Sunday, August 4, 2019

Mee Udang Warisan

Pagi ni nak terus check out then anak sedara papa nak belanja makan mee udang. Kat sini kan glamer mee udang mak jah kuala sepetang. 

Dah banyak kali datang taiping tapi tak berkesempatan lagi nak makan mee udang. Dulu pernah la cari kedai mak jah tu tapi masa kami pergi tutup plak kedainya. 

Kali ni anak sedara papa nak bawak makan kat tempat lain. Katanya lagi sedap dari kedai mak jah tu. 

Mama tak kisah makan kat mana2 pun. Janji sedap. Anak sedara papa of course lagi tahu sebab diorang memang menetap kat taiping. 

Sebelum gerak sempat bergambar dengan pokok besar kat belakang ni. Kat Taiping memang banyak pokok2 besar ni. Redup jer suasana kat taiping. 

Mee udang warisan nama kedainya. Dekat jer dengan mee udang mak jah. Kedai makjah betul2 dekat simpang. Dari simpang terus masuk ke dalam jumpa la mee udang warisan ni. 

Tu dia bersusun udang dalam pinggan. Udang tu fresh2. Memang sedap n puas hati dapat makan. 

Kedainya sempoi jer tapi mee udang dia sedap wei. Twin plak cuma makan mee jer. Udang masing2 lambak dalam mangkuk mama. 

Terima kasih tuan rumah bawa kami makan kat tempat best. 

Bukti kami dah sampai sini. Kalau ada rezeki insyaallah boleh datang lagi.

Saturday, August 3, 2019

Twin's Birthday Dinner

After maghrib kami siap2 nak gi dinner kat cafe. Twin masih tak tau yang mama buat surprise nak sambut birthday diorang malam ni. Kiranya ni early celebration la. Birthday diorang pada 8 Ogos.

Model pose dekat tangga dulu. Dinner malam ni anak sedara papa nak join kami.

Cafe kat bangunan lobi. Kat depan lobi hotel ada kereta dan beca antik. Anak2 pose dekat sini dulu. Masa ni elok jer lagi Hafiy pakai seluar jeans.

Ni gambar lepas habis dinner. Dia minta nak tukar pakai seluar pendek. Hafiy ni susah sangat nak pakai seluar jeans atau seluar panjang. Dia lebih suka pakai seluar pendek. Lebih selesa agaknya sebab badan dia berisi. Kalau mama pakaikan seluar jeans mesti menjerit tak nak pakai.

Naik beca nak pergi mana tu. Last 2 years masa kami pergi melaka, bawa la anak2 naik beca. Masa tu tengah top lagu baby shark. Beca yang kami naik tu pasang la lagu baby shark. Hafiy kenmain suka. Sudahnya terpaksa naik dua trip sebab dia tak puas dok atas beca.

Basikal tua pun ada. Dah sama tema basikal dengan baju 3HR. Hafiy tu langsung taknak pandang kamera dah. Sibuk dok main loceng basikal. 

Depan kaunter receptionist ada meja jam. Ni jam betul tau. Waktu pun betul. Bukan setakat jam perhiasan saja. 

Bila sampai cafe, staf tunjuk meja kami barulah twin tersipu2. Baru diorang tau belon2 yang diorang nampak pekerja deko petang tadi adalah untuk diorang.

Tahun ni dah 10 tahun baby kembar mama ni. Rasa baru semalam jer melahirkan diorang. 

Terlalu banyak kenangan mama mengandungkan si kembar, anugerah dari Allah yang tidak ternilai buat mama. 

Wajah2 kesayangan mama, hero di hati mama. Bila mama nak ada geng gegirl plak ni.

My first born. Kek ni beli kat cafe ni jer. Disebabkan booking last minit, kek yang sebiji dah habis. So dapat kek yang slice ni jer. Takpelah janji ada kek.

My second born. Kek masing2 pilih nak perisa apa. Cuma lilin jer takde. Nanti bila birthdate betul2 kita tiup lilin ok.

Menu dinner malam ni western food. Papa makan lamb chop.

Chicken chop with meatball ni untuk mama.

Mama order fish & chips ni untuk hafiy. End up mama yang kena habiskan. Manalah mama tak makin gemuk.

Twin dua2 nak makan nasi goreng chicken chop.

Then hafiy ngada-ngada nak makan spagheti pulak. So mama order spagheti carbonara untuk hafiy.

Pose dulu sebelum makan. Dah lapar sangat dah tu sampai tak boleh nak senyum dah.

Makanan semua sedap. Kena dengan selera tekak mama. 

Inilah anak sedara papa yang bertugas sebagai ahli bomba dekat taiping. Hisham namanya, datang bersama isteri dan anak sulung. Boleh pulak tersama tema merah dengan kami.

