Saturday, January 12, 2013

Ayamas

Lunch hari ni bawa anak-anak ke Ayamas kat Saujana Utama. Balance voucher yang papa dapat masih berbaki 2 keping. Rugi plak kalau tak digunakan. (Alasan walhal voucher tu sah tempoh sepanjang tahun ni).

Kami amik set Ria Rooster yang berharga RM31.90. Kena tambah another RM11.90. Ayamas kat sini lebih berkonsepkan kedai serbaneka. Macam-macam produk ayamas, kfc dan yang seangkatan ada dijual kat sini.

Set Ria Rooster ni ada sekor ayam, 4 nasi dan 4 sup. Ayam tu kami pilih perasa blackpepper. Air plak tiada dalam set. Beli asing. Kat sini macam-macam jenis air depa jual.

Amik ko...sekor ayam makan 4 beranak. Konfirm la tak habis sekali makan. Tapau la kesudahannya.
 
Rayyans ni kalau makan mesti berulangkan air. Satu mulut nasi, pastu sedut air. Kalau tak dibagi air, nasi tu plak dikemamnya 45 jam tanpa telan. Dugaan betul dalam nak mengajar anak untuk makan.

Sekurang-kurangnya bila bagi air lajulah sikit diorang makan. Lunch kali ni masing-masing berjaya habiskan separuh dari nasi tu. Kira ok la..kalau tak bercinta nak suruh diorang ni makan nasi.

Pokok Cili Yg Byk Jasa

Pokok cili ni asalnya mama beli dengan harga RM5 sepokok. Masa beli memang pokoknya dah ada buah yang boleh dituai. Disebabkan kami kurang makan pedas, jadi buah cili tu dibiarkan mengering kat pokok jer.

Selepas 10 bulan, pokok cili ni masih hidup dan berbuah dengan lebat. Cumanya buah tak sebesar dulu. Dah makin mengecil dan terbantut tumbesarannya.

Dari hanya satu pokok, sekarang dah membiak jadi pokok-pokok dah (banyak la tu). Yang buat mama kagum, walaupun pokoknya masih kecil, dah keluar buah .

Hasil tuaian hari ni dapatlah sebekas cili. Jimat RM dari membeli kat Econsave. Mak tuai pakai gunting yer sebab tangan mak ni tak tahan kalau pegang cili. Pijar jer rasa. Tapi kalau makan takde plak perut rasa pijar.

Buah-buah cili tadi dah selamat diblend menjadi sambal belacan. Walaupun pokoknya kecil je, tapi rasa mak aihhh...pedas gila. Stok sambal belacan ni bleh tahan sampai 2 bulan kot kat dalam peti sejuk tu.

Penghuni Di Kebun Saya

Pagi ni nak buat aktiviti ringan untuk mengeluarkan peluh. Bercucuk tanam kat kebun kecil kami. Bukanlah nak menanam beria pun. Just nak transfer anak pokok ke pasu yang lebih besar. Nak tau siapa penghuni kebun kami?

Daun sup. Asalnya cuma lebihan mama letak kat dalam sup. Cucuk akar dia dalam tanah. Tak sangka hidup plak. Daun bawang yang dicucuk sama dah mati dah pun.

Lengkuas dan halia di dalam satu pasu. Confirm bergaduh siapa nak berisi lebih. Mama plan nak transfer tanam kat atas tanah direct. No more dalam pasu. 

Anak benih kacang bendi yang berumur sebulan. Sudah sampai masa ditransfer ke dalam pasu yang lebih besar. Kalau berbuahla semua pokok ni, muntahlah papa nak makan sorang-sorang coz mama tak makan kacang bendi.

Tetiba ada plak makhluk lain yang nak menumpang. Dah siap buat 'pondok kecil' dah kat tiang rumah kami. Cer teka ni pondok sapa?

Minta mahap la no...tak dapekla awak nak menumpang kek sini. Kami terpaksa meranapkan pondok kecil awak ya. Karang tak pasal-pasal tuan tanah kena sengah ngan tebuan. Bahaya tau sengatan tebuan ni. Boleh bawa mati.

