Saturday, April 6, 2013

Gelagat Anak-Anak














Sight Seeing

Belah petang masing-masing dok merehatkan diri dalam chalet jer. Kalau ikutkan kami nak berendam dalam sungai belakang chalet. Tapi airnya tak berapa jernih. Keruh jer. Ikut kata pekerja, dah seminggu hujan tak turun. Sebab tu lah air cetek dan keruh.

So papa tak bagi kami mandi, takut air kotor. Kesian Rayyans, dah excited tukar pakai baju mandi. Last-last, papa n Hadif tertidur. Mama bosan kot dok melangut dalam bilik. Ajak Hazim keluar jalan-jalan sekitar kawasan chalet.

Kat luar, mama jue tengah sibuk potong buah nak cicah coklat untuk bbq dinner malam nanti. Mata Hazim tu asyik dok merenung buah tu jer. Strawberry celup coklat adalah makanan kegemaran diorang buat masa ni.

Indahnya ciptaan Tuhan. Cantikkan kaler buah-buah ni.

Hazim dah tak menyempat nak tunggu malam. Dia dah rasmikan buah ni dulu.

Then mama nak jalan-jalan menikmati udara segar sekitar chalet. Alif dan mawar pun ikut sekali. Kat sini memang banyak pokok-pokok dan bunga-bunga yang cantik. Mama sempat merakamkan keindahan bunga-bunga itu.

Kat sini memang banyak pokok bunga kantan, tapi jenis yang tak boleh dimakan. Mama pun tak tau apa beza dia.

Sebelum kembang rupa dia sama jer. Yang pasti, bau dia sebijik sebijun yang kita boleh makan tu.

Ini pokok bunga kantan yang dah berkembang penuh. Cantikkan? Pink terang warnanya.

Bila bunga dah layu, tinggal biji jer. Macam rupa buah kelapa sawit pun ada. 

And here come the beautiful flowers...

Sekuntuk mawar merah...sebuah puisi..untuk gadis pilihan... 

Bunga raya kaler peach 

Bunga raya kaler merah 

 Yang ni tak tau nama apa









Ini buah markisa kan? Subur jer pokok dia merayap kat pagar tepi sungai.

Pergh..panjang gila N3 ni sebab banyak gambar. Ni belum habis jelajah kawasan chalet. Sambung next N3 la...cerita bergambar kita.

Pot Luck Lunchy

Dah check in, dapat kunci chalet, masing-masing pun mengangkutlah barang-barang umpama nak dok sebulan kat sini. Beg baju cuma satu, tapi bekas makanan bertimbun-timbun. Nampak sangat datang sini nak makan kan.

Inilah chalet kami yang bernombor 9. Chalet ni luas, ada 1 katil queen dan 3 katil single kat dalam bilik. Kalau yang datang bawa family memang sesuai sangatla. 

Mama berkesempatan bersembang dengan owner chalet (dengar khabar seorang berstatus datin), katanya kayu yang digunakan untuk bina chalet ni dari kayu recycle. Kayu recycle lebih tahan kepada serangan anai-anai berbanding kayu yang baru.

Si Rayyans bila dah terlepas, bukan main seronok lagi berlari sana sini, main kejar-kejar. Sekali diorang melompat atas katil, bergegar satu rumah. Risau jer mama takut-takut chalet roboh. Lantai chalet dari kayu plywood jer. Sekali melangkah terasa papan melayut.

Papa amik kesempatan berehat selepas 5,6 trip jalan kaki mengangkut barang. Di depan setiap chalet yang kami duduk ni ada disediakan meja dan payung untuk tetamu melepak-lepak.

Sampai putus selipar papa dek berjalan mengangkut barang. Takpe pa, balik nanti kita beli selipar baru ekk. "ayat pujuk laki yang dah kepenatan ulang alik".

Sementara yang bujang-bujang n bapak-bapak dok angkut barang, yang mak-mak ni bz dok menjaga anak masing-masing. Especially Rayyans, aktif dia lain macam bila sesekali terlepas kandang.

Aktiviti kami kat Janda Baik dimulai dengan lunch bersama makanan pot luck. Menu pot luck kami nasi lemak, sambal udang, mihun goreng, makaroni bakar, nugget dan ayam goreng. Banyak gila makanan, sampai tak habis nak makan.

Seronok betul piknik kat tempat redup dan nyaman macam ni. Pada awalnya masing-masing memang seronok sangat dok makan-makan until satu tragedi berlaku.

Apa tragedi tu? Tunggu sampai akhir nanti mama cerita.

Pas makan mama amik peluang bergambar-gambar dengan pokok dan alam sekeliling. Bukan senang nak jumpa pokok-pokok hutan ni bila balik ke KL. 

Si anak plak tak kasi chance mama nak berposing single mingle. Ada jer yang nak mencelah. Sila sedar diri yer awak tu dah beranak pinak.

Sebelum tragedi tu berlaku, memang sikit pun tak terlintas kat kepala mama ni pasal benda tu. Awal-awal memang berani la dok posing-posing kat celah pokok.

Tragedi yang berlaku adalah ULAR JATUH ATAS BAHU K.HANIM. Weols serentak menjerit ULARRRRR. Amik ko...entah dari mana ular tu datang. Tetiba jatuh dari atas, terus menimpa bahu k.hanim. Syukur la ular tu tak mematuk tapi terus melarikan diri ke bawah chalet. Kebetulan masa tu ada kucing, kucing tu terus mengejar ular tu. 

Memang agak menggerunkan. Masing-masing dah kerisauan. Ye la, kami ni kat dalam hutan. Macam-macam binatang merbahaya terutamanya incik ulorrr ni. 

Dek kerana tak sedap hati, papa masuk chalet, meninjau keadaan dalam chalet. Surprised, ada sekor lagi dok celah-celah antara bumbung dan dinding bilik air kami. 

Apalagi, tanpa membuang masa, terus panggil pekerja chalet. Selamba jer pekerja tu tangkap dan bunuh ular daun yang kaler hijau ni. 

Ikut kata owner, kat sini memang ada ular tapi sebelum ni tak pernah lagi menganggu penyewa cam ari ni. Perghhh..berdebar siot. Nak berak pun takut-takut. Papa kena tunggu depan pintu bilik air. Hahaha..nasib ko.