Hari minggu kebiasaannya kakak kakak Rayyans akan datang tidur kat umah kami. So wiken tu kenmain seronok la si Rayyans sebab ramai orang. Rayyans ni sebenarnya amat manja dengan kakak2. Apa taknya, si kakak rajin melayan. Kalau mama memang tidak la diorang nak mengada-ngada.
Papa plak dari tengahari keluar tukar tayar kereta tak balik2. Melepeklah Rayyans kat rumah. Pastu mulalah merengek dengan kakak ajak keluar. Yang kakak plak..jom kita main layang-layang kat Setia City Mall. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Terus bersorak la si rayyans berdua.
Plan asal nak main layang-layang spideman diorang tu. Tapi tali tangsi plak papa buka. The best thing is tali tangsi tu dalam kereta papa..which is papa bawak gi tukar tayar. Hmmm.. takde rezeki Rayyans nak main layang-layang. Nasib baiklah kat Setia City Mall ni banyak aktiviti lain lagi boleh dibuat.
Mula-mula sampai diorang just tengok2 keadaan sekeliling jer. Amik masa nak panas enjin. Maybe terkejut sebab tetiba nampak orang ramai gila kat sini. Lagi satu padang tu basah sebenarnya sebab dari pagi tadi hujan. Knowing Rayyans yang penggeli ni memang tersangkutlah langkah diorang.
Tapi kejap jer la gelinya. Bila dia tengok budak2 lain dok berlari ke sana sini diorang pun mulalah buka langkah jugak. Mama memang tak larat la nak kejar. Tengok dari jauh jer. Nasib baik bawa mata2 membantu mama memantau diorang. Bayangkan 5 orang yang kena pantau diorang ni.
Parent yang bawak anak main kat sini memang kena sediakan duit. Dapat anak macam Rayyans ni semua benda dia nak. Mula-mula nak pistol belon ni. Dua ketul dan RM20. Mainnya kejap jer pun. Bila dia dah bosan benda lain plak dia nak main.
Pastu diorang nak main basikal pulak. Sewa satu basikal ni RM5 untuk satu pusingan. Nasib baiklah nak membonceng jer si Hazim ni. Kalau dua-dua nak mengayuh, melayang lagi RM10. Sewa satu hal, lagi satu hal nak mengejar diorang ni kayuh basikal keliling padang. Mama memang surrender dari awal. Nasib baik kakak Tyla boleh joging belakang diorang.
Pastu nak belon pulak. Alatan tu dengan air sabun sewa RM5. Air sabun boleh refill kalau tak silap mama. Since admitted tempoh hari, ni baru mama nampak Hadif betul2 riang. Dah lama kami tak bawa diorang keluar. Asyik berkurung jer kat rumah. Kena kuarantin sampai betul2 sembuh.
Si mak pun tak nak kalah jugak..hahaha.. saja la mencuba main belon ni. Dah lama tengok orang dok main kat taman putrajaya sana. Ni baru ada chance nak merasai sendiri. Jangan risau, nak main ni tak perlukan pengalaman pun. Janji ada angin jadilah belonnya.
Pemandangan ini la yang paling melekat kat hati mama. Syukur dapat tengok anak-anak berlari bebas penuh keriangan. Syukur alhamdulillah mereka dikurniakan kesihatan yang baik. Thank you Allah untuk anugerah yang tak ternilai ini.
Wauu.. seronok nye... sewa bssikal untuk org dewasa ade x?,, comelnye anak2
ReplyDelete