Tuesday, February 10, 2015

Hafiy Rayhan Vol II

Makin hari muka hafiy makin berubah. Kalau masa baru2 lahir aritu muka ada iras hadif. Sekarang ni dah tak tau ngikut muka sapa dah.

 Day 8

 Day 9

 Day 10

 Day 11

 Day 12

 Day 13

Day 14

Mahap la ya asyik2 tepek muka budak bam bam ni. Mamanya over excited. Maklumlah dah lama takde anak kecik. Hmmm...bestnya bau bayi kan..

Monday, February 9, 2015

Jaundis

Mama ada bad experienced bila sebut pasal jaundis. Dulu si kembar dua2 dapat prolonged jaundis. Masa diorang umur 5 hari kena masuk wad sebab bacaan bilirubin dalam darah terlampau tinggi.

Diorang kena tahan wad selama 5 hari. Bayangkan mama dengan perut yang baru dibedah, kena jaga 2 baby yang kena jaundis. Its a very tough time.

After keluar wad pula, kena follow up check up every 2 days. Buat blood test. Naik lunyai kaki tangan diorang kena cucuk amik darah.

The worst part, hingga habis pantang jaundis hadif tak hilang2. At last doktor terpaksa amik air kencing hadif untuk buat further test.

Masa tu kalau still tak ok, hadif kena jalani pertukaran darah. Syukur, things went well after that.

Masa umur si kembar 10 bulan, mama pula yang dapat jaundis. Seminggu berkampung kat wad. Nyaris nak kena buat biopsi. Doktor simpulkan mama dapat jaundis due to fatty liver.

Sekarang, hafiy pun dapat jaundis start hari keempat. Hampir dua minggu kami dok ulang alik klinik dan hospital buat blood test.

Mujur bacaan jaundisnya tak teruk sangat. So takdelah kena tahan kat wad. Masuk hari ke14 barulah hafiy get back to normal. Yeay.. tak perlu nak ulang alik ke klinik lagi dah.

Sunday, February 8, 2015

Papan Hitam Putih

Mama dah lama niat nak beli papan hitam untuk rayyans. Tujuannya nak mengajar rayyans menulis kat rumah.

Kebetulan kakak tilah pergi ikea. Then dia wasap mama gambar papan hitam kekuda namanya. Harga rm79 seketul. Kakak tilah nak hadiahkan kat rayyans.

Papan ni ada dua side. Satu bahagian papan hitam kena tulis pakai kapur.

Lagi satu side papan putih. Kena guna whiteboard marker.

Kakak tilah siap belikan kapur n marker untuk rayyans.

Suka rayyans dapat papan kekuda ni. 

Pelajaran pertama, moh kita belajar tulis nama sendiri. Rayyans ni nama sendiri pun tak pandai tulis lagi. Huhuhu...

Harap2 pasni ada improvement la sikit kat diorang ni. Mama slowly ajar diorang mengeja. Tak boleh nak serah bulat2 kat cikgu kat sekolah.

Saturday, February 7, 2015

Birthday Mawar

Mama jue ada buat kenduri akikah dan birthday party untuk mawar yang ke 5 tahun. 

Disebabkan mama baru bersalin, tak dapekla nak memeriahkan majlis diorang. Mama hantar wakil jer.

Birthday girl, Mawar Qhalesya. Cantiknya kek mawar bertemakan frozen.

Mama jue ada sediakan candies buffet jugak. Yang ni memang jadi kesukaan budak2. Kalau sesapa ada hajat nak bercandies buffet bolehlah kontek mama jue.

Amboi seronoknya rayyans makan buah celop coklat. Confirm tak ingat kat mama ni masa makan.

Menu utama nasi tomato yang mama jue masak sendiri. Selain tu ada kambing golek. According to papa, semua food sedap2.

Friday, February 6, 2015

Penat

Rayyans ni jenis susah nak tidur petang. Diorang sanggup tahan mengantuk sebab nak main or tengok tv. Diorang akan tidur bila betul2 penat jer.

Lepas amik diorang dari sekolah papa terus ke masjid untuk solat jumaat. Mama plak sibuk tidurkan hafiy kat dalam bilik. Tetiba rumah sunyi jer mama dengar.  

Bila mama keluar tengok dua2 dah terlentok. Paling win hadif la. Siap tertidur sambil duduk. Lena plak tu. Penat sangat la kot nya ni.

Thursday, February 5, 2015

Milk Booster

Cita2 mama tinggi. Kalau boleh nak bagi susu badan kat hafiy sampai umur dia 2 tahun. Mama tau bukan senang nak melalui tempoh 2 tahun tu. Ada masa susu banyak. Ada masa susu tak berapa nak ada.

