Tuesday, December 11, 2018

Durian Sabah

Alkisahnya dari jambatan tamparuli kami nak ke kota belud. Nak pergi ke polumpung camp site yang ada sungai air jernih gila tu.

Sampai setengah perjalanan macam ada bau hangit jer. Bau tayar. Maklumlah jalan kat sini berbukit bukau. Memang selalu tekan brek la. Mula tu ingat ok la tapi bila dah bau makin kuat, psu n uncle benti tepi jalan. Check brek pad memang haus habis. So depa tak berani nak teruskan perjalanan sebab jalan mendaki turun naik bukit.

So kami call tuan kereta then diorang akan hantar kereta ganti untuk kami. For info kami sewa kereta kancil dengan harga rm100 sehari. Nak tunggu diorang hantar kereta makan masa sejam setengah jugak. Boleh tahan lama tu nak menunggu.

Tetiba kat tepi jalan nampak ada gerai jual durian. Alang2 kami nak kena tunggu kereta tu, baiklah kami keluar  usha2 harga dulu. Kalau reasonable, bolehlah kami makan durian dulu. 

Masa kami tengah2 tanya harga ada satu 4 wheel drive datang jugak nak beli durian. Rasanya diorang dah tempah siap2 sebab durian diorang dah diletak kat dalam guni. Depa siap inform yang jalan ke depan ada banyak lagi gerai yang jual durian.

Setelah berpuas hati dengan harga yang aunty tu bagi, kami decide nak makan durian dulu. Harga satu longgok rm10. Kira murah sangat dah harga tu.

Buahnya kecik2 comei molek jer. Durian kampung ni yang diorang pungut kat dalam hutan. Mama sebenarnya teringin nak makan durian merah. Tapi dekat gerai aunty ni tak ada pula durian merah.

Beraya la hantu2 durian ni. Kami bertiga makan habis 2 longgok tu. Ciknik jer yang tak berani nak makan banyak takut asma. Karang percutian tergendala sebab sakit.

Satu pangsa ada satu ulas isi. Ni yang orang panggil durian kucing tidur ke? Manis2 durian ni walaupun kecik2 jer.

Kat sabah musim durian baru nak bermula. Sepanjang jalan mama nampak pokok durian yang berbuah lebat. Kira timing kami datang ni langkah kanan la.

Rupanya ada hikmah jugak kereta kami rosak. Dah la rosak betul2 dekat gerai durian. Pastu durian yang kami makan ni pulak disponsor oleh abang2 4 wheel drive tadi. Bila kami nak bayar aunty tu cakap abang2 tadi dah bayarkan. Alhamdulillah terima kasih kami ucapkan.

Jambatan Tamparuli

Sebelum ke kundasang kami singgah kat jambatan tamparuli. Selalu dengar jer lagu jambatan tamparuli kat tv masa kecik2 dulu.

Tapi kali ni mama berjaya jejak kaki kat sini.  Jambatan gantung tamparuli dibina merentasi sungai tamparuli.

Jambatan ni sepanjang lebih kurang 150m dan hanya boleh dilalui oleh pejalan kaki. Pengunjung boleh melalui jambatan setiap hari dan ditutup dari jam 5 petang.

Bagi kenderaan pula ada jambatan moden  yang dibina di sebelah bawah jambatan gantung untuk kegunaan diorang.

Mama dengar cerita kalau banjir jambatan untuk kenderaan ni akan tenggelam. Air sungai akan melimpah ke jalan raya.

Batu asas jambatan tamparuli betul2 kat laluan masuk ke jambatan. Amik masa sekejap baca sejarah jambatan kebanggaan masyarakat tamparuli.

Mula2 naik rasa pening jugak sebab ada budak2 dok berlari kat atas ni. So jambatan ni bergoyang2.

Mama tak larat nak jalan sampai ke hujung jambatan. Mama jalan sampai separuh jambatan jer pastu patah balik.

Honestly masa jalan kat atas ni risau jugak. Mama dok terbayang camnalah kalau jambatan ni putus.

Dah la kami ni spesis cukup makan. Buatnya jambatan tak mampu nak tampung berat kami, alamak bergolek macam nangka busuk la jatuh ke bawah.

Biasalah kan mainan perasaan. Walhal jambatan ni dah lama dibina. Tak pernah lagi ada kes jambatan putus ke runtuh.

Flight To KK

Pagi ni flight mama ke kota kinabalu pukul 7.15 pagi. Trip kali ni adalah trip adik beradik. Mama, ciknik, uncle is dan psu mat jer yang join.

Papa dan anak2 tak dapat ikut sebab tak cukhp bajet 😅. Insyaallah ada rezeki next time kita pergi sama2. Lagipun mama suka ke sabah sebab tempatnya cantik sangat.

Berdebar jugak mama nak naik flight ni. Lepas kes mh370 dan mh17, ni la baru mama memberanikan diri travel dengan kapal terbang. 

Dah la flight kali ni mama sorang2 jer. Depa bertiga dah ke sabah 2 hari awal. Diorang gerak dari airport senai. Pastu ni 1st time mama naik kat klia2. Jadi tak dapat bayangkan airport klia2 camna. 

Flight 7.15 pagi, kul 3.30 pagi mama dah gerak dari rumah. Sampai klia2 dalam 4.30 pagi. Papa just dropped mama then terus balik umah. Tak boleh tunggu takut hafiy nangis nak ikut.

Sampai airport terus check flight detail. Tanya staf airasia mama dah boleh drop luggage. Mama dah siap2 check in semalam. So sampai airport terus amik tag untuk luggage.

