Sunday, February 2, 2014

Melaka : Si Hitam Sakit

On da way balik dari melaka, selepas simpang ampat tetiba alarm kereta berbunyi. Automatik, rpm terus turun ke 0. Enjin start semput2. Papa sempat ke tepi dan kereta mati kat tepi jalan.


Berbekalkan no toll free yang ada kat kad touch n go, papa call plus. Dalam setengah jam tow truck plus sampai dan tarik kereta kami ke hentian pedas linggi. First time dalam hidup kete kene tarik tow truck.

Masalahnya kebanyakkan bengkel tutup sebab raya cina. Lagi satu masalah, kalau kereta tak siap repair hari tu jugak, macam mana papa nak ulang alik tengok kereta kat sana.

Setelah ditimbang tara, kami decide bawa kete balik ke shah alam. Papa call anak sedara dia, si epol tanya contact tow truck. Si epol tu memang banyak kontek orang2 bengkel ni. 


Setelah beberapa call dibuat, setelah berpuas hati dengan harga, dapatlah tow truck dari seremban ni. Sejam jugak menunggu baru tow truck ni sampai sebab highway jem. 


Pastu yang datang plak cuma driver lori sorang jer. Mula tu terfikir gak camna budak ni nak naikkan kete kat atas lori sorang2. Macam tak konfiden dia boleh naikkan kete tu. 


Rupanya budak ni memang expert. Dah memang keje dia kan. Kejap jer dia setting naikkan kete. Paling susah mama rasa nak centerkan kereta tu kat tengah2 lori.


Pastu bermulalah perjalanan kami balik ke shah alam. Mama n hazim dok depan dalam lori. 

Papa n hadif plak dok dalam kereta atas lori. Gayat woii.. Hadif siap bleh tidur lagi sepanjang perjalanan.


Akhirnya setelah 3 jam perjalanan sampailah kami ke usj. Bengkel ni recommended by epol gak. Walaupun bengkel tengah bercuti tapi owner tu baik hati datang gak kat bengkel semata2 nak amik kete kami. 


Owner yang pakai baju merah kepala botak. Owner bengkel ni nama ah guan tapi muka cam india. Rupanya dia chindian. 4 hari jugakla amik masa baru siap kete ni. 

Sedikit tips jika kereta breakdown dekat highway:

Jangan panik. Call plus. Sentiasa simpan no plus kat dalam kereta. Kenalpasti betul2 area ketika kereta rosak. Senang nak bagi direction kat plus.

Tunggu sehingga plus datang dengan kenderaan plus. Jangan layan sesiapa selain dari plus. Ada kes pemandu kena bayar sampai beratus ringgit hanya untuk tukar tayar pancit.

Kat highway sentiasa ada informer2 tow truck. Masa kami kena ni, ada beberapa tow truck yang datang approach. Siap cakap plus yang hantar diorang. Nasib baik papa tak mudah termakan kata2.

Siap offer murah gila tapi dengan syarat bawa kereta ke bengkel diorang. Masa tu bersedialah dengan harga merepair kereta yang tak munasabah.

Ada kes kereta dah dinaikkan atas lori dan dihantar ke bengkel pilihan kita. Bila sampai kat bengkel diorang tak nak turunkan kereta selagi tak bayar harga yang diorang naikkan.

Begitulah manusia sekarang ni, suka mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain. Tapi mama bersyukur tuhan permudahkan urusan kami masa ni.

No comments:

Post a Comment