Saturday, February 15, 2014

Bukit Tinggi : Colmar Tropicale

Cuaca yang agak panas sekarang ni mengundang banyak penyakit. Kat klinik setiap hari penuh dengan orang sakit. Dalam cuaca kering kena minum banyak air masak. 

Demam, batuk, selsema dan denggi adalah penyakit yang femes kebelakangan ni. Terbaru, 3 orang anak sedara papa dimasukkan ke ward sebab dijangkiti denggi.

Bila dok bercerita dengan papa pasal cuaca panas tetiba papa suggest nak gi kat tempat yang sejuk. Dalam kepala mama cuma terfikir cameron highlands jer. Tapi kami baru jer ke sana. 

Then papa mentioned bukit tinggi. Mama dah pernah bermalam kat bukit tinggi masa bujang2 dulu tapi papa tak pernah. So terjadilah last minute arrangement nak bercuti ke bukit tinggi.

Gitulah rentetan kisah membawa kepada short vacation kat bukit tinggi. Kami stay kat Colmar Tropicale, hotel yang dibina bersempena kampung colmar di perancis.

Kami tiba di colmar tropicale jam 12 tengahari. Kalau ikutkan waktu check in adalah 3 petang. Mama saja cuba nasib gi tanya kat kaunter kot2 dapat check in awal.

Alhamdulillah, rezeki kami dapat terus check in. Bilik banyak kosong sebab sekarang bukan musim cuti sekolah. Kebanyakkan pengunjung adalah dari kalangan pelancong arab.

Kami dapat bilik kat bangunan camelia, berdepan dengan pusat games. Bilik kami kat tingkat 5 iaitu paling atas. Kami amik 2 bedroom suite sebab angah n tilah ikut sekali. 

Kalau nak amik bilik deluxe risau bilik kami nanti tak dapat sebelah menyebelah. Boleh jadi satu masalah nanti sebab si kembar akan merengek nak dok kat bilik kakak.

Rak coffee ni tergantung kat dinding. Coffee and tea are complimentary from colmar tropicale. 

Suite ni dua tingkat. Tingkat bawah ada ruang tamu dan master bedroom. Lagi satu bilik kat tingkat atas. Tingkat atas ni macam loteng. Belah kanan pintu bilik. Belah kiri pintu bilik air. 

Katil kat bilik kedua ni sama jer design ngan master bedroom. Cuma kat bilik ni ada lampu tidur kiri kanan katil.

Amboii..dia dulu yang rasmikan katil kakak.

Set almari dan meja solek kat bilik atas. Model perabot anak n ayah.

Sibuk jer si kembar ni nak berposing sama.

Jom kita jelajah tingkat bawah pula. Mula2 si kembar ni takut nak turun naik tangga sebab lebar tangga kecil. Nak kena dukung diorang turun naik tangga.

Ini bilik master bedroom. Kat bilik ada lagi satu tv.

Katil size king kaler putih. Memang feveret mama. Cuma almari n meja solek kaler beach. Kalau satu set kaler putih semua mesti lagi cantik.

Almari kat master bedroom cuma dua pintu. Kat bilik atas almarinya 3 pintu.

Bilik air bersih. Bilik air kat master bedroom ada bath tub. Kat tingkat atas takde bath tub. Tak sempat pun nak berendam dalam bath tub. Banyak aktiviti nak buat kat sini.

Bila dah habis tawaf tingkat atas bawah jom la kita lepak2 rehat2 dulu. Pasni nak tawaf kat japanese garden plak.

Kusyuk dua2 ni mata pandang tv tak berkelip. Bila tengok cita yang diorang minat camni la ghupanya.

2 comments:

  1. tomei plk tgk kat sana...xpernah smpai lgi...guguugug

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datang sini boleh fefeling kat obersea. Cuma sekarang dh tak sejuk. Dulu2 lg best sbb sejuk.

      Delete