Mama kena tunggu flight dekat zon j3. So melangutla kat situ sorang2. Nasib baiklah ada handfon bleh isi masa dengan layan facebook dan ig. Sambil2 cari info tempat menarik kat sabah.

Dalam 630 pagi dah boleh masuk dalam flight. Bila dah duduk kat seat lega ada berdebar pun ada. Dalam hati berdoa jer semoga flight smooth dan sampai kat kk tanpa sebarang masalah. 

Flight ke kk pagi ni tak penuh. Seat belah mama dua2 kosong. So rasa luas la sikit tempat duduk. Lepas take off baru ada sorang amoi tukar tempat duduk kat seat kosong tu.

Bila travel ngan airasia wajib beli nasi lemak pak nasir. Mama memang tak breakfast sebelum naik flight tadi. Takut sakit perut nak membuang.

Bila steward tolak troli jual barang cenderahati airasia, terus teringat kat anak3 kat rumah. So belilah keychain kapal terbang sorang satu.

Alhamdulillah cuaca baik jer pagi ni. Takde langsung gegar2 langgar awan. Penerbangan selama 2 jam setengah tak terasa sangat. 

Mama tiba kat kota kinabalu international airport pukul 9.45 pagi seperti yang dijadualkan. Ciknik n the gang dah siap2 tunggu mama kat airport. 

Dari airport kami akan terus ke kundasang untuk memulakan percutian kami di negeri bawah bayu. Mama dah tak sabar2 nak merasa udara sejuk kat kundasang.

Sunday, December 9, 2018

Nasi Bamboo Sg Klah

On da way balik kami singgah lunch kat nasi bamboo sg klah. MasyaAllah ramainya manusia makan kat sini. Nak menunggu meja boleh menguji kesabaran.

Dah dapat meja nak beratur beli nasi dan lauk pulak. Ada 3 kaunter kena beratur. Kaunter nasi, kaunter lauk bakar2 dan kaunter lauk berkuah dan sayur2.

Dah beli nasi beratur nak beli lauk pulak. Line panjang sampai ke luar kedai. Papa siap2 amik 2 dulang terus. Malas nak ulang alik banyak kali.

Tu dia lauk hasil beratur dekat sejam. Ayam kg bakar rm8, ikan siakap bakar rm30, ikan bawal bakar rm22 dan ikan talapia bakar rm15.

Pastu mama dah malas nak beratur dekat kaunter sayur2 dan masakan berkuah. Makan macam ni pun dah cukup berselera. Sambal ikan bakar tu sedap sungguh.

Bertambah2 nenek dan tok ayah makan. Walaupun cuaca panas berdenting tetaplah berselera makan. Masa kami tengah makan barulah depa buat announcement boleh makan kat dalam bilik vip tapi kena caj la. 

Ninja turtle mama 3 orang ni memang tak disangkal2 lagi selera diorang. Rayyans suka makan ikan talapia bakar. Hafiy pulak makan ayam kg bakar. Alhamdulillah di atas rezeki Allah bagi. Mama dapat belanja nenek dan tok ayah sama.

Kuala Sepetang

Lepas breakfast kami terus ke kuala sepetang sebab nak cari ikan masin untuk nenek. Sambil2 tu usha jugak kedai mee udang mak jah tu tapi tutup lagi.

Pastu jalan2 sekitar pekan kuala sepetang. Mengikut sejarah, kuala sepetang ni dulu adalah sebuah pelabuhan untuk mengangkut bijih timah dari perak ke pulau pinang.

Kat kuala sepetang ada stesen keretapi iaitu port weld. Namun semua tu hanya tinggal sejarah. 

Stesen port weld pun cuma tinggal signboard sahaja. Landasan semua dah tak ada. 

Yang ada kedai2 kecik nelayan menjual hasil laut. Kami sempatlah jalan menyelusuri lorong2 kedai mencari ikan masin.

Mama bangga dapat jejak kaki ke tempat yang bersejarah. Selama ni hanya tau secara teori sahaja. Sekarang ni mama dah berjaya sampai kat tempat yang dinyatakan dalam buku teks sejarah.

Roti Bakar Arang Fadzil House

Breakfast pagi ni kami ke restoran fadzil house. Bila mama baca review ramai yang recommend makan kat sini.

Restoran kat lot paling hujung. Luas la sikit sebab boleh letak kerusi meja kat depan n tepi restoran. Pengunjung memang ramai gila masa ni.

Senarai harga makanan kat sini. So sebelum order tu jeling2 dulu harga nanti takdelah terkejut sangat bila nak membayar.

Nasib kami baik tak sempat tunggu lama dah dapat meja. Lepas tu order makanan n minuman. Disebabkan ramai orang, food agak lambat jugak dapat.

Apa yang special kat sini adalah roti bakar arang. Roti ni memang dibakar atas arang. Bau roti tu naik semerbak bila dibakar.

 
Kemudian telur half cooked dipecahkan atas roti. Kalau roti bakar special ada baked bean sekali.

Tapi mama cuma minta roti telur goyang biasa jer. Sebab anak2 tak makan baked beans tu.

Selain roti telur goyang, mama juga order roti kahwin. Ada butter n kaya kat tengah2 tu.

Nasi lemak ayam goreng untuk nenek dan tok ayah. Nasi lemak biasa2 jer rasa. Kalau nak dibandingkan dengan nasi lemak kat gerai depan umah kami rasanya lagi sedap yang kat gerai depan umah tu.

Nasi lemak telur mata pulak untuk hadif. Sambal nasi lemak cair. Kurang umpph. Rasanya masih boleh diperbaiki lagi.

Nasi lemak paru pulak untuk mama. Lauk paru tu banyak gila diorang letak. Memang tak habis makan.