Saturday, May 24, 2014

Langkawi : Bella Vista

Percutian ni mama plan dari awal tahun. At first cuma kami sekeluarga, ciknik n uncle is, nenek dan p.su mat yang nak join. Last2 p.da n cikla pun nak join sekali.

Sepanjang kat langkawi kami stay kat hotel bella vista. Mama beli voucher hotel kat groupon untuk 3 bilik sahaja. Harga rm150 per room per nite.

Jadi bila last minute p.da n cikla nak join, mama tak dapat nak book kat bella vista jugak sebab biliknya dah penuh. Kalau ada pun harga sure mahal.

So untuk depa mama carikan homestay. Kiranya kami dok rumah asing2 la which is sangat tak best. Tak boleh nak gosip malam2.

Dari jeti kami check in kat bella vista dulu. Then baru check in kat homestay plak. Kami sekeluarga, ciknik n uncle, nenek serta kakak tila yang stay kat bella vista.

Hotel ni memang cantik gila. Macam istana dalam cerita omputeh zaman dulu2. Tetiba terasa macam nak jadi cinderella plak. Urusan check in berjalan lancar.

Mama suh depa posing kat sini bukan apa, mama berkenan dengan lilin dan stand dia tu. Very the english style. Sesuai dengan jiwa mama.

Bilik kami sebelah menyebelah jer. Mama purposely minta bilik twin sharing sebab bila dirapatkan katil lagi lebar. Pastu minta tilam extra. Tak muat ko nak tidur 4 beranak atas ni.

No comments:

Post a Comment