Thursday, August 9, 2018

Fresco

Fresco ni berkonsepkan grocerant iaitu grocer + restaurant yang diasaskan oleh jaya grocer. Sambil beli barang dapur boleh terus makan dekat fresco.

Setiap kali datang beli barang dapur kat sini kami akan singgah makan. Very convenient. Tak perlu nak cari kedai makan kat tempat lain dah. Lepas shopping boleh terus makan dan terus balik rumah. Jimat masa.

Selain dari menu yang ada kat sini, kita juga boleh beli raw material kat jaya grocer dan bagi kat chef fresco untuk masak. Boleh request nak menu apa. Setakat ni mama tak pernah lagi request chef masak.

Mama lebih selesa pilih jer dari menu yang disediakan kat sini. Placed order, bayar then tunggu makanan dihantar ke meja. Maybe kena try jugak sekali. Untuk experience. Kot2 terbuka hati nak beli daging wagyu kat jaya grocer then bagi diorang masak.

Berbalik kepada menu yang kami order kali ni. Fettucine carbonara mama orderkan untuk hafiy. Nampak macam sikit fettucine ni tapi banyak sebenarnya. Sebab pinggan jenis tenggelam.

Rayyans pulak memang suka pizza. So orderkan jugak pepperoni pizza. Kalau pizza jenis lain diorang tak berapa suka. Especially pizza yang banyak sayur. Nanti kerjanya mengutip buang sayur.

Selain tu rayyans request nak makan burger jugak. Burger dia sedap. Mama lupa dah burger apa ni. Kalau tak silap burger daging. Kat sini ada jugak burger kambing tapi mama tak pernah try lagi.

Kalau dah kembar dua2 nak menu sama. Suruh share takmo. Terpaksalah order dua set burger. Nampak gaya pizza tu mama dengan papa la yang kena habiskan.

Kenmain bersungguh abg hadif nak gigit burger. Besar kot burger ni. Kalau habis satu set ni memang boleh kenyang sampai ke esok.

Wednesday, August 8, 2018

Kenny Rogers

Hari ni adalah hari yang penuh bermakna dalam hidup mama, 9 tahun lepas. Hari pertama mama bergelar ibu. Lahirnya anak2 kembar mama yang comel.

Now rayyans dah berumur 9 tahun. Mama terasa macam baru semalam mengandungkan dan melahirkan rayyans. Rayyans ni adalah miracle dalam hidup mama.

Bayangkan sepanjang pregnant tak tahu dalam perut mama ada dua nyawa. Selama 9 bulan bila check up, bila scan hanya nampak sorang. Tapi bila tiba hari nak melahirkan, eh tetiba ada dua orang pulak dalam perut mama. Itulah miracle namanya.

Tahun ni mama tak plan untuk buat birthday party diorang. Cuma mama dah plan untuk bawa diorang dinner kat hotel weekend ni. Dapatlah kami meluangkan masa berkualiti sama2.

Tapi kesian pula kalau langsung tak ada celebration untuk rayyans on their birthday. Nak tunggu weekend kira dah belated birthday. So hari ni mama bawa rayyans dinner kat kenny rogers aeon rawang.

1st birthday boy iaitu hazim rayyan pilih nasi lemak solo. Beras nasi lemak ni dah macam beras nasi dagang. Ke diorang memang guna beras nasi dagang?

2nd birthday boy iaitu hadif rayyan pilih nasi tomato. Sepatutnya lauk ayam masak merah tapi dah habis. So depa ganti dengan ayam goreng. Actually hadif lagi suka ayam goreng banding ayam masak merah.

3rd everyday birthday boy iaitu hafiy rayhan pilih baked chicken cocktail wit macaroni & cheese. Licin hafiy makan siap tak cukup lagi. Terpaksa share menu mama.

Papa pula pilih set 1/4 chicken dengan 3 side dish iaitu macaroni cheese, salad and beans. Macaroni cheese tu si hafiy tukang perabis.

