Saturday, June 21, 2025

Chicken Rice Shop

Pagi ni kami ke giant tuk beli barang dapur. Hari rabu ni mama nak outstation ke Langkawi. So kenalah top up stock untuk suami dan anak2 sepanjang mama tak ada kat rumah nanti.

Lepas shopping hafiy ajak makan dulu dekat chicken rice shop.

Lama betul kami tak makan dekat chicken rice shop. Since kami pindah ke Terengganu bulan 12, 2022 memang tak pernah makan.

Rasanya sebab kami tak pernah tau kat dalam giant ni ada chicken rice shop. Maybe sbb dia dok kat tingkat atas. Sepanjang kami bershopping kat giant sebelum ni tak pernah lajak kaki ke tingkat atas.

Sementara tunggu makanan, Hafiy dok buat origami dulu. Boleh la alih perhatian dia dari mengadap fon jer.

Sempat siapkan 2 ketul. Apa nama ntah robot ni.

Hafiy makan set roasted chicken n papa makan wantan jer.

Ni mak ko punya set..meriah 😋.

Pie tee wajib order..my feveret.

The chicken rice shop
Tingkat 2 Giant Bukit Besar
Jalan Sultan Mohamad
Kuala Terengganu

Buka setiap hari: 10.00 am to 10.00 pm.

Friday, June 20, 2025

Gajah Di TER Kuala Ibai

Pagi ni kami ke Terengganu Equestrian Resort (TER) Kuala Ibai untuk tengok gajah. TER ni dekat jer dengan rumah kami.

Gajah2 ni didatangkan khas dari Tasik Kenyir sempena karnival sambutan dua dekad Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM).

Karnival ni berlangsung 3 hari sahaja iaitu dari 19.06.25 hingga 21.06.25.

Pameran gajah hanya dari pukul 9 pagi hingga 7 malam.

Bayaran masuk adalah percuma sahaja. Kalau nak tengok gajah dari dekat kena beli makanan untuk bagi gajah makan.

Ada 3 ekor semuanya. Masa kami sampai gajah2 tengah mandi so kena tunggu diorang habis mandi dulu.

Makanan yang dijual berharga RM10 dan RM20. Bakul yang hafiy pegang ni harga RM10. Ada tebu, pisang dan ubi keledek.

Gajah milih makanan..dia makan ubi keledek jer. Tebu n pisang dia buang. Maybe dah kenyang sangat tu sebab ramai pengunjung yang bagi makan.

Kat depan khemah ada dijual barang-barang souvenir. Macam biasa, hafiy confirm la nak membeli. Sempat sambar keychain dan purse.

Warung Satey Chikeng Mamamia

Rutin kami setiap pagi jumaat sekarang ni teman hafiy ke kelas renang kat pusat akuatik kuala terengganu.

Kelas renang sejam setiap sesi dari pukul 7.00 - 8.00 pagi dan 8.00 hingga 9.00 pagi. Hafiy amik sesi yang kedua. 

Lepas berenang hafiy memang akan lapar gila. 

So kami ke warung satey chikeng mamamia. Mama berhajat nak makan roti canai. Katanya roti canai kat sini sedap.

Selain roti canai, ada jugak menu-menu lain.

Keropok lekor dan jepuk kruk-krak digoreng panas-panas.

Hajat mama nak makan roti canai tak kesampaian sebab dah habis. So kami makan nasi lemak dan keropok lekor je.

Nampak gaya kami kena datang lagi lain kali dan kena datang awal sikit kalau nak makan roti canai.

Warung Satey Chikeng Mamamia
Belakang hotel permai
Batu Buruk
Kuala Terengganu

Buka setiap hari: 7.30am - 2.00 pm

Monday, June 16, 2025

Kopi Saigon

 Kopi Saigon yang mama pergi ni dekat branch jalan Nesan Empat, area Mayang Mall.

Branch ni kecil je. Rasa boleh la muat dalam 10 orang pada satu-satu masa.

Senarai minuman yang ada dekat sini.

Dessert tak banyak pilihan sangat. Tapi boleh la setakat nak kopi-kopi.

Kopi butterscotch pilihan mama. Lemak berkrim rasanya.

Dessert pilihan cheesecake, croissant n cheesekut oreo. Manis-manis semuanya.

Tiada hari tanpa kopi.

Kopi Saigon 
599 Jalan Nesan Empat
Kampung Nesan Empat
Kuala Terengganu

Buka setiap hari: 10.00 am to 10.00 pm.
Jumaat: 3.00 pm to 11.30 pm.

Saturday, June 14, 2025

Icaa Cafe

Lepas makan cendol, si kembar cakap lapar lagi. So kita terus la ke Icaa Cafe sebab berdekatan je dengan Wala Cendol.

Trademark Icaa cafe..riben besar.

Dekat pokok mangga pun ada riben besar. Jangan salah nampak waktu malam sudah..

Order n bayar terus dekat kaunter.

Berkenan ngan lampu ni.

Wall decoration.

Variation of matcha tapi mama bukan peminat matcha.

5 orang, 5 selera.

Kek batik..dessert pilihan si bongsu.

Menu yang kami order.

Kudap-kudap.

Chicken carbonara...sedap creamy..

Meatball pun sedap macam meatball ikea rasanya sebab ada jem.

Icaa Cafe
Jalan Taman Purnama
Kuala Ibai

Buka: 4.00 pm to 11.00 pm
Rabu: Tutup

Wala Cendol

Hari ni mama gantung kuali sebab gigi berdenyut tak kuasa nak masak. Pastu si kembar plak tengah mode diet sekarang ni. Lepas appointment klinik tadi mama, papa n hafiy dah makan kat Burn Cafe jadi tengahari tak lunch sebab dah kenyang.

Pastu petang mula la perut berkeroncong. Ditambah dengan cuaca panas ni makan cendol sedap jugak.

Wala cendol ni dekat je ngan umah kami. Lokasi dia kat tepi sungai Kuala Ibai.

Best..sambil makan boleh menikmati pemandangan.

Kuyu jer rasa mata melayan angin tepi sungai.

Meh tengok apa menu yang ada kat sini. 

Mama makan laksam..nampak x belacan seketul atas pinggan tu.

Twin makan nasi goreng ikan.

Cendol durian dan cendol mangga. Sejuk jer terasa dekat tekak makan time2 cuaca panas.

Kami order jugak keropok lekor 2 set. Sedap keropok lekor ni terasa ikannya.

Pokok bakau di sepanjang sungai Kuala Ibai.

Wala Cendol
1165C, Jalan Taman Purnama
Kuala Ibai

Buka: 1.00 pm to 7.00 pm
Jumaat: 2.30 pm to 7.00 pm
Selasa: Tutup