Wednesday, February 18, 2015

Biskut Cornflakes

Selepas buat nutella cup cakes semalam terus sambung buat biskut cornflakes pula. Mood tengah rajin nak membaking ditambah dengan adanya pembantu cilik di dapur.

Bahan:
150gm mentega
150gm tepung gandum 
75gm gula halus
80gm cornflakes 
25gm badam cincang
1st esen vanila


Satukan mentega dan gula. Gaul hingga gula dan mentega sebati dan sekata.

Kemudian masukkan tepung dan gaul rata.

Masukkan cornflakes, badam dan esen vanilla.

Teruskan menggaul hingga adunan sebati.

Sudukan atas dulang pembakar. Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit terlebih dahulu dengan suhu 170°C selama 20 hingga 25 minit.

Akhir sekali, angkat dan sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Second version, resepi sama jer cuma mama guna bijirin campuran instead of cornflakes. Pastu tabur coklat rice.

Tuesday, February 17, 2015

Nutella Cup Cakes

Nutella cup cakes untuk minum petang. Senang gila nak membuatnya. Mama jadi mandur dibantu oleh twin chef mama.

Bahan:
200 gram nutella
8 sudu size sederhana tepung gandum
2 biji telur

Tuangkan nutella dan 2 biji telur dalam mangkuk. Gaul sampai sebati. 

Masukkan tepung sikit demi sedikit sambil gaul sampai sebati.

Masukkan adunan ke dalam paper cup hingga 3/4 penuh. Kat atas cake tabur manik2 bewarna untuk menarik minat anak2 makan.

Bakar dalam suhu 200°C, api oven atas bawah selama 15 - 20 minit. Nutella cup cakes siap untuk dihidang.

Monday, February 16, 2015

Peralihan

Budak tecit mama ni dah mula tunjuk taring. Masuk hari ke 20, perangai dah berubah. Sebelum ni kejenya asyik tidur jer. Bangun tidur dan nangis bila nak susu jer. After bagi susu, tidur balik.

Dah dua malam ni lain plak peelnya. Malam semalam pukul 11 malam dia bangun, then 3 pagi baru dia nak tidur. Malam tadi pula pukul 3 pagi dia bangun sampailah ke subuh tak nak tidur. 

Paling best, tak nak diletak. Nak orang riba jer. Kalau letak start merengek. Terpaling best lagi, peel ni bila dengan mama jer. Bila papa yang bagi susu eh elok plak dia tidur. Nampak gaya terpaksa papa jer la yang bagi susu.

Harap2 malam ni ok la dia tidur. Kesian mak ko nak, kepala dah weng semacam. Dah rupa zombie mama tak cukup tidur.

Sunday, February 15, 2015

Gift

Rezeki baby rayhan dapat gift dari sanak sedara yang datang melawat.

1st give pemberian dari pihak hospital sg buloh. Dapat masa nak check out.

Dalam new mom bag tu ada pampers dan sabun.

Bedung baby readymade dari cikla.

Baju dari umi, pengasuh rayyans.

Hamper pureen daripada family taufiq, tunang kepada kakak tilah.

Hamper dari opismate mama. Terima kasih semua kepada yang memberi.

Saturday, February 14, 2015

Tetamu

Hari ni hafiy terima kunjungan hormat dari tetamu jauh, nun dari kl. Jauh la sangat kan.

Ni semua opismate mama. Kakak nisa, lala, dejah dan wani. Kakak la kan sebab depa ni single mingle tak kahwin lagi.

Hafiy with kakak dejah. Seram sejuk kakak dejah nak riba hafiy sebab takde pengalaman ngan baby.

Ni plak kakak wani yang terlebih expert lak pasal budak kecik. Maklumlah member ada adik kecik. Dah biasa mengasuh baby.

Hafiy with kakak lala. Masing2 tak lepas peluang riba hafiy. Praktis dulu pasni mana tau masing2 ada anak sendiri nanti.

Hafiy with kakak nisa. Nisa ni kira bff mama la kalau kat opis. Geng breakfast kat restoran rejab pepagi before kuar site inspection.

Terima kasih kakak2 semua sanggup datang dari jauh semata2 nak melawat hafiy.

Friday, February 13, 2015

Sin Chan

Mama tak tahu nak marah ke nak gelak. Macam2 kerenah budak2 ni. Hazim dan arisa, lepas lunch dua2 terlena. 

Hadif plak liat skit nak tidur. Bosan tinggal sorang2, dia naik tingkat atas. Mama takdelah amik tau apa dia buat kat atas tu.  

Pastu dia turun bawah terus join budak berdua tu tidur. Siap tutup muka ngan bantal. Mama ingatkan dia silau ke apa. Jadi mama takde la amik kisah sangat. 

Sekalik bila dia berpusing, terkejut mama ko nak. Apa dah jadi ngan kening tu ha. Dah macam rupa sin chan mama tengok. Sah2 la tadi dia main celak mama. Entah apa khabar la alat2 mekap mama kat atas nun.

Kasut Sekolah

Si kembar ke sekolah pakai kasut sekolah putih. Walhal boleh jer pakai selipar jepun. Sebab kat dalam kelas kena buka kasut.

Masa shopping barang sekolah hujung tahun lepas, diorang nampak kasut berlambak kat econsave. Teruslah berlaku adegan drama swasta.

Mama tak nak belikan tapi diorang still nak jugak kasut sekolah putih. Siap dengan berstoking bagai. Last2 stoking tu mama yang pakai dalam pantang.

Hari ni balik sekolah, benda pertama yang diorang cakap teacher suruh basuh kasut sekolah. Kasut dah kotor katanya.

Papa cakap nak basuhkan tapi diorang insist nak basuh sendiri, arini gak. Layankan aje la. Masa tengah mood diorang rajin ni kita encourage jer.

Nah amik berus, amik sabun, basuhlah sendiri kasut hangpa. Beria sampaikan seluar sekolah pun tak sempat tukar.

Alfatihah

Malam tadi pulangnya seorang pemimpin bertemu dengan penciptanya. 

Sebagai rakyat kelantan, mama terkesan dengan pemergian tuan guru nik aziz.  

Semoga insan mulia ini ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Alfatihah..

Thursday, February 12, 2015

3 Stooges

La ni cikla n arisa datang tidur kat umah kami sepanjang ketiadaan p.cik nasir. P.cik nasir outstation ke kelantan selama 6 hari. 

Cikla takut nak tidur kat rumah dia berdua jer dengan arisa. So mama ajak cikla lepak kat umah kami jer.

Si kembar of courselah gembira sangat2 sebab bertambah geng upin ipin. Kebiasaannya main berdua, la ni dah bertiga.

Hadif jadi chief 3 stooges. Macam2 ilmu diperturunkan kat arisa.

Dah penat main, rehat makan roti sapu kaya sambil tengok kartun.

Wednesday, February 11, 2015

Roti Sarang Lebah

All this while dok tengok jer orang update pasal roti sarang lebah. Tapi tak pernah terbuka hati nak beli sebab rayyans kureng skit makan roti.

Cikla dah 2, 3 kali order dengan orang puncak alam yang buat delivery. Satu box ni harga rm5. Petang ni cikla order lagi 2 bekas. Mama cuba rasa, lembut jer rotinya. Nasiblah mama dalam pantang. Tak dapat nak rasa lebih2 cicah sosnya.

Rupanya anak mama suka la plak makan roti sarang lebah. Diorang suka dengan sos pencicah yang manis tu. Sampai menjilat jari diorang makan. Next time bila orang tu buat delivery bolehlah mama order jugak.