Tak cukup dengan papa punya, mama punya pun dia sapu jugak. Mama amik set 1/4 chicken sama dengan papa. Side dish pun sama yang beza cuma mama amik nasi. Tak kenyang mama nak amik kacang macam papa.

Nanti weekend baru kita potong kek ya rayyans. Buat masa ni korang enjoy la makan muffin kenny rogers dulu. Kira kek la jugak kan.

Friday, August 3, 2018

Eat & Repeat

Hari jumaat adalah hari yang ditunggu sebab esoknya weekend dan juga sebab lunch hour lama. Sempatlah kami nak merayau jauh sikit.

Kali ni kami ke eat & repeat kat seksyen 7, shah alam. Konsep dia macam boat noodle. Ada pilihan makanan serve dalam mangkuk kecik dengan harga yang berpatutan.

Cuma kat boat noodle ada sangkaya. Kat sini tak ada rasanya. Kalau ada confirm mama dah order. Sedapnya sangkaya kat boat noodle aeon shah alam. Lama gila tak gi sebab malas nak beratur panjang.

Sukanya ciklala dan cik aishah sebab hari ni dapat keluar jalan2. Kalau tak terperap jer kat ofis. Nak keluar pun malas. Kalau boleh hari2 nak masak kat pantry je.

Senarai makanan yang dijual kat sini. Setiap makanan harga sama iaitu rm1.90 satu. Portion pun takdelah sikit sangat. Kalau jenis perut kecik makan dua mangkuk pun dah boleh kenyang. 

So pilihla nak makan apa, nak berapa mangkuk. Then tandakan dekat kertas order ni. Senangkan. Waiter pun tak perlu nak ulang2 tanya, tulis satu2 order korang yang bertingkat2 tu.

Semua ni mama punya. Mama amik pulut mangga, nasi goreng, nasi goreng bujang, mee hailam, mee bandung, laksa, kepak ayam dan air sarsi. Walaupun nampak mangkuk macam kecik jer tapi bila dah ko makan 6 mangkuk still kekenyangan jugak.

Depa ni la partner makan mama. Seronok bila ada kawan2 yang suka makan dan suka mencuba makan kat tempat2 baru. Mama harap diorang pun jadi gemuk macam mama jugak. Hahahahha.

Kan bertingkat2 tu mangkuk kami makan. Kalau dah sorang order sampai 4,5 mangkuk haruslah bersusun mangkuknya. Overall food semua ada rasa. Mama paling suka nasi goreng bujang.

Saturday, July 28, 2018

Road To Ipoh

Excited pagi ni sebab nak berjalan makan angin ke ipoh. Anak2 bila dengar nak jalan2 terus semangat bangun pagi.

Kali ni kami ke ipoh untuk attend kenduri kahwin cucu saudara papa esok. Alang2 nak ke ipoh mama teruslah rancang percutian. Sambil menyelam sambil minum air.

Dah lama tak bawak anak2 jalan2 tidur hotel. Kali ni kami akan menginap di W hotel. Mama tengok kat agoda bilik kat hotel ni cantik2. Nasib mama baik masih ada bilik kosong sebab mama baru call semalam untuk book bilik.

Walaupun hanya percutian singkat, harap2 itu sudah cukup untuk menggembirakan hati anak2. Semoga memori indah kami sekeluarag terpahat kukuh dalam hati diorang. Semoga Allah permudahkan perjalanan kami.

Saturday, July 14, 2018

Periuk Noxxa

Orang lain dah lama kemaruk dengan periuk noxxa ni. Aku plak baru nak terhegeh2 beli. Aku ni terpengaruh sebab katanya boleh masak nasi dagang sekejap je. 

Tu pun beli secara installment 3 kali bayar. Hehehe. Nak beli cash macam ralat sangat sebab harga mahal nau. Nasib baik ada emak opismate yang jual secara installment.

Hari ni aku merasmikan periuk noxxa setelah berbulan terperap kat bucu dapur. Time nak beli macam2 resepi dalam kepala nak buat. Tapi bila dah dapat periuknya, satu resepi pun tak jalan. 

