Saturday, February 15, 2014

Bukit Tinggi : Lepak Swimming Pool

Bilik kami mengadap swimming pool. Kalau jenguk dari tingkap akan nampaklah orang dok mandi manda kat bawah. 

Dari awal2 check in lagi rayyans dah menyebut nak mandi. Tapi mama bagi alasan cuaca panas nanti kulit hitam. Diorang ni sensitif skit bila mama cakap diorang dah hitam.

Lepas balik dari japanese garden hajat hati nak lelapkan mata sekejap. Si rayyans plak dah dok bernyanyi kat telinga nak g mandi pool. 

Nasib baiklah awal2 lagi mama dah bawa baju mandi rayyans sebagai back up. Kenmain happy lagi diorang bila papa bagi green light suh tukar baju.

Terkejut mama kali ni dua2 cuba menyelam. Lama jugak diorang tahan nafas dalam air. Papa n tilah dok stand by jer sebelah diorang kot2 lemas.

Kami lepak kat swimming pool kejap jer sebab belah petang ni sejuk gila. Air pool tu mama celup kaki rasa cam air batu. Tak tau la camna rayyans boleh tahan mandi dalam tu.

Bukit Tinggi : Japanese Garden

Selepas check in, lepak2 kejap sementara tunggu waktu zohor. After solat terus keluar menuju ke stesen tram untuk ke japanese garden. 

Tapi kami salah timing la pulak. Tram baru jer gerak. So kena tunggu dalam 30 minit baru next trip.

Actually boleh jer kalau nak bawa kereta sendiri naik ke japanese garden tu. Tapi papa malas nak alihkan kereta. Balik nanti comfirm tak dapat parking dekat bawah hotel tu.

Si rayyans plak bila dah bosan menunggu lama2, mulalah cari aktiviti. Diheretnya kon ni ke hulu ke hilir. Cuaca plak memang panas terik masa ni.

Akhirnya penantian kami berakhir. Seronok rayyans dapat naik tram. Diorang ni pelik sikit. Suka naik tram, bas, keretapi.

Bila dah naik atas, mama terkujat bila kena panjat anak tangga yang banyak ni. Masa mama datang 5 tahun sudah tram akan naik atas dan berhenti betul2 kat pintu masuk japanese garden.

Fuhh naik semput ahkak nak sampai kat atas ni. Rayyans pun mengah dibuatnya. Maka terjadilah adegan berebut air. Haus sangatlah tu. Bila tengok langit yang membiru ni, berbaloi penat mendaki.

At last, sampai jugak ke entrance japanese garden. Haa.. dulu2 tram akan benti kat sini terus. Tak perlu nak jalan kaki macam nak merentas desa dah gayanya. Kat belah kanan mama yang nampak bumbung tu kedai souvenier.

Sebelum memulakan pendakian dalam japanese garden kita rehat pekena aiskrim dulu. Kumpul tenaga nak jalan naik atas jauh lagi ni. Kalau datang sini silalah pakai kasut yang rendah2 jer.

Bila dah sampai kat pintu gerbang ni maksudnya dah sampai kat taman jepun ni la. Selepas pintu gerbang ni ada sungai buatan. Kat dalam sungai ada ikan koi yang gebu2.

Naik atas lagi akan jumpa perkampungan jepun siap ada rumah2 tradisional jepun. Kat dalam rumah ni tak boleh masuk kecuali...

Anda menyewa baju kimono yang ada kat sini. Bayarannya adalah rm20 untuk 20 minit bagi sehelai kimono. Pakai untuk bergambar jer uols.

Bila dah pakai kimono bergambarlah kat ceruk mana pun kita nak. Sesuai ke mama jadi orang jepun badan gemuk dan pendek. 

Papa pun nak jugekk pakai kimono. Design kimono untuk lelaki tak banyak choice. Kaler suram2 n corak geometri jer ada.

Tak cukup korum. Hadif jer nak bergambar. Hazim plak sibuk jer dok main pasir kat bawah. Untuk budak2 ada jugak kimono tapi rayyans takmo pakai. Harga sama jer kanak2 n dewasa, rm20.

Dulu masa sanding takde posing pakai kimono. Ni ala2 penyerahan mas kahwin bak kata tilah. 

Angah pun join kami pakai kimono gak. Cuma athilah yang takmo sebab dia jadi fotographer kami.

Dah puas posing kat dalam rumah, jom kita melawat kawasan sekitar pula. Kimono ni boleh nak dibawa jalan2 ke mana pun janji dalam masa 20 minit jer.

Us.. may our love remain till jannah.

Kami lagi... bersepah2 la muka kami jer. Hahaha.. kali ni ada yang volunteer jadi fotographer katanya.

Another japanese house yang ada kat sini. Tempat yang mama duduk ni adalah tempat untuk minum teh. Maybe ni bahagian dapur.

Brother and sister. Sukalah si bulat ni kakak cium dia. Pastu suh mama tengok pipi dia ada kaler siptik (lipstik) ke tak.

Kat dalam ni ada spa jugak, tatami spa. Tapi mama tak pasti pulak harga n pakej yang ada.

Dah habis masa 20 minit. Pekerja yang pakaikan kimono dah panggil suh pulangkan baju diorang.

