Selepas check in, lepak2 kejap sementara tunggu waktu zohor. After solat terus keluar menuju ke stesen tram untuk ke japanese garden.
Tapi kami salah timing la pulak. Tram baru jer gerak. So kena tunggu dalam 30 minit baru next trip.
Actually boleh jer kalau nak bawa kereta sendiri naik ke japanese garden tu. Tapi papa malas nak alihkan kereta. Balik nanti comfirm tak dapat parking dekat bawah hotel tu.
Si rayyans plak bila dah bosan menunggu lama2, mulalah cari aktiviti. Diheretnya kon ni ke hulu ke hilir. Cuaca plak memang panas terik masa ni.
Akhirnya penantian kami berakhir. Seronok rayyans dapat naik tram. Diorang ni pelik sikit. Suka naik tram, bas, keretapi.
Bila dah naik atas, mama terkujat bila kena panjat anak tangga yang banyak ni. Masa mama datang 5 tahun sudah tram akan naik atas dan berhenti betul2 kat pintu masuk japanese garden.
Fuhh naik semput ahkak nak sampai kat atas ni. Rayyans pun mengah dibuatnya. Maka terjadilah adegan berebut air. Haus sangatlah tu. Bila tengok langit yang membiru ni, berbaloi penat mendaki.
At last, sampai jugak ke entrance japanese garden. Haa.. dulu2 tram akan benti kat sini terus. Tak perlu nak jalan kaki macam nak merentas desa dah gayanya. Kat belah kanan mama yang nampak bumbung tu kedai souvenier.
Sebelum memulakan pendakian dalam japanese garden kita rehat pekena aiskrim dulu. Kumpul tenaga nak jalan naik atas jauh lagi ni. Kalau datang sini silalah pakai kasut yang rendah2 jer.
Bila dah sampai kat pintu gerbang ni maksudnya dah sampai kat taman jepun ni la. Selepas pintu gerbang ni ada sungai buatan. Kat dalam sungai ada ikan koi yang gebu2.
Naik atas lagi akan jumpa perkampungan jepun siap ada rumah2 tradisional jepun. Kat dalam rumah ni tak boleh masuk kecuali...
Anda menyewa baju kimono yang ada kat sini. Bayarannya adalah rm20 untuk 20 minit bagi sehelai kimono. Pakai untuk bergambar jer uols.
Bila dah pakai kimono bergambarlah kat ceruk mana pun kita nak. Sesuai ke mama jadi orang jepun badan gemuk dan pendek.
Papa pun nak jugekk pakai kimono. Design kimono untuk lelaki tak banyak choice. Kaler suram2 n corak geometri jer ada.
Tak cukup korum. Hadif jer nak bergambar. Hazim plak sibuk jer dok main pasir kat bawah. Untuk budak2 ada jugak kimono tapi rayyans takmo pakai. Harga sama jer kanak2 n dewasa, rm20.
Dulu masa sanding takde posing pakai kimono. Ni ala2 penyerahan mas kahwin bak kata tilah.
Angah pun join kami pakai kimono gak. Cuma athilah yang takmo sebab dia jadi fotographer kami.
Dah puas posing kat dalam rumah, jom kita melawat kawasan sekitar pula. Kimono ni boleh nak dibawa jalan2 ke mana pun janji dalam masa 20 minit jer.
Us.. may our love remain till jannah.
Kami lagi... bersepah2 la muka kami jer. Hahaha.. kali ni ada yang volunteer jadi fotographer katanya.
Another japanese house yang ada kat sini. Tempat yang mama duduk ni adalah tempat untuk minum teh. Maybe ni bahagian dapur.
Brother and sister. Sukalah si bulat ni kakak cium dia. Pastu suh mama tengok pipi dia ada kaler siptik (lipstik) ke tak.
Kat dalam ni ada spa jugak, tatami spa. Tapi mama tak pasti pulak harga n pakej yang ada.
Dah habis masa 20 minit. Pekerja yang pakaikan kimono dah panggil suh pulangkan baju diorang.
Japanese garden ni tutup pukul 5.30 petang. Jadi jomlah kita beransur pulang ke pangkal jalan.
Jauh lagi ni nak kena jalan turun ke stesen tram. Lambat2 nanti takut tram dah habis trip. Karang tak pasal2 kena jalan kaki balik hotel.
Yeayy.. hari ni mama dah exercise. Berpoluh2 jalan. But its worth it. Dapat tengok dunia hijau dan hirup udara yang segar.
No comments:
Post a Comment