Dari bukit aman, kami heading to puchong. Perjalanan agak jauh plus papa x biasa dengan area puchong. Yang pastinya kami telah tersesat jalan..hampir 5 jam perjalanan baru kami jumpa rumah ninie...sedih betul. Masa kami sampai tetamu dh berkurang...ditambah dengan hujan.
ketibaan vip ketika majlis dah hampir tamat
Rayyans excited bila nampak belon n topi ni
Selepas makan n chit chat sekejap dgn tuan rumah, kami minta izin undur diri coz ada undangan open house yang kami perlu hadiri. On da way back..jalan teramatla jammed. Maybe semua orang kat shah alam n kl keluar memenuhi undangan open house. Rayyans pun dah mula meragam...maybe tak selesa sebab seharian dalam kereta. Jd kami terpaksa menolak undangan open house zeta seliman. Sorry ye cik zeta, kami terpaksa kensel las minit coz jalan yg jammed n my kids dah meragam. Next year insyaAllah ada umur..ade rezeki kami datang.
Arini kami dapat 3 jemputan..tak tau sempat ke tak untuk hadir semua jemputan yang kami dapat. Jemputan pertama adalah perkahwinan anak sedara papa, Iwan kat Bukit Aman. Kemudian kami akan ke birthday party Sasya (ninie's daughter) kat puchong. Malam plak kami ade jemputan rumah terbuka kat rumah aunty Zeta kat PJ.
Tengahari kami ke majlis perkahwinan iwan dulu. Masa kami sampai kat dewan, dah ade ramai tetamu yg tengah menjamu selera. Sedara mara papa pun dah ramai yang sampai. Papa amik kesempatan untuk kenalkan mama & Rayyans kepada kaum keluarga yang x pernah kami jumpa. Kebetulan masa kami sampai, aunty jamaliah sekeluarga pun baru sampai. Jadi, kami duduk semeja n makan bersama. Papa & mama seperti biasa terpaksa gilir2 makan n jaga Rayyans.
mama with anak sedara, emy & ena
Rayyans with aunty jamaliah n sepupu
Hadif tarik apa tu..putus karang rantai kak emy tu..(sbnrnya Hadif cuba nk gigit rantai tu)
Hazim plak dukung ngan sis ena..sib baik ade yg bleh tlg pegang..dptla mama mkn nasi kenduri arini
Dah habis makan kami amik kesempatan mengabadikan kenangan bersama pengantin
Mama & Rayyans with aunty Jamaliah
Pengantin lama with pengapits
Kami tak dapat nak stay lama coz bergegas untuk ke puchong menghadiri birthday party sasya. Kepada iwan & aishah, selamat pengantin baru maksu & paksu ucapkan. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu.
Minggu ni berderet jemputan open house yang mama terima. Arini plak bila amik Rayyans petang td, pengasuh jemput kami datang makan. Open house kecil kecilan untuk jiran2 terdekat. Sudahnya, mama n papa x jadi amik Rayyans. Kami terus balik umah n mandi n solat dulu. Masa kami pergi balik kat umah pengasuh, jemputan lain tak sampai lagi (kata kami ni jiran sebelah..tentula sampai awal). Tak mau tunggu lama2...kang sejuk plak makanan ye dak? so kami makanla dulu sebelum orang lain sampai..hahaha..leh makan byk2 (gile busuk ati).
mama with 3/5 dari anak2 pengasuh : aidil, irfan & aiman
Aidil & Irfan
Aiman & Syakirin
Hadif memang manja sangat ngan Irfan..walaupun mama ada, dia still nak menyusu atas riba irfan
Raya kelima jiran sebelah umah kami melangusngkan perkahwinan anak perempuan sulung mereka, Ida. jadi, sebagai jiran terdekat kami adik beradik hadir untuk memeriahkan suasana. Tema persandingan Ida adalah warna merah. Kami tak lepas peluang untuk bergambar bersama pengantin.
Kami sekeluarga bergambar bersama pengantin
Mama, papa & Rayyans plak bergambar bersama pengantin
Ciknik amik berkat pengantin..semoga ciknik pun cpt2 sampai jodoh
Cikla pun tumpang amik berkat gak ni..next turn cikla plak bersanding
2 anak dara cik Faridah ni pun tak nak ketinggalan..baju matching tu ngn pengantin
Dah puas bergambar barula kami turun makan kenduri. Selamat pengantin baru mama ucapkan untuk ida dan suami. semoga berbahagia dan cepat2 dapat zuriat.
Kami sekeluarga mengambil peluang untuk berkelah sambil mandi manda kat pantai bisikan bayu, dalam rhu. Ini adalah agenda tahunan kami sekeluarga apabila dapat berkumpul ramai2. Venue perkelahan akan bertukar setiap tahun...bergantung kepada masa dan cuaca.
mama x mandi pun coz Rayyans kecik lg. Mula2 dok kat tepi pantai jer.
Mana tahan asyik dok tengok org lain jer mandi..las2 cecah la jugak kaki kt dlm air
kebetulan sekarang ni musim remis. Dah satu hal plak masing2 excited gali pasir dok cari remis. Banyak jugak kami dapat..siap boleh wat lauk makan malam lg.
sementara kami sibuk dok mencari remis..yg lain2 kenmain enjoy kat dlm laut. Hati2 deq non ombak kuat tu..jgn pi tempat dlm2 sgt.
3 ketul anak dara yg kat depan tuh dah kesejukan.
Seronok sungguh bila dapat berkumpul mcm ni. Walaupun tak dapat nak mandi manda sekurang kurangnya happy sebab dapat meluangkan masa bersama keluarga. Bersama keluarga adalah perkara terindah dlm hidup seorang wanita yang telah berkeluarga.
Sayu sungguh hati ini bila bangun dari tidur terus terdengar takbir raya kat dalam tv. Mama terus kejutkan papa untuk bersiap2 n menunaikan solat sunat aidilfitri. Bila mama pandang papa, kelihatan wajah papa sungguh sayu. Dah lama papa menyambut raya tanpa kedua ibu bapa di sisi. Ini tahun kedua kami beraya berempat....bermakna sudah dua tahun papa beraya bersama keluarga baru....sebuah keluarga yang lengkap. Sekurang-kurangnya papa dapat melepaskan kerinduan kepada mak ayah tercinta bila memandang wajah kedua ibu bapa mertua...iaitu mek & ayah.
Setelah papa ke masjid, mama amik peluang untuk menyiapkan anak2 teruna mama. Tahun ini kami berpakaian sedondon kelabu...termasuk mek & ayah, cikla n paksu.
Sesudah solat aidilfitri, baru la berlangsung acara wajib..iaitu bermaaf-maafan sesama keluarga. Tahun ni amat bermakna kerana semua adik beradik dapat berkumpul bersama.
Memohon ampun & maaf daripada ayah & mek ats segala salah silap mama selama ni
semoga papa dapat meleraikan kerinduan kepada mak & ayah bila mencium tangan mertua
adik beradik yang lain menyusul bermaafan dengan mek & ayah
diakhiri dengan adik paling bongsu..paksu mat
Mohon ampun & maaf jika selama mama menjadi isteri kepada papa, andai ada mama menyakitkan hati papa, andai ada mama mengabaikan tanggungjawab terhadap papa, andai ada kelakuan mama yang mengguris hati papa..mohon dihalalkan segala makan minum mama..
syukur Ya Allah di atas kurniaMu padaku...sungguh sempurna keluarga yang Kau berikan kepadaku
My beloved
Cik la with ayah & mek
Future bride & bridegroom..InsyaAllah
Mak Long sekeluarga...tema hijau
Mama n 3 heroes
Keluarga besar kami
Nenek sebelah mek
Dah hbs bermaafan sesama sendiri..anak2 buah seronok mengumpul duit raya, tibala masa untuk kami beraya ke rumah atuk & nenek. Kami ke rumah nenek sebelah mek dulu..coz umah lebih dekat..nenek mama dah tinggal sorang..tok ayah dah 2 thn meninggal. then baru kami ke rumah nenek belah ayah yang kami panggil su. su pun dah tinggak sorang coz tok ayah pun dah lama meninggal...
Ini tahun kedua mama beraya bersama papa n Rayyans di sisi...syukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan mama kesempatan untuk menyambut raya bersama keluarga tercinta. Sambutan aidilfitri tahun ni jugak amat bermakna kerana semua ahli keluarga mama dapat berkumpul bersama menyambut 1 Syawal. Seperti biasa, raya takkan meriah tanpa bunyi mercun (kami main yg biasa2 jer..bukan meriam buluh yer)...cuma Hadif jer yang dapat peluang main mercun. Hazim plak tengah tidur...xde rezeki nak main. Xpe..tahun depan ada lg...kita main sama2 k..
Mula2 Hadif tengok jer mama main bunga api
pastu pandang mama...mintak nak pegang sendiri
tu dia..kenmain lg pandang bunga api tu
kakak mierah n kak uween pun mula2 takut2 lg
pastu...cuba tengok stok bunga api kat tangan tuh
uncle is plak ajar main cucuk dalam pasir dulu..mcm2
seronok sangat bila adik beradik semua dapat berkumpul...dh habis main bunga api baru masing2 masuk dapur tolong nenek siapkan juadah pagi raya..
Rayyans dah mula bertatih dan berani lepas tangan. Rasanya boleh dikira agak lambat juga Rayyans baru dapat kaki. Sesetengah baby lain masa umur 10 - 12 bulan dah pandai jalan. Tapi anak mama umur 13 bulan baru belajar nak melepas tangan. Kata orang2 tua jika baby keluar gigi dulu (Rayyans tumbuh gigi masa umur 4 bulan) maksudnya baby tu akan lambat dapat kaki.
Rayyans juga makin panjang akal...especially dalam bab panjat memanjat. Dua beradik ni sanggup bekerjasama asalkan dapat apa yang dihajati.
bekerjasama menolak bangku semata-mata untuk panjat masuk dalam baby cot..sekali terkantoi ngan mama...maka terhalangla cita2 nk masuk dalam tu.
Yang ni plak tolak kerusi meja makan untuk panjat pagar kat tangga. Konon mama x nampakla tu apa yang diorang buat..padahal bunyi diorang tolak kerusi satu puncak alam bleh dengar.