Sunday, May 11, 2014

Celebration

Mei datang lagi. Seperti tahun2 sudah bulan mei adalah bulan meraikan. Dimulai dengan ulangtahun kelahiran bondaku tercinta pada 10 mei. Kemudian 11 mei pula ulangtahun kelahiran ku dengan hubby ku serta hari ibu.

Kalau diikutkan, kami plan nak balik kampung pada 1 mei semasa cuti hari pekerja untuk meraikan hari lahir dan hari ibu lebih awal. Kita hanya merancang dan Allah jua yang menentukan. 


Plan yang telah kami rancang dari awal tidak kesampaian. Hadif tetiba demam panas, cirit birit dan muntah. Seminggu kami berkampung kat pantai hospital ampang.


Hasrat untuk balik kampung terpaksa dilupakan. Kesihatan hadif lebih priority ketika ini. Mungkin ada hikmah di sebalik semua yang terjadi. Walau apa pun aku redha. 


Untuk birthday kami plak tiada apa2 perancangan. Ye la umur pun dah tua2 ni takdelah nak meraikan beria sangat. Kebiasaannya cuma beli kek n masak2 jemput anak2 tiri makan.


Tetiba hari khamis tu Athillah datang rumah bagi surprise kat kami. Dia dah bookedkan hotel untuk kami beristirehat wiken ni. Syukur Alhamdulillah anak2 masih ingat kat kami. 

So petang sabtu kami check in kat hotel dorsett subang jaya. Pertama kali stay kat sini. Melancong dalam negeri selangor jer kali ni. Jadi la dari takde kan.

Lepas check in takde buat apa2. Kami lepak kat swimming pool jer sepanjang petang melayan anak2 mandi. Tyla n ayein pun join sekaki merendam kaki. 


Seronok betul sesekali dapat peluang bercuti merehatkan badan n minda.  Paling seronok bila percutian ditaja sepenuhnya. Hahaha..


Tyla n ayein tak stay kat hotel. After swimming diorang berdua balik rumah. Kami plak terus bersiap untuk dinner. Tyla dah arrange dinner sempena hari ibu.

Hati ni tak lepas panjatkan kesyukuran. Walaupun cuma berstatus emak tiri, tapi anak2 tiri melayan mama dengan baik. Semoga ikatan kekeluargaan ni berkekalan hingga akhir hayat.


Orang yang paling gembira sudah tentulah papa. Memang diakui papa sedikit emosi bila tahu anak2 buat surprised. Terharu barangkali. Walaupun anak2 tidak tinggal bersama kami tapi ingatan tetap ada.


Si kembar mama ni setialah mengekor ke mana saja kami pergi. Actually diorang offer diri untuk menjaga rayyans. Saja nak kasi chance kat kami berhoneymoon. 


Tapi rasa berat hati plak nak tinggal anak2 kan. Maklumlah kami tak pernah lagi tinggal rayyans bermalam di bawah jagaan orang lain. Honeymoon dengan adanya rayyans lagi 'happening'.


Menu dinner macam2 ada. Memang puas hati. Walaupun ramai pelanggan tetapi makanan sentiasa di top up. Makanan pun boleh tahan sedap2. Rata2 pelanggan yang datang malam ni untuk meraikan hari ibu.


Dinner start dari pukul 6 hingga 10 malam. Berulang alik la kami amik makanan. Mana la badan tak melebar kalau asyik makan jer kan.


Sesudah dinner kami just lepak2 kat lobi sambil tengok performance dari resident artists. Fuhhh...cuci mata u laki I. Seksi meksi penyanyinya. 


Habis 2,3 lagu anak2 dah ajak balik bilik. Time untuk tidur. Sambung lepak kat bilik plak. Anak2 tidur, papa tengok bola dan mama layan fb dan blogwalking. 

Tetiba kul 12 malam pintu bilik kami diketuk. Suspen gak mula tu. Tak pernah2 dok hotel pintu kena ketuk malam2 cenggini. Papa intai kat lubang. Tak nampak plak sapa. 

Fikir 3,4 kali gak nak buka pintu. Mana tau kot2 perompak ke apa. Orang kat luar plak makin kuat ketukannya. Last2 tawakkal papa buka skit pintu. Tetiba berkumandang lagu happy birthday to uuuuu...

Masyaallah...budak2 ni buat surprised lagi. Bawa kek birthday untuk kami. Tiada apa yang lebih membahagiakan kami sebagai ibu bapa selain dari ingatan anak2. Terharu....speechless....

Untuk tyla yang jadi mastermind semua ni mama neeja ucapkan terima kasih banyak2. Sesungguhnya mama n papa rasa sangat terharu. Untuk along, ayein, azri n taufiq yang turut sama meraikan kami mama ucapkan terima kasih. Tak lupa juga untuk anak2 yang tak dapat bersama, angah, hidayah n memer yang tak lupa untuk menitipkan ucapan buat kami.

No comments:

Post a Comment