Tuesday, March 10, 2015

School Trip

Berdebar plak rasa nak lepaskan rayyans follow school trip. Esok sekolah rayyans buat lawatan ke kidzania. First time nak lepaskan rayyans keluar tanpa pengawasan kami.

Diorang berdua kenmain excited. Setiap hari tanya bila nak naik bas gi kidzania. Mama pun setiap hari la jugak pesan kat diorang supaya dengar cakap teacher. Jangan lari2, jangan pergi tempat lain, ikut jer ke mana teacher pergi.

Dulu tilah pernah keje kat kidzania. Jadi duit2 tu dia ada simpan lagi. Bila rayyans nak ke sana, dia bagi la duit2. Mana tau kot2 rayyans nak beli apa2 kat dalam tu. Yang penting, mama kena yakin rayyans pandai berdikari. Insyaallah, semuanya baik2 sahaja.

Monday, March 9, 2015

Roti Sosej

Aktiviti petang dengan rayyans masak roti sosej untuk tea time. Diorang ni sejak mama pantang, petang nak kena ada tea time.

Gelek roti sampai nipis. Kami guna roti wholemeal. Tu jer yang ada kat rumah. 

Gulungkan sosej dalam roti. Sosej tu mama rebus biar masak dulu. Sebab nanti gorengnya sekejap jer kot2 sosej tak masak.

Roti ni mama potong dua sebab nak senangkan menggoreng. Kalau panjang2 nanti penuh kuali.

Celup dalam telur. Mama guna telur ayam kampung. Dalam telur mama letak garam secubit dan lada sulah. Kalau ada breadcrumbs bolehla golek2 atas breadcrumbs sebelum goreng.

Goreng dalam minyak yang betul2 panas dan gunakan api kecik jer. Lau tak hangit rentung nanti.

Hidangkan dengan mayonis. Nampak gelap skit sebab pakai roti wholemeal. Kalau roti gardenia putih tu lagi cantik bila digoreng.

Sunday, March 8, 2015

Mini Karnival Rakyat

Wiken ni ada mini karnival rakyat kat puncak alam. Ada macam2 aktiviti yang dianjurkan. Gerai2 jualan pun banyak jugak. Mama tak dapat la nak jalan2 cuci mata. Uish...tak sabarnya nak habis pantang.

Semalam tilah bawak si kembar pusing2 sana. Pastu nampak iklan pertandingan mewarna yang akan diadakan hari ni. So pepagi lagi diorang dah kejut tilah nak ke sana. Excited nak join pertandingan mewarna.

Pertandingan mewarna terbuka untuk kanak2 berumur 4 hingga 9 tahun. Yuran penyertaan sebanyak rm3 per head dikenakan. 

Setiap peserta diberi sekotak pensil warna dan sehelai lukisan. Setiap lukisan berbeza antara satu sama lain. Pensil warna tu plak terus jadi hak milik peserta.

Kusyuk dan tawadduk anak2 mama mewarna. Sampai berkerut2 kening. Dah rupa macam nak jawab soalan exam jer.

Agak2 boleh teka tak apa gambar yang diorang kaler ni. Mama after few times tengok baru realised gambar apa. Hazim dapat gambar badut n belon2. Hadif plak gambar sodok (backhoe).

Dah habis pertandingan semua peserta dapat goodie bag jajan. Diorang tak menang pun. Mama pun bukan harap sangat diorang menang. Mama tau keupayaan diorang setakat mana. 

Mama cuma nak dedahkan diorang dengan persekitaran luar. Yang penting, diorang dapat kutip pengalaman.

Saturday, March 7, 2015

Choc Moist Cake

Anak2 teruna kat rumah ni sukalah sangat memasak. Pantang hari cuti asyik ajak mama masak kuih. Mama dah la sibuk dengan anak kecik. 

Tetiba nampak iklan tepung segera untuk choc moist cake kat group puncak alam. Sedang elok sangatlah kan. Tepung kek coklat keluaran mieja's delight ni berharga rm15 jer.

Dalam pek ni ada tepung untuk kek serta bahan2 topping coklat dan rainbow rice untuk hiasan.

Selain tepung segera ni mama cuma perlu sediakan 3 biji telur, 1 cawan susu pekat, 1 cawan minyak masak dan 1 cawan air panas.

Mula2 pukul telur  dengan whisk hingga berbuih. Mama guna telur ayam kampung. Stok telur ayam bandar takde plak kat rumah. Tak kisah la kampung ke bandar, janji tetap telur.

Pastu masukkan 1 cawan susu pekat. Kacau sebati. Next time kena kurangkan susu sebab terlebih manis rasanya.

Seterusnya masukkan 1 cawan minyak masak. Kalau nak pakai mentega yang dicairkan pun boleh.

Masukkan 1 cawan air panas. Mama sukat air guna scoop putih macam gambar kat atas ya bukan guna cawan pink ni. 

Last sekali masukkan tepung dan gaul sebati. Pastikan tiada tepung yang berketul ketul.

Kemudian tuang dalam loyang yang telah disapu dengan butter. Bakar selama 45 minit pada suhu 170°C. Kalau nak kukus pun boleh jugak. Bila kek dah masak, biarkan sejuk seketika.

Untuk topping pula, campurkan serbuk topping, setengah cawan susu pekat dan setengah cawan minyak masak. 

Panaskan di atas api sederhana hingga likat. Biarkan sejuk sekejap then tuang atas kek. Hiaskan kek dengan coklat n rainbow rice. Pastu kek ready untuk dimakan.

Friday, March 6, 2015

Maharaja Lawak Mega

MLM tahun ni tak sebest last year punya tapi tu tak menghalang bontot melekap depan tv setiap kali show.

Rayyans memang minat gila ngan MLM. Ada sesetengah dialog yang diorang dah hafal. 


Salah satunya persembahan jalor masa theme bebas. "Pergi ke kedai nak beli roti. Kedai tutup".

Dah habis MLM ni ada plak orang2 yang rajin buat ayat ala2 kelakar cam jalor gak.

Bila baca ni senyum sorang2 dibuatnya. Ada jer rakyat malaysia yang kreatif ni kan.

Agak2 budak2 sekarang tau ke timba tu apa? 

Thursday, March 5, 2015

Communication Book

Kalau ada sebarang info yang pihak little caliphs nak inform parents, diorang akan maklumkan melalui communication book. 

Segala memo atau pemberitahuan akan ditampal kat dalam buku ni. Then students akan bawa balik buku dan bagi kat parents untuk acknowledgement. 

For me cara ni agak praktikal sebab kalau bagi info secara verbal kat budak umur 6 tahun belum tentu parents dapat info yang betul. Entah2 tak dapat info langsung.

Sebagai contoh, hari ni teacher bagi communication book ni suh wat balik. Diorang takde pun bagi kat mama buku ni. Nasib baiklah everyday mama check beg sekolah. Baru mama tau ada lawatan ke kidzania minggu depan.

Wednesday, March 4, 2015

Name Tag

Isnin lepas rayyans baru dapat name tag diorang. Dapat 8 set sorang walhal uniform ada 4 pasang jer.

Tapi idokler mama kome ni rajin bebenor nak menjahit. Kita antar kedai lagi senang. Tu pun amik masa sehari gak baru siap. Tukang jahit bz.

Pagi ni semangat nak gi sekolah sebab baju dah ada nama. Harap2 pasni teacher tak tertukar dah mana satu hazim n hadif.

Apa apapun rutin setiap pagi sebelum keluar rumah layan kartun dulu. 

Tuesday, March 3, 2015

Hantu

Selalu dengar mitos bila hantu gigit ada tinggal kesan biru lebam kat badan. Bahagian badan yang kebiasaannya dikaitkan dengan gigitan hantu adalah kat peha. Hazim baru kena gigit dengan hantu, bukan kat peha tapi kat bahu. 

Hantu gigi rongak yang gigit dia. Rongak2 pun still boleh melebamkan bahu hazim. Hantu gigi rongak yang mama maksudkan adalah hadif rayyan. Bila tanya napa dia gigit, katanya dia geram sebab hazim merengek.

Monday, March 2, 2015

Check Up @ 1 Bulan

Pagi tadi bawa hafiy ke klinik desa puncak alam untuk check up sebulan. Kesihatan dan perkembangan hafiy berada dalam keadaan yang baik.



Semangat betul si hafiy ni. Berat dah 5.3kg. Mana taknya, sekali menyusu dia boleh habiskan 4 ke 5 oz. Menyusu paling lama setiap dua jam. Time dia tak nak tidur setiap jam nak susu.

Tadi budak tecik ni dah kena cucuk. Nasib baik tak melalak. Nangis ala2 macho. Pas cucuk sumbat botol susu terus tidur.

Lepas check up baby sambung check mama pula. Alhamdulillah parut luka dah elok. Berat pun dah turun ke angka 86kg. Last pregnant aritu berat 104kg. Nangis..

Masa ngandungkan kembar dulu berat mama takat 83kg jer. Sekarang berat masa tak ngandung lg berat dr mengandungkan si kembar apa cita. Orang cakap kalau breastfeed ada chance berat turun. Harap2 berat mama turun ke angka 7. 

Sunday, March 1, 2015

Roselle

Raya haji last year masa pergi beraya kat rumah tokcu kami dijamu dengan jus roselle dan waffle berintikan jem roselle. Jus dan jem tu tokcu buat sendiri. Kat laman rumah tokcu penuh dengan pokok bunga roselle.

Pastu papa mintak la biji benih ngan tokcu. Bila balik puncak alam papa pun mulalah menyemai. Selepas 4 bulan barulah nampak berputik. 

Putik2 ni dah mula keluar bunga. Lepas bunga gugur bolehla petik buahnya untuk dibuat jus. Ikut pengalaman tokcu, 5 biji buah roselle boleh buat 1 jug jus roselle.

Buah roselle kaya dengan vitamin c. Mama ada terbaca antara khasiat roselle adalah sebagai agen antipenuaan, cegah penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung serta mencegah kanser.

Cantikkan bunga roselle yang dah berkembang ni. Kaler pink keunguan.