Aku masak nasi dagang. Ya Allah senang nya kerja xyah nak kukus lama2 lagi dah. 7 minit dah siap masak nasi dagang. Rasanya pun tak jauh beza dengan nasi dagang yang dikukus. 

Nasi dagang ni aku duetkan dengan gulai ikan tongkol. Pasni takde alasan lagi dah tak nak masak nasi dagang. Suka hadif sebab favourite dia nasi dagang ni. 

Wednesday, July 11, 2018

Food Jam

Dalam seminggu, ada la 2,3 hari yang mama kena turun site untuk inspection. 

Selalunya inspection habis dah tengahari. Sedang elok la untuk lunch.  

Lepas inspection ajak kengkawan opis lunch kat restoran area site je. Hari ni mama turun site kat Sungai buloh. 

Kami ke food jam kat rahman putra. Kedai pun baru nak buka. Kami first customer. Actually kedai ni buka tengahari membawa ke malam. 

Menu berasaskan western food. Tapi ada juga menu nasi goreng.  So sesapa tekak melayu tu ada la pilihan kan. 

Starter kami order nachos. Licin jugak makan ramai2. 

Pastu main course order set talam. Sharing is caring katanya. Overall food taste not bad. Boleh la datang lagi next time. 

Thursday, May 3, 2018

3 Stooges

Lamanya tak jengah sini. Dek kerana kebizian menguruskan tugasan hakiki. Harapnya blog ni tak terkubur tanpa nisan. Mama akan cuba menaip gak kalau ada kelapangan.

Tepek gambar anak anak jer la buat modal. Si kembar sekarang ni dah berumur 9 tahun. Ketara perbezaan fizikal antara adik (hadif) dan abang (hazim). Hadif dah membesar dengan jayanya.

Si kecil yang kat tengah tu pulak dah 3 tahun. Paling kecoh antara ketiga tiga beradik. Baju nak sama jer dengan abang2. Kalau beli beza2 alamaknya jadi tukun la bju tu dia tak bagi abang2 pakai. 

Sunday, September 24, 2017

Little Penang Cafe

Ramai betul manusia kat klcc. Hampir pukul 2 petang pun masih ramai orang kat food court. Jenuh kami keliling cari meja kosong nan ado.

Dok pusing2 tu nampak little penang cafe. Tengok ada seat kosong. Terus masuk tanpa fikir panjang. Anak2 dok merengek lapar dah.

Bukan kata anak, mak pun kelaparan gak. Tapi mak leh kontrol senyum lagi.

Walaupun orang ramai tapi servis cepat jugak. Teh bunga, honey lime, air bandung dan dessert red pearl.

Nasi goreng for twin. Ada ikan bilis goreng dan telur mata. Request tak nak pedas. 

Kwayteow goreng for me n hubby. Suka sebab ada kerang. Kalau ada cili kicap potong tu sure lagi best. 

Selalunya twin x suka makan sayur. Tapi kali ni kacang n carrot dalam nasi tu semua depa telan.

Licin la pinggan depa. Nampak nau anak mak kelaparan. 

Harga quite pricey kalau nak dibandingkan dengan kedai mamak kat luar nun. Tapi nama pun kat klcc kan, padanlah harganya.

Friday, September 22, 2017

Cuti Panjang

Bukan cuti2 makan angin, tapi cuti mengupdate blog. Kekangan masa sebenarnya. Waktu siang terlalu sibuk dengan kerja. 

Bila balik rumah plak, cuba hadkan masa pegang handfon. Sebolehnya nak meluangkan lebih masa berkualiti dengan anak2 yang semakin membesar. 

Ni pun dapat taip sikit lepas gian sebab anak2 dah tido. Lagipun esok cuti awal muharram. Tido lambat pun takpe sebab esok x kerja. Kalau hari kerja pukul 10 confirm dah belayar ke laut dalam.

Untuk seluruh umat islam, diucapkan selamat tahun baru. Semoga tahun membawa lebih rahmat kepada kita semua. Salam awal muharram.

Lamanya tak makan suro kelantan...