Saturday, March 1, 2014

Cameron Highlands : Butterfly Farm

Aktiviti petang kami ke butterfly farm. Tunggu rayyans bangun tidur, after asar kami keluar.

On da way ke butterfly farm lalu tempat orang jual kelapa apa entah namanya kat tepi jalan. 

Isi buah kelapa yang telah dikopek.

Believe it or not, mama tak pernah minum air kelapa ni. Papa jer yang beria beli suh mama cuba.

Sebelum masuk taman, kenalah beli tiket dulu. Harga tiket untuk dewasa rm5 perhead dan kanak2 rm2 perhead.

Walaupun dah selalu datang cameron tapi ni first time bawak rayyans masuk taman rama2. Jelas kat muka diorang betapa excitednya dapat tengok rama2.

Bukan setakat anak, maknye pun sama excited.

Antara rama2 yang sempat mama ambik gambar.

Yang ada cuma rama2 kecik jer. Mama tak jumpa pun rama2 yang besar.

Rama2 kaler turqouise.

Walaupun namanya taman rama2, binatang selain rama2 ada gak kat sini. Spesis katak ni pun ada 2, 3 jenis.

Kura2 pun ada 4, 5 ekor.

Itik pun ada tau. Kesian anak mama tak kenal itik. Diorang panggil itik ni ayam.

Cuba cari benda tersembunyi kat dalam gambar ni. Mama mula tu tak nampak gak binatang ranting ni.

Kesian kaktus ni jadi mangsa tangan2 yang vandalisme. Kaktus ni dah jadi saksi janji2 pasangan yang bercinta.

Kejap jer kami pusing2 kat dalam ni. Adalah dalam sejam jer. Taman ni kecik jer sebenarnya cuma yang penat sebab kawasannya berbukit.

Dah habis tengok rama2 bolehla singgah jamu mata kat kedai souvenier sebelab taman ni. Pelbagai tanaman dan souvenier ada dijual.

Cameron Highlands : Rosa Passadena

First time stay kat hotel rosa passadena. Selalunya kami dok kat iris house hotel. Disebabkan last minute booking, takde bilik kosong.

Pemandangan dari dalam bilik kami.

Perabot yang ada dalam bilik. Tv lcd dengan siaran astro. Banyak gak channel yang dapat.

Toilet bersih dan ada bath tub. Yang penting jamban ada paip air senang nak basuh verak.

Dua beradik ni bila nampak bath tub terus campak baju. Berejam dok berendam dalam ni.

After mandi, bagi diorang rehat dan tidur secukupnya. Diorang ni kalau tak cukup tidur memang meragam la jawabnya.

Our bed..1 single and 1 queen bed. Mata hadif dah kuyu ready nak tidur.

Pemandangan pada waktu malam. Bilik kami membelakangkan jalan utama yang berdepan dengan stesen minyak petronas.

Overloaded car. Parking adalah satu masalah kritikal. Parking bawah hotel terhad. So we just parked kat tepi jalan. Luckily boleh nampak kereta from our room.

Cameron Highands : Cameron Valley Tea House

Setelah berpenat lelah memetik anggur, haruslah berehat sambil menikmati teh cameron.

Tak sah datang cameron kalau tak minum teh. Kami benti kat cameron valley tea house.

Teh feveret mama masala tea. Dia ada rasa macam rempah2. Minum panas2 dalam cuaca sejuk amatlah heaven.

Si kembar pilih sendiri nak makan apa. Hazim pilih icecream brownies.

Hadif with chocolate cake. End up berebut brownies dengan hazim sebab kek coklat ni rasa dia thick sangat.

Papa tunjuk skill tuang teh dalam cawan.

Bestnya minum teh kat cameron. Bila beli teh yang sama bawak balik rumah feel dia tak sama macam minum kat sini.

Cameron Highlands : Sweet Grape

Untuk kesekian kalinya kami ke cameron highlands lagi. Sampaikan ada kawan mama buat statement mama balik kampung cameron highlands. Sebab boleh dikatakan setiap bulan kami ke sini. 

Di tambah dengan cuaca panas sekarang ni, lagilah membuak2 nak ke tempat yang sejuk. Walaupun cameron dah tak sesejuk mana. At least sejuk sikit la dari shah alam ni.

Kali ni kami naik ke cameron mengikut jalan tapah. Gigih ikut jalan bengkang bengkok semata mata nak petik anggur kat lembah bertam berbekalkan sketch peta lokasi kebun anggur ni. Kalau dari tapah lebih dekat untuk ke sini.

Kebun ni berada di sebelah kiri. Signboard sweet grape ni kena perhatikan betul2 sebab dia agak ke dalam. Kami dah terlepas then kena pusing balik. Bila dah nampak singboard ni silalah berhenti dan parking kereta.

