Monday, June 23, 2014

Terengganu : Aziz Satar

Last pitstop, kami singgah di warung satar yang paling popular di Kemaman iaitu Warung Aziz Satar. Warung ni takde kena mengena dengan pelakon aziz satar tu.

Warung Aziz Satar terletak di Kg Geliga, Kuala Kemaman. Kat sini banyak lagi gerai2 yang menjual satar tapi ramai yang review satar kat sini yang paling sedap.

Selain satar, ada lagi makanan lain macam nasi campur, masakan panas dan pelbagai jenis keropok. Fokus utama kami nak makan satar. Jadi food lain kami tak jeling.

Nampak tak berpinggan-pinggan satar kami beli. Sini pakai sistem layan diri. Kena order, tunggu dan amik sendiri kat kaunter pembakaran satar.

Seriously, memang terbukti sedap satarnya. Cukup lengkap rasa manis, masin, pedas. Yang penting isi ikan, bukan campur kelapa or whatsoever. Isi ikan tu pun fresh. Mama pernah terkena makan satar lidah gatal2 sebab ikan tak fresh.

Selain satar, ada jugak otak-otak dan pais. Otak2 tu ok la tapi pais tak kena dengan tekak mama. Rasa sambal tu macam tak masak.

Bagi kakak2 rayyans, ini kali pertama diorang makan satar. So far, takdelah janggal rasanya. Diorang pun suka makan satar ni. Siap tapau lagi bawak balik kl.

Alhamdulillah, lepas mengidam nak makan satar sedap. Lepas ni andaikata balik kampung bolehlah buat2 tersesat ke kemaman, syurga makanan.

Terengganu : Kedai Kopi Hai Peng

Bila sampai kat chukai, kemaman kami singgah kat kedai kopi hai peng. Kedai kopi ni agak femes kat kemaman. Lokasinya kat jalan sulaimani.

Bangunan kedai kopi hai peng betul2 kat tepi jalan. Parking kereta kena jauh skut, seberang jalan. Parking berbayar ye kat sini.

Hai peng kopitiam...teringin nak cuba sebab baca review ramai yang cakap sedap kopinya. Adakah sesedap seperti yang digembar gemburkan tu.

Selain kopi hai peng, ada gak menu lain. Macam2 air ada, tak terhad kepada kopi semata.

Pilihan makanan pun banyak juga.

Walaupun orang ramai, servis agak pantas. Kami tak dapat seat kat dalam kedai. Seat kami kat tepi kedai yang dah diextend bumbungnya.

Kaya bun, wajib order jika makan kat kopitiam.

Pelbagai perisa ice blended.

Papa jer yang minum kopi. Mama memang sejak azali tak minum kopi. Tekak tak boleh terima rasa pahit.

Nak lebih sedap kopi tu kenalah minum cara klasik. Tuang semua air kopi dalam piring. Volume piring ni didesign sama dengan cawannya.

Then hirup air kopi dari piring. Amacam.. ada bran minum style orang lama-lama?

Terengganu : Restoran Lempeng

Kalau travel dari kuala terengganu ke marang ikut jalan pantai akan jumpa restoran lempeng kat belah kiri jalan besar.

Signboard restoran betul2 kat tepi jalan. Specialty menu kat sini of course la lempeng. Menu lain pun ada gak macam nasi campur, nasi dagang dan masakan panas.

Kat tepi kedai ada kolam ikan siap jambatan. Rayyans bertunggu tepi kolam jer la. Ajak makan pun takmo.

Kat belakang kedai ni plak adalah pantai. Kalau petang sure best lepak tepi pantai sambil makan lempeng. Tapi memandangkan kami datang tengahari, tak dapat nak menghayati pantai sangat.

Bila makan sini harus cuba air nenas susu. Kat tempat lain takde tau. Best. Jus nenas pure rasa masam2 nenas dan manis susu.

Lempeng kelapa ni boleh pilih samada nak makan dengan kari, susu pekat manis ataupun aiskrim. Kami pilih makan dengan kari ayam.

Then papa order sotong dan udang celop tepung gak. Haish...makan jer kejenya. Rugilah kalau datang teganu tak makan seafood fresh.

Disebabkan pagi tadi dah makan 2 round, makanya kami cuma makan lempeng jer. Hajat hati nak merasa nasi dagang gak tapi perut rasa dah full sangat.

Terengganu : Pasar Payang

Last day kami kat kuala terengganu. Selepas breakfast, kami terus check out. Ada beberapa tempat lagi yang kami nak singgah.

Si kembar kalau kemana-mana tak lepas dari mainan. Zirafah ni beli kat gerai tepi kedai binatang celop tepung petang semalam.

Sebelum bertolak balik, kami ke pasar payang dulu. Tak lengkap kunjungan ke terengganu kalau tak ke pasar payang.

On da way ke pasar payang, singgah kat waterfront dulu. 


Cantik betul tempat ni sekarang. Sepanjang sungai ada pokok2 berlampu icity. Kalau malam meriah sangat.

Kat pasar payang sekali lagi kami isi perut. Saja la nak cari makanan selain dari mihun goreng dan nasi lemak.

Old time favourite, nasi air. Terimbas kembali kenangan di zaman persekolahan. Wajib makan nasi air ketika outing.

Pastu pusing2 pasar payang usha kain pasang nak wat baju raya. Meleleh air lioq tengok kain sutera shantik2. 

Tapi mengenangkan harga yang mahal, idokla teman nak beli. Plus dah tau mesti jarang pakai baju sutera sebab malas nak iron.

Then, kami ke area makanan. Haruslah tapau kuih2 tradisi sebagai bekal sepanjang perjalanan jauh balik ke puncak alam.