Sunday, May 25, 2014

Langkawi : Duck Tours

Kami sampai kat oriental village hampir 11 pagi. Mak long sekeluarga pun baru sampai kat langkawi pagi ni. Diorang amik 1st feri dari jeti kuala perlis. Dari jeti diorang terus shoot ke sini. 

Tujuan utama ke oriental village sebab nak naik cable car. Disebabkan cuti sekolah dan kami sampai sini agak lambat, queu untuk naik cable car dah panjang gila.

Tapi sebab ahli rombongan yang lain belum pernah naik cable car, diorang gagahkan la jugak beratur. Dijangkakan pukul 3 petang baru turn diorang. Naik cramp kaki beratur.

So mama batalkan jer hasrat nak naik cable car sebab dah pernah naik tahun 2008. Pastu macam seriau jer naik. Sementara tunggu diorang, kami sekeluarga join duck tours.

Tiket duck tours untuk dewasa rm38 dan kanak2 rm22. Trip duck tours setiap sejam sekali bergantung kepada keadaan cuaca.

Kenderaan dua alam yang boleh berfungsi kat darat dan laut, macam itik. Kat darat jadi bas, kat laut jadi bot. 

Kami dah bersedia untuk memulakan perjalanan yang akan mengambil masa lebih kurang 45 minit.

First time naik duck tours ni. Tak dapat nak bayangkan macam mana perjalanan kami nanti.

Kalau tak silap mama kat melaka pun ada duck tours jugak. Next time boleh cuba yang kat melaka pulak.

Dari oriental village, kami bergerak ke danna hotel yang berjarak 2km. Bas ni bergerak agak perlahan sebab badan dia besar. Takut off balance. 

Then terus menuju ke pantai kok di mana terdapatnya laluan untuk bas ni turun ke dalam laut. Bila tiba kat gigi air, driver akan start enjin bot.

Sebelum masuk ke dalam air semua penumpang diwajibkan pakai jaket keselamatan.

Mula2 masuk dalam air gayat jugak rasa sebab tetiba bas terapung dan bergoyang.

Anak bujang over excited. Elok naik bas kat jalan tetiba masuk dalam air. Mulut tak berhenti bertanya itu ini.

Kemudian bas itik ni akan pusing2 sekitar man made island dan u turn di telaga harbour park.


Seterusnya, bas itik akan berpatah balik ikut laluan tadi dan kembali semula ke oriental village. 

Masa nak naik ke darat, driver akan berhenti untuk basuh enjin bas takut berkarat kena air masin.

Bila kembali ke oriental village, silalah beli souvenier sebagai kenangan. Kami beli bola kristal. Kat dalam tu ada gambar weols kat atas bas itik.

Walaupun aktiviti duck tours tidak menggunakan tenaga, tetapi cuaca kat langkawi yang panas berdenting buat badan penat. So kena banyakkan minum air.

No comments:

Post a Comment