Sebabnya.. tu dia jalannya nak ke kebun. Kena jalan kaki turun naik bukit dek non sejauh 200m. Masa mula2 sampai agak was was betul ke kat dalam ni ada kebun anggur. Kawasannya macam sunyi jer. Takde pun pelawat yang datang.

Tawakal jer alang2 dah sampai ni redah jer la. Dah la anak mak si bulat ni gayat semacam. Hazim kena pimpin tangan dia sepanjang jalan. Nampak tak muka kecut tu.

Nasib baik terserempak dengan sorang pekerja bangla. Mama tanya la bangla tu mana kebun anggur. Jawab dia ' akak naik atas... pusing kanan. Jalan terus itu anggur belah kanan'. Ok.. konfiden skit bila dengar memang ada anggur.

Kami pun meneruskan pendakian. Bila sampai simpang belok kanan, kiri kanan penuh dengan bunga kekwa yang baru nak berbunga ni. Kalau datang masa bunga2 ni tengah kembang sure cantik kan.

Kalau tak boleh mama main kejar2 ngan rayyans dalam ni sambil nyanyi2 feeling cerita hindustan. Tinggi uols pokok bunga kekwa ni. Tenggelam mama. Ke mama yang pendek sangat?

Perjalanan diteruskan hingga hujung, sehingga jumpa sebuah rumah pekerja. Atas lori pikap ni penuh dengan bunga2 kekwa yang baru dituai. Kalau mama datang last week mesti sempat main sorok2 celah2 bunga ni kan.

Kat belah kanan ada satu pintu kecil. Bila melangkah jer ke dalam, subhanallah terbentang depan mata pepohon anggur yang tengah lebat berbuah. Mama is so speechless. 

Sudah banyak kali mama ke cameron tapi tak pernah tahu wujudnya kebun anggur kat sini. Mama tau ni pun dari kawan ciknik yang dah lama tinggal dan mengajar kat cameron. 

Anak beranak semua teruja dapat tengok anggur depan mata dan yang lebih teruja dapat pegang anggur yang masih tergantung dekat pokok. Pengalaman pertama yang amat priceless. 

Nasib baiklah takde orang lain kat sini. Kalau tak mesti orang tu geleng kepala tengok tahap keterujaan kami ni. Tak sangka anggur ni boleh hidup kat malaysia. Sekarang tak perlu dah nak ke oversea untuk petik anggur.

Geramnya mama tengok buah anggur ni. Mengikut owner kebun, lagi gelap buahnya lagi manis. Buah plak besar2. Kira ok la dia punya tumbesaran takde nak terbantut ke apa.

Pokok anggur ni dah berusia 6 tahun tapi baru dua tahun mengeluarkan buah. Petak kebun bersebelahan pula dah berumur 10 tahun. Tapi buah2 nya dah habis dituai. Tinggal yang petak ni sahaja menunggu masa untuk dituai. 

Baka anggur ni adalah dari australia. Anggur ni ada biji. Cuma anggur merah jer yang sesuai dengan cuaca kat cameron. Kalau anggur hijau rasanya jadi sangat masam.

Pokok anggur cuma berbuah dua kali jer setahun. Kebiasaannya berbuah pada bulan 2-3 dan bulan 7-8. So kalau nak datang melawat pastikan set masa dengan betul. Kalau tak sia2 datang tengok pokok jer.

Aunty owner tu cakap memang sengaja buah2 ni tak dituai dulu. Sebab nak tunggu pelawat masa cuti sekolah tengah bulan nanti. Kebiasaannya ramai pelawat yang datang masa cuti sekolah.

Ini adalah senarai harga bagi yang nak rasa pengalaman petik anggur. Rm18 untuk satu kg. Tak mahal pun harganya. Lebih kurang harga kat pasaraya jer.

Mama of course la tak lepas peluang untuk merasai sendiri pengalaman memetik buah anggur. Nak gi petik anggur kat oversea entah bila la akan tercapai.


Anggur2 kat sini tak dipasarkan kat mana2. Kalau nak beli kena datang terus ke kebun. Ini kerana anggur agak leceh untuk dihandle. Buahnya cepat buruk dan bercerai dari tangkai.


Aunty ni baik hati bagi kami rasa. Rasa anggur ni boleh tahan manis. Buahnya plak gemuk2 dan segar. 


Si kembar ni tak puas hati sebab diorang tak sampai nak pegang buah anggur. Tu kat tangan siap ada kayu dah nak kait buah anggur tu.


Inilah aunty tuan punya kebun anggur ni. Kami beli 2kg anggur sebagai bekalan. Thank you to aunty sebab rajin melayan segala pertanyaan kami. Next time sure kami singgah sini lagi.