Kami makan, lepak, sembang2 sampai cafe nak tutup la. Anak2 pun dah mengantuk. Esok wife Hisham nak ajak kami makan mee udang. Depa orang sini lebih tau tempat makan yang sedap2.

Santai Kolam

Lepas check in, tunggu redup sikit kami bersiap turun ke kolam. Cuaca petang ni pun elok jer redup mendung2 skit.

Hamzah's next top model. Tiga ketul ni la penyeri hati mama walaupun kadang2 boleh buat mama naik angin meletus gunung berapi.

Puasalah mandi kat sini sebab area budak2 luas. Mama pun boleh lepas twin mandi sendiri. Just perati dari jauh jer. Cuma hafiy tu tak boleh biar mandi sendiri. 

So mama kenalah sentiasa berkepit dengan hafiy. Kali ni mama yang jadi peneman hafiy. Papa malas masuk kolam. Papa jadi photographer jer petang ni. 

Penatlah jugak mama mengikut hafiy ni pusing satu kolam. Yang dia nya tak reti penat. Mama yang naik semput.

Apa yang best kat sini, orang tak ramai sangat. Jadi boleh mandi dengan selesa. Anak2 dapat main gelongsor tak perlu nak beratur2.

Amboi mama pun beria mandi kolam. Kasi can la sekali sekala mama layan pool. Selalunya mama jadi tukang jaga barang jer.

One with mr papa yang volunteer nak jadi photographer petang ni. Papa bagi peluang mama releasekan stress berendam dalam air.

Kolam tutup pukul 7 petang. Then kami naik ke bilik siap2 untuk birthday dinner pulak pukul 8 malam nanti. Twin tak tau lagi tu mama buat surprise untuk diorang.

Taiping Bandar Warisan

Last minit papa bagitau nak ke taiping sebab ada urusan dengan anak sedara papa yang menetap kat sana. Papa bitau mama sehari sebelum bertolak. Kelam kabut mama cari hotel. 

Bila dah last minute, hotel yang mama nak dah fully booked. Tak sangka ramai jugak orang datang bercuti kat taiping ni. Kami sendiri pun dah beberapa kali ke taiping.

Survey punya survey akhirnya mama memilih KamaLodge. Kriteria utama sebab ada swimming pool lengkap dengan gelongsor.

Walaupun tujuan asal ke taiping ni sebab ada urusan lain, peluang yang ada ni haruslah dimanfaatkan sepenuhnya. Papa boleh selesaikan urusan dia, kami pulak dapat bercuti.

Mama pilih bilik berdepan dengan pool. Bilik jenis family room. Bilik ni dua tingkat. Masa booked tu mama tak tau pun jenis bilik dua tingkat.

Jom Hafiy bawa round bilik kita. Nombor bilik kami suite 7-1. Kunci bilik jenis kunci biasa je. Takda kad2 macam kat hotel tu.

Kat tingkat bawah ada 1 katil single. Ada coffee table dan TV. Tapi siaran sangat minima. Maklumlah takde astro. Gambar pun tak jelas mana. Malam2 boleh tahan bosan jugak la.

Complimentary coffee n tea. Kami tak sempat minum pun. Sebab dok kat bilik cuma untuk tidur jer. Selebihnya banyak masa kami kat luar jer.

Dalam bilik ada tangga kecil muat2 satu badan untuk naik ke tingkat atas. Lampu kat tangga ni agak malap. Suasana sedikit suram dan seram. Hafiy takut nak naik turun sorang2. 


Actually bila bilik dua tingkat ni susah jugak kami nak mengatur anak2. Nak biarkan twin tidur berdua jer kat tingkat bawah macam tak harap sangat. Sudahnya papa n hadif tidur kat bawah. Mama, hazim & hafiy tidur kat atas.

Katil queen dekat bilik atas. Katil ni rasanya dah agak lama sebab bila bergerak katil siap berbunyi. Tak boleh nak ganas2 sangat melompat atas katil.

Almari baju ada disediakan. Perabot agak lama design dia. 

Toilet pun bersih. Ada heate jugak. Cuma tekanan air jer yang slow. Toilet ada dua, 1 kat tingkat bawah, 1 kat tingkat atas.

Tingkat atas ada beranda. Dari beranda ni terus nampak kolam renang. Ni la yang buat anak2 excited nak mandi kolam. Berdepan dengan KamaLodge ni ada hotel baru. Next time bolehlah kami dok sana pula.

Bangunan tepi kolam tu adalah lobby dan cafe. Dengan cerita cafe ni agak glamer kat area sini. Orang luar boleh masuk sini untuk makan. Malam ni mama dah booking dinner kat cafe. Mama buat surprise sambut birthday twin kat sini.