Aktiviti berkebun di pagi hari tergendala sebab kehabisan tanah. Nampak gaya petang ni kena buat kunjungan hormat ke nursery. Ada chance mama nak tambah bloom kat kebun ni.

Tuna Croissant For Breakfast

Lama sungguh mama tak masak n breakfast kat rumah. Tiap kali cuti asyiklah breakfast kat luar je. Papa pun dah menyebuk bosan breakfast kat McD aje mengikutkan kerenah anak bujang.

Kebetulan semalam papa ada beli roti croissant. So pagi ni mama buatkan tuna croissant. Buatlah dua ketul for me n papa.

Beserta dengan telur half cooked 2 biji sorang.

Untuk Rayyans plak mama panaskan roti boom frozen. Beli kat pasar malam TTDI jaya. Satu peket RM6 kalau tak silap. 

Sukanya si bulat ni dapat makan roti canai. Siap tunjuk sign best lagi kat Hazim. Makan kenyang-kenyang yer, pas makan papa ajak berkebun. 

Friday, January 11, 2013

Girls Outing

Setiap minggu, hari jumaat adalah hari yang dinantikan. Jumaat lunch hour 2 jam. Sempatlah kami nak memanjangkan langkah during ofis hour tu. Last week dah menggedik kat tesco, shopping jubah. Tadi ke Space U8 plak. Saja jalan-jalan cuci mata sebab dah lama tak ke sini.

Sebelum ke sana, gegurls awal-awal lagi dah bincang tempat makan. Kali ni semua bersetuju nak makan dengan food court aje. Food court kat Space U8 terletak kat Level 1. Walaupun kat food court, mama tetapla mencari western food juga.

Kali ni mama n mama jue makan benda yang sama, set Mixed grilled. Portion dia memang besar, berpatutan dengan harga RM 25.

Dalam set ni ada sekeping chicken chop, 2 keping grilled lamb dan sebatang sosej yang besar. Side dish boleh pilih dua diantara buttered rice, coleslaw, french fries dan mashed potato. Sos dia plak boleh pilih samada nak mushroom, blackpepper or BBQ.

Ini set yang mama jue order. Mama jue pilih buttered rice, french fries dan blackpepper sos. Komen mama, memang berbaloi makan. Kenyang dan sedap. Harga tak mahal. Kebiasaannya kalau order lamb chop biasa pun harga dan berpuluh-puluh.

Cik eldiani makan nasi goreng kerabu. Nasi goreng ni bukan dari gerai yang jual western food tu yer.  Harga nasi goreng ni RM7.50. 

Tu dia Eldiani dah sinsing lengan nak berkungfu dengan nasi goreng. Komen dari Eldiani, biasa-biasa saja rasanya.

Mastura plak makan mee hailam, from the same booth dengan Eldiani. Komen dari Mastura, kurengg sedap. Maksudnya tak sedap la tu kot.

Lepas lunch kami round-round dulu sekitar foyer Space U8. Ternampakla booth urut kaki by orang-orang cacat penglihatan ni. Mama pun memang dah lama sangat tak urut kaki. Singgah la kejap urut kaki for 30 minutes, RM20.

Thursday, January 10, 2013

Myselera....Hati Tidak Perlu Runsing Lagi

Memang tidak dinafikan, sesapa yang kenal rapat dengan mama tahu yang mama ni kaki makan. Kat mana ada restoran yang baru buka, mesti mama akan ke sana untuk mencuba makanan yang dihidangkan. 

Tapi kadang-kadang hati ni ragu-ragu dengan status HALAL sesebuah restoran tu. Kalau restoran melayu mungkin akan rasa yakin sedikit. Tapi kalau restoran yang berkonsepkan kopitiam, kadang-kadang timbul keraguan dalam hati. Bila dah ragu-ragu, sah-sahlah tak boleh nak dimakan dah.

Sekarang mama tidak perlu runsing lagi memikirkan hal-hal sedemikian. Mama telah diperkenalkan dengan satu blog yang me'review' tempat-tempat makan yang menyajikan makanan yang sedap dan halal. Blog tersebut adalah Myselera. Memang kena namanya...kerana kena dengan my selera.

Banyak restoran-restoran halal yang disyorkan kat website ini. Lepas ni, jika buntu nak bawa mak ayah makan kat mana, boleh merujuk kat sini. Kalau tak pun bila nak celebrate hari special macam birthday ke, anniversary ke....masuk jer website Myselera. Confirm hati tak buntu dah nak mikior nak makan mana. Ye dak?

Cuma mama berharap agar Myselera dapat menambahkan lagi review-review tentang restoran halal di seluruh Malaysia. Kadang-kadang, bila mama pergi bercuti susah nak cari tempat makan. At least, kalau ada suggestion kat mana-mana website, mama dah boleh google awal-awal sebelum pergi bercuti. Jimat masa dan tenaga nak mencari tempat makan nanti. Hati senang, perut pun kenyang.

Kepada Myselera, mama ucapkan tahniah di atas usaha murni anda semua untuk mengumpulkan maklumat tentang tempat-tempat makanan halal kat Malaysia ni. Semoga inisiatif Myselera mendapat keberkatan Allah.

Wednesday, January 9, 2013

Big Apple

Sekarang kalau teringin nak makan donut big apple mama tak perlu bersusah payah ke SACC dah. Kat giant dah buka satu lot kedai jual big apple donut, berdepan dengan food court dalam giant tu. Kat sini pilihan donut dia tak semeriah kat SACC. Tapi bolehlah daripada takde kan.

Lepas makan KFC, memang purposely gi cari donut. Rayyans suka makan donut-donut big apple ni. Nampak tak dua tangan gebu tu. Belum sempat mama nak gedik-gedik amik gambar, diorang dah chop dulu.

Dah jadi muncung itik mulut Hazim suh mama cepat-cepat makan. Suka mama tengok bila Rayyans ni makan berebut. Masing-masing makan 2 ketul sorang.

Makan Free

Nan hado la orang nak bagi ko makan free jamang ni. Usahkan nak makan, hafta nak masuk toilet pun berbayar. Istilah free ni sebab makan guna voucher yang papa dapat. Lunch tadi mama, papa dan mama jue ke Giant Shah Alam, nak merasmikan voucher kekdahnya.

Mama jue order set ayam percik. Sebelum ni tak pernah lagi makan set percik ni. Then mama pun order la gak set ni untuk mama n papa juga. Sedap gak kuah percik dia.

Pastu dasar perut kan, beli plak toasted twisted ala carte. Air plak minum ice lemon tea. Total makan hari ni RM34.70. Berjaya guna 3 keping voucher dan tambah duit RM4.70. So masih ada balance 2 keping voucher lagi. Mama plan wiken nanti nak bawa Rayyans gi breakfast kat KFC la.

Laksam

Hari-hari update blog breakfast makan apa. Macam dia sorang jer yang breakfast. Orang lain tu semua puasa agaknya. Hehehe..pedulikk. Mama suka tepek gambar makanan banyak-banyak kat sini. Bukan senang nak jumpa tempat makan yang sajikan makanan feveret kita, Ye dop?

Bukan apa, sebab makanan-makanan ni mama tak pandai nak masak sendiri. Sebelum ni bila balik kampung jer baru la berpeluang lepaskan tekak yang mengidam. Pagi ni mama makan laksam plak.

Pagi ni papa makan cucur udang lagi. Tapi sos cucur udang tu termasin sedikit. Papa siap komplen kat owner restoran. Komplen untuk kebaikan semoga restoran ni makin berkembang maju dan bertambah lagi customer.

Papa ni dia ada satu peel. Bila dia dah suka sesuatu makanan tu, dia akan makan benda tu jer berkali-kali sampai la dia naik muak. Padahal kat sini macam-macam jenis masakan ada.

Apa - apalah labu. Makan jer apa - apapun. Janji halal dan mengenyangkan perut.  

Tuesday, January 8, 2013

Rajin Adik Rajin

 Rajin adik rajin
Rajinlah belajar
Bila besar nanti
Boleh tunjuk ajar

Ayah juga ibu
Gembira selalu
Melihat adikku
Rajin baca buku 

Erkkk..di manakah kerajinan itu? Buku entah ke mana, kereta yang naik atas meja.