila fikir pasal hadif. coz hadif ni nampak jer ganas tp ade certain things yg mcm dia fobia..contohnya masuk lif. so....mmg mama risau sgt...betulla apa yg mama dok risaukan, memang hadif meraung kt dlm flight. bila plane tu stat jalan dh nmpk muka dia semacam dh..dh stat kluar suara2 merengek. sekali bila flight take off jer trus melalak..satu flight dengar. lama gak la hadif dok nangis. adala dlm sejam lebih. las2 hadif tertido..syukur.
papa tengah berusaha menenangkan hadif.
lain plak kisahnya ngn Hazim. sikit pun tak takut dlm flight. siap bleh jalan2 lg. sib baikla hazim ok. kalau dua2 melalak tak tau la mcm mana. naik risau dibuatnya bila tengok hadif menangis sampai mengigil2 badan. syukur nothing bad happens masa kat dlm flight tu. After 2 jam stgh baru weolsz tiba kt airport KK. ni la jangka masa 2 jam yg paling lama mama rasa...mcm sehari jer. mama risau takut hadif bangun tido n sambung nangis lg. Setibanya weolsz kat KK, wakil UNS travel dh tunggu kami kat sana. Then weolsz terus punggah barang masuk mini bas yg disediakan untuk weolsz.
1st place yg weolsz pergi adalah masjid negeri...benti sekejap jer untk take photo. Ada yg mls turun dari bas sbb cuaca agak pns kat sini. Then weolsz terus ke bangunan tun mustapha...antara tempat yg biasa org lwt bila dh sampai KK ni. tp disebabkan cuaca yg panas terik..n hadif yg mood tak berapa nk ok, mama n papa x turun. we jus loook2 bangunan tu dr dlm bas jer.
Tun Mustapha building dari kejauhan
Disebabkan time check in @ 3pm, so kami ade byk masa lg untuk pusing2 sekitar bandar KK. sementara warga lelaki gi semayang jumaat weolsz pusing2 kat filipino market. sempatla grab beberapa utas rantai tangan untuk souvenier. nk memilih2 sgt x dpt coz Rayyans pun sama sibuk gak memilih...
nak bershopping beria xde kesempatan coz Rayyans ni amatla lincah. Nak biar diorg jalan sindri, asyik hilang jer. Nak x nak, mama n papa terpaksa dukung Rayyans yg berat 13 kg setiap satu ni. naik berketul rasa lengan mama ni. Disebabkan x dpt nk bershoping sakan, weolsz org yg pertama sampai kt bus stop. bas pun xde lg...so lepak2 jer la tgok lalulintas kat KK. Filipino market ni betul2 kat tepi laut..cuaca agak pns tp berangin. tu yg buatkan hazim tido lena kat pangkuan mama. yg hadif plak baru dpt mood. sibukla dok berjalan kehulu kehilir..terpaksala papa dok ngejar mamat sorg nih.
Bila tgok gambar ni hampir menitis air mata mama....dh besar dh anak mama ni. cara jalan mcm org dewasa.
tak lama pastu baru la nampak ahli2 majlis yg lain. msg2 dh bershoping berbonjot2. then, baru weolsz check in kat hotel shangri la. walaupun bukan hotel 5 bintang tp bilik dia agak luas dan selesa.
Rayyans tengah sibuk mengemas bilik. Petang ni weolsz takde apa2 aktiviti. Mmg purposely kosongkan aktiviti sebab weolsz semua nk berehat n amik peluang ganti tido. Mama n papa x sempat pun nk tido sbb dok melayan Rayyans yg asyik dok membuka laci.
Malam plak weolsz dinner kat restoran nelayan yang menyajikan persembahan kebudayaan sabah n persembahan 1 malaysia. bg mama, persembahan yg paling menarik adalah tarian kebudayaan suku kaum murut.
menu dinner amatla menyelerakan...mcm2 jenis seafood diorg sajikan. ini jer gmbr makanan yg sempat disnap coz masing2 kusyuk menjamu selera. dh selesai menjamu selera, weolsz amik peluang bergambar ngn penari2 kebudayaan kt sini.
then, weolsz semua blk hotel. mana2 ahli majlis yg masih muda remaja tu siap kluar blk..ade yg gi pasar malam..ade yg tengok wayang....mama n papa jus dok rehat2 kat bilik...tido awl coz esok nk kne bangun awl...aktiviti esok hari amatlah pack..so tido n rehat nk kene cukup. baru ada stamina nk jln2 sambil dukung Rayyans.
No comments:
Post a Comment