Mama banyak merujuk perihal penyusuan kat aunty tasya. Mama kagum ngan aunty tasya berjaya susukan anak sulongnya sampai 2 tahun. La ni anak kedua plak dah disusukan lebih dari setahun.

Atas nasihat aunty tasya supaya mama kerapkan pam dan start simpan stok susu untuk kegunaan masa depan. Kalau boleh mama nak tiru dia. Stok susu banyak gila sampai kena beli deep frezer untuk simpan susu.

Lama kelamaan production susu akan makin berkurangan. Time tu plak anak menyusu makin banyak. So ada kemungkinan production susu tak mencukupi. Jadi kena simpan stok dari awal sebagai back up time darurat nanti.

Untuk membanyakkan susu, mama minum milk booster umma lacto. Mama cuma berusaha selain dari berdoa semoga Allah makbulkan doa mama untuk menyusukan hafiy hingga umur dua tahun.

Selain tu mama juga minum susu anmum lacta iaitu susu formula untuk ibu2 yang menyusukan anak. Semoga usaha kecil mama ni akan membuahkan hasil.

Wednesday, February 4, 2015

Pre Schooling

Rayyans dah enam tahun. Tahun depan dah nak masuk tahun 1. Dari segi pembelajaran mama akui diorang banyak ketinggalan. Diorang masih tak tau membaca. Tulis nama sendiri pun tak betul lagi. Tunggang terbalik hurufnya. Mama tak tau la nak risau ke tak? 

Kat sekolah diorang ditempatkan kat kelas yang berasingan. Mama tak pasti macam mana perasaan parents lain yang ada anak kembar. Mama selalu terpikir macam mana kalau cuma salah seorang yang outstanding. Macam mana kalau yang lemah tu rasa rendah diri.

Sekarang pun mama dah nampak ada perbezaan. Salah seorang dah boleh baca sukukata. Lagi sorang memang tak tau apa2. Dia lebih suka mewarna daripada membaca. Mama harap bila dah masuk darjah satu nanti diorang dapat improve.

Tuesday, February 3, 2015

Thaipusam

Hari ni cuti thaipusam tetapi mama kena ke hospital sg buloh untuk wat blood test hafiy. Nak check jaundice.

Hampir separuh hari mama kat hospital. Naik kematu bontot menunggu result darah. Kesian rayyans kena tinggal kat rumah dengan kakak tilah.

Hmm..rupanya diorang keluar gi kedai motor. Mama dapat wasap gambar2 ni dari kakak tilah. Diorang keluar teman abang taufiq nak beli motor.

Amboi suka la tu dapat keluar. Mama takde selalu takde kat rumah pun takpe sebab diorang bleh ajak kakak keluar.

Monday, February 2, 2015

Budak Bambam Vol I

Mama mati kutu plak bila 4 hero mama tidur. Tiga2 anak plus papanya sekali terlentok depan tv. Me? Jenis yang susah nak tidur petang.

Hilangkan bosan, jom tepek gambar budak bambam. Yang pasti kulit adik sedikit 'manis', tak menurun kulit abang2.

Day 1

Day 2

Day 3

Day 4

Day 5

Day 6

Day 7

Sunday, February 1, 2015

Hati

Bersalin umpama pertarungan hidup dan mati. Macam2 perasaan bercampur aduk dalam hati sebelum bersalin.

Banyak yang mama fikirkan. Excited nak jumpa baby HR. Risau keselamatan diri dan baby HR. Risau pasal si kembar.

Macam2 persoalan timbul.

Macam mana kalau operation tu gagal?

Macam mana kalau mama tak selamat? Or baby HR tak selamat? Or we both tak selamat?

Kalau mama tak selamat, macam mana dengan si kembar?

Boleh ke papa jaga si kembar dan baby HR bersendirian? 

Boleh ke si kembar terima kenyataan dan keadaan if im not in this world anymore?

Masa 1st delivery dulu, mama cuma risaukan keselamatan diri dan kandungan sahaja. Tekanannya kurang. 

Tapi sekarang, mama dah ada si kembar di bawah tanggungjawab mama. Jadi pressure tu agak tinggi.

Bila fikirkan semua persoalan ni buat hati mama gundah gulana. 

Everytime mama berdoa dan bertawakkal semoga semuanya dipermudahkan Allah S.W.T.

Alhamdulillah, mama bersyukur kerana semuanya berjalan lancar dan selamat.