Saturday, February 15, 2014

Bukit Tinggi : Its Show Time

Kat sini malamnya mati, takde apa aktiviti sangat. Kalau yang datang honeymoon tu best la. Cuaca sejuk, boleh terperap kat bilik jer. Bagi kami plak macam bosan jer dok lepak kat bilik. 

Kalau agak kebosanan kat bilik bolehlah turun ke stage tengok persembahan. Kalau wiken ada 4 kali stage performance. Tadi kul 7.30 dah ada show tapi kami tak sempat turun sebab solat dulu. So kami tunggu show pukul 10 jer. Show ni tak lama, setengah jam jer.

1st show, tarian hantu. Semua penari tutup muka dan berkuku panjang. Awal2 ni ala2 seram tariannya.

Kemudian solo performance dari mamat nih. Tarian tap. Mamat ni act sebagai ketua kumpulan.

Tetiba keluar penari perempuan menari tarian tradisional peranchis kot. Siap selak2 skirt bagai.


Next performance dari jejaka berdua ni. Menari dengan gelung rotan.


Pastu sorang penonton kena panggil atas stage. Penari tu ajak penonton bertumbuk sebab kononnya penonton tu dah rampas awek dia.


Lelaki yang lagi sorang cuba tenteramkan member dia yang tengah marah. So diorang ada plan camna nak balas dendam.

Sekali hamekk ko awek2 seksi yang keluar. Brother tu muka dah merah padam malu2 kucing. Hahaha..


Kesian kat brother ni kena dera ngan diorang. Siap buka baju pastu kene cium bagai. Haishh... ada yang xleh tahan nafsu ni karang.


Tak cukup dera brother ni diajaknya pula menari. Nasib baiklah brother ni sporting. Partner brother ni berapi jer tengok dari bawah. Hahahaha. 

Last skali tarian bulu ayam ni. Penari pompuan still seksi meksi. Tapi overall penonton terhibur.


Salah sorang penonton yang terhibur si hadif bulat ni. Siap ajak papa dok kat row depan skali. Tak berkelip mata menengok show ni.

No comments:

Post a Comment