Japanese garden ni tutup pukul 5.30 petang. Jadi jomlah kita beransur pulang ke pangkal jalan.

Jauh lagi ni nak kena jalan turun ke stesen tram. Lambat2 nanti takut tram dah habis trip. Karang tak pasal2 kena jalan kaki balik hotel.

Yeayy.. hari ni mama dah exercise. Berpoluh2 jalan. But its worth it. Dapat tengok dunia hijau dan hirup udara yang segar.

Bukit Tinggi : Feeling Melancong Ke Perancis

Mama suka sangat dengan struktur bangunan kat Colmar Tropicale. Bila datang sini terasa macam kat dunia lain. Totally berbeza dengan pemandangan harian kat kl nun. 

Bila datang sini bolehlah fefeling cam dok kat oversea. Nak jejak kaki kat perancis entah bila la kan. Dapat jejak kaki kat perancis tiruan ni pun jadi la.

Ni kali kelima mama datang sini. Perubahan cuaca sekarang memang obvious sangat. First time datang tahun 2005. Masa tu mama kena pakai jaket sebab sejuk. Kali ni datang suhu dah panas. Macam dok kat shah alam jer.

Cumanya kat sini udara n persekitaran bersih. Tiada bau asap dan jerebu. Sekarang ni kan merata tempat hutan terbakar. Sesak nafas dok hidu bau asap dan jerebu yang agak kuat.

Rasa lebih selamat nak biarkan rayyans main2 kat sini. Kalau kat umah memang kena perintah berkurung jer la. Risau terdedah kepada penyakit kalau dok main kat luar.

Bukit Tinggi : Colmar Tropicale

Cuaca yang agak panas sekarang ni mengundang banyak penyakit. Kat klinik setiap hari penuh dengan orang sakit. Dalam cuaca kering kena minum banyak air masak. 

Demam, batuk, selsema dan denggi adalah penyakit yang femes kebelakangan ni. Terbaru, 3 orang anak sedara papa dimasukkan ke ward sebab dijangkiti denggi.

Bila dok bercerita dengan papa pasal cuaca panas tetiba papa suggest nak gi kat tempat yang sejuk. Dalam kepala mama cuma terfikir cameron highlands jer. Tapi kami baru jer ke sana. 

Then papa mentioned bukit tinggi. Mama dah pernah bermalam kat bukit tinggi masa bujang2 dulu tapi papa tak pernah. So terjadilah last minute arrangement nak bercuti ke bukit tinggi.

Gitulah rentetan kisah membawa kepada short vacation kat bukit tinggi. Kami stay kat Colmar Tropicale, hotel yang dibina bersempena kampung colmar di perancis.

Kami tiba di colmar tropicale jam 12 tengahari. Kalau ikutkan waktu check in adalah 3 petang. Mama saja cuba nasib gi tanya kat kaunter kot2 dapat check in awal.

Alhamdulillah, rezeki kami dapat terus check in. Bilik banyak kosong sebab sekarang bukan musim cuti sekolah. Kebanyakkan pengunjung adalah dari kalangan pelancong arab.

Kami dapat bilik kat bangunan camelia, berdepan dengan pusat games. Bilik kami kat tingkat 5 iaitu paling atas. Kami amik 2 bedroom suite sebab angah n tilah ikut sekali. 

Kalau nak amik bilik deluxe risau bilik kami nanti tak dapat sebelah menyebelah. Boleh jadi satu masalah nanti sebab si kembar akan merengek nak dok kat bilik kakak.

Rak coffee ni tergantung kat dinding. Coffee and tea are complimentary from colmar tropicale. 

Suite ni dua tingkat. Tingkat bawah ada ruang tamu dan master bedroom. Lagi satu bilik kat tingkat atas. Tingkat atas ni macam loteng. Belah kanan pintu bilik. Belah kiri pintu bilik air. 

Katil kat bilik kedua ni sama jer design ngan master bedroom. Cuma kat bilik ni ada lampu tidur kiri kanan katil.

Amboii..dia dulu yang rasmikan katil kakak.

Set almari dan meja solek kat bilik atas. Model perabot anak n ayah.

Sibuk jer si kembar ni nak berposing sama.

Jom kita jelajah tingkat bawah pula. Mula2 si kembar ni takut nak turun naik tangga sebab lebar tangga kecil. Nak kena dukung diorang turun naik tangga.

Ini bilik master bedroom. Kat bilik ada lagi satu tv.

Katil size king kaler putih. Memang feveret mama. Cuma almari n meja solek kaler beach. Kalau satu set kaler putih semua mesti lagi cantik.

Almari kat master bedroom cuma dua pintu. Kat bilik atas almarinya 3 pintu.

Bilik air bersih. Bilik air kat master bedroom ada bath tub. Kat tingkat atas takde bath tub. Tak sempat pun nak berendam dalam bath tub. Banyak aktiviti nak buat kat sini.

Bila dah habis tawaf tingkat atas bawah jom la kita lepak2 rehat2 dulu. Pasni nak tawaf kat japanese garden plak.

Kusyuk dua2 ni mata pandang tv tak berkelip. Bila tengok cita yang diorang minat camni la ghupanya.