Sayu sungguh hati ini bila bangun dari tidur terus terdengar takbir raya kat dalam tv. Mama terus kejutkan papa untuk bersiap2 n menunaikan solat sunat aidilfitri. Bila mama pandang papa, kelihatan wajah papa sungguh sayu. Dah lama papa menyambut raya tanpa kedua ibu bapa di sisi. Ini tahun kedua kami beraya berempat....bermakna sudah dua tahun papa beraya bersama keluarga baru....sebuah keluarga yang lengkap. Sekurang-kurangnya papa dapat melepaskan kerinduan kepada mak ayah tercinta bila memandang wajah kedua ibu bapa mertua...iaitu mek & ayah.
Setelah papa ke masjid, mama amik peluang untuk menyiapkan anak2 teruna mama. Tahun ini kami berpakaian sedondon kelabu...termasuk mek & ayah, cikla n paksu.
Sesudah solat aidilfitri, baru la berlangsung acara wajib..iaitu bermaaf-maafan sesama keluarga. Tahun ni amat bermakna kerana semua adik beradik dapat berkumpul bersama.
Memohon ampun & maaf daripada ayah & mek ats segala salah silap mama selama ni
semoga papa dapat meleraikan kerinduan kepada mak & ayah bila mencium tangan mertua
adik beradik yang lain menyusul bermaafan dengan mek & ayah
diakhiri dengan adik paling bongsu..paksu mat
Mohon ampun & maaf jika selama mama menjadi isteri kepada papa, andai ada mama menyakitkan hati papa, andai ada mama mengabaikan tanggungjawab terhadap papa, andai ada kelakuan mama yang mengguris hati papa..mohon dihalalkan segala makan minum mama..
syukur Ya Allah di atas kurniaMu padaku...sungguh sempurna keluarga yang Kau berikan kepadaku
My beloved
Cik la with ayah & mek
Future bride & bridegroom..InsyaAllah
Mak Long sekeluarga...tema hijau
Mama n 3 heroes
Keluarga besar kami
Nenek sebelah mek
Dah hbs bermaafan sesama sendiri..anak2 buah seronok mengumpul duit raya, tibala masa untuk kami beraya ke rumah atuk & nenek. Kami ke rumah nenek sebelah mek dulu..coz umah lebih dekat..nenek mama dah tinggal sorang..tok ayah dah 2 thn meninggal. then baru kami ke rumah nenek belah ayah yang kami panggil su. su pun dah tinggak sorang coz tok ayah pun dah lama meninggal...
Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia
Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku cuba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa
Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya
Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan
No comments